Langit runtuh, bumi telah terban. | Segala harapan sudah musnah. (Peribahasa lain yang sama makna: Langit runtuh, bumi cair). terban = runtuh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mumbang jatuh (= runtuh), kelapa jatuh (= runtuh). | Tiap-tiap yang hidup akan mati dengan tidak memandang umur. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga gugur putik pun gugur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bunga gugur putik pun gugur. | Tiap-tiap yang hidup akan mati dengan tidak memandang umur. (Peribahasa lain yang sama makna: Mumbang jatuh [= runtuh], kelapa jatuh [= runtuh]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Langit runtuh, bumi cair. | Segala harapan sudah musnah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dapat durian runtuh. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gunung yang tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali. | Biar bagaimana sekalipun banyaknya harta, akan habis juga jika selalu diboroskan dan tiada ditambah-tambah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anjing menyalak bukit, takkan runtuh. | Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak keruh laut oleh ikan, tak runtuh gunung oleh kabut. | Adat yang mutlak tidak akan berubah oleh faham (fikiran, aturan dan sebagainya) yang baru. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kambing menanduk bukit; tanduk patah bukit tak runtuh. | Pekerjaan yang sia-sia dan mendatangkan kerugian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus. | Bersatu teguh, bercerai runtuh. tak suang-suang = tak mudah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |