Seperti dicanai rupanya. | Keelokan sesuatu benda. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hitam-hitam gajah, putih-putih udang kepai. | Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gagak bersuara murai. | Rupanya hodoh tetapi suaranya merdu dan baik budi bahasanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gaya saja, rasanya wallah. | Rupanya saja yang elok, tetapi budi pekertinya buruk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kenal dadanya, tak kenal mukanya (= rupanya). | Orang alim atau orang pandai dikenal orang hanya dengan membaca buku-buku karangannya saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Angkuh terbawa, tampan tertinggal. | Baik rupanya, tetapi buruk sikapnya. (Ejekan kepada orang yang suka bersolek). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sembahyang mencari akal, rukuk mencari kira-kira. | Rupanya salih, tetapi hatinya amat jahat; munafik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada rupa, ada harga. | Harga barang menurut rupanya (= keadaannya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lebai berjanggut kambing pun berjanggut juga. | Pakaian dan rupanya boleh jadi sama tetapi kedudukannya lain-lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buah masak merah belum tentu manis rasanya. | Orang yang elok rupanya itu belum tentu perangainya baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |