Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa/.sa.ma] | سقسام

Definisi : 1. cermat, hati-hati, hemat-hemat, teliti: menjatuhkan hukuman dgn ~; 2. tidak berat sebelah, tidak menaruh prasangka, adil: inilah raja yg adil lagi ~ pd zaman itu; mereka hendaklah menjalankan pekerjaan mengikut undang-undang syarikat dgn adil, ~, timbang rasa, dan dgn tidak berperasaan pilih kasih; 3. berpatutan, munasabah: sebilangan drpd majikan enggan membayar upah yg ~; kesaksamaan perihal saksama (teliti, adil, dll), sifat saksama: ~, kejujuran, kewibawaan, dan kemampuan seseorang hakim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa/.sa.ma] | سقسام

Definisi : 1 tidak terburu-buru; cermat dan hati-hati sekali: Tiap-tiap masalah hendaklah dikaji dgn ~. 2 tepat benar dan sesuai sekali; tidak salah lagi. Anak-anak hendaklah dididik supaya dpt menghitung dgn ~. kesaksamaan hal atau keadaan saksama; ketelitian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saksama (adjektif)
1. Bersinonim dengan cermat: hati-hati, berhati-hati, hemat-hemat, teliti, waspada, berambi, picik, celi, rapi, perdata,
Berantonim dengan sembarangan

2. Bersinonim dengan adil: seimbang, sama, setimpal, setara, sebanding, sama rata,
Berantonim dengan berat sebelah

3. Bersinonim dengan berpatutan: sesuai, layak, kena, tepat sekali, setimbal, setimpal, sebaik-baiknya,
Berantonim dengan janggal

Kata Terbitan : kesaksamaan,

Peribahasa

Tinggi disusupi,
     rendah dilangkahi.

Bermaksud :

Diselidiki dan diperiksa dengan saksama sehingga bertemu. (Peribahasa lain yang sama makna: Disigai sampai ke langit).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Disigai sampai ke langit.Diselidiki dan diperiksa dengan saksama sehingga bertemu. (Bandingkan dengan: Tinggi disigai, besar ditebang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tinggi disusupi, rendah dilangkahi.Diselidiki dan diperiksa dengan saksama sehingga bertemu. (Peribahasa lain yang sama makna: Disigai sampai ke langit).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pandang jauh dilayangkan, pandang dekat ditukikkan.Menyelidiki sesuatu perkara dengan saksama. tukik = arah ke bawah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Takkan cempedak berbau nangka.Hendaklah diselidiki sesuatu perkara itu dengan saksama lebih dulu sebelum mempercayai percakapan orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau gajah hendaklah dipandang gadingnya, kalau harimau hendaklah dipandang belangnya.Hendaklah diusul periksa dengan saksama tentang sesuatu perkara itu sebelum dibuat kesimpulan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kelam disigi, lekung ditinjau.Sesuatu perkara atau perkataan yang kurang terang hendaklah diselidiki dan diperiksa dengan saksama sebelum dibuat sesuatu keputusan. sigi = suluh, obor; lekung = lekuk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Khabar jauh dengar-dengarkan, khabar dekat fikir-fikirkan.Tiap-tiap khabar yang diterima hendaklah diselidik dengan saksama supaya jangan tertipu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tertumbuk biduk dikelokkan, tertumbuk kata difikiri.Kalau bertemu jalan buntu atau kesukaran dalam sesuatu perundingan, hendaklah berusaha dengan saksama untuk mengatasinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pandang-pandang orang dijadikan ganti tubuh; pertama tegak, kedua roboh.Orang yang akan dijadikan wakil dalam sesuatu perkara hendaklah dipilih dengan saksama, kerana kalau orang itu baik dan setia, selamatlah, tetapi kalau orang itu jahat dan tidak jujur, binasalah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jenguk pandang tindai-tindai; usul-usul, asal-asal, jangan ditinggalkan.Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas