Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Di dalam semak ada kebun,
     Di dalam kebun ada bunga;
Di dalam gelak ada pantun,
     Dalam pantun ada makna.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Dari semak ke belukar.

Bermaksud :

Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buang daun keladi, berselimut dauh birah, b. Buang kuali ambil belanga).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Semak-semak disiangi, rimbun-rimbun ditutuh.Sesuatu benda hendaklah dijaga dan dipelihara dengan baik-baik. ditutuh = dipotong cabangnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dari semak ke belukar.Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buang daun keladi, berselimut dauh birah, b. Buang kuali ambil belanga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menohokkan lembing ke semak.Perbuatan yang sia-sia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai getah dibawa ke semak.Perkara yang semakin kusut dan susah menyelesaikannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Akan surut, air 'lah besar; akan lalu, jalan 'lah semak.Dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Akan mengaji, surat 'lah hilang; akan bertanya, guru 'lah mati). surut = undur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dikatakan berhuma lebar, sesapan di halaman.Memegahkan harta milik dan kebolehannya, tetapi harta milik dan kebolehannya itu tidak seberapa. sesapan = semak belukar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas