Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pat] | تمڤت

Definisi : 1 alat yg digunakan utk me­naruh atau utk meletakkan sesuatu; bekas: ~ habuk rokok. 2 ruang yg digunakan utk sesuatu maksud: ~ sujud; ~ bermain. 3 kawasan yg tertentu; daerah; kampung: Dia pun pulanglah ke ~ lahirnya. 4 bahagian pd sesuatu alat: ~ memegang pd alat itu sudah patah. 5 (orang) yg diserahi kepercayaan dsb; (orang) yg menjadi tujuan bertanya dll: Hanya ibunyalah ~ dia bergantung. 6 kedudukan, taraf atau keadaan sesuatu: Orang yg berkelulusan tinggi pasti mendapat ~ di mana-mana saja. Setelah meletakkan jawatan, ~nya digantikan oleh orang lain. kena pd ~nya sesuai atau padan dgn keadaannya (kedudukannya). ~ asal negeri atau kampung asal bagi seseorang. ~ kediaman (tinggal) kawasan atau rumah yg didiami oleh seseorang. ~ peranginan tempat orang pergi berehat (di tepi pantai dll). bertempat tinggal atau duduk (di); diadakan (di): Seminar yg akan dilangsungkan pd 29 Jun itu ~ di Balai Seminar. menempati mendiami atau menduduki rumah dll: Siapa yg ~ rumah itu sekarang? menempatkan 1 memasukkan atau menaruh dlm sesuatu; meletakkan pd sesuatu: Dia ~ wang itu di dlm tabung. 2 memberikan tempat duduk atau tempat tinggal; menyuruh tinggal atau diam: Malaysia telah ~ satu pasukan tenteranya di kawasan sempadan Malaysia-Thai. tem­patan khusus utk sesuatu tempat; yg berkaitan dgn tempat itu sendiri: Majlis ~. penempatan hal, perbuatan dll menempati atau menempatkan. petempatan kawasan yg ditempati atau utk menempatkan sekumpulan orang dll. setempat 1 sama atau satu tempat; di tempat itu sendiri: keadaan ~. 2 hanya melibatkan sebahagian drpd keseluruhannya; tidak meliputi seluruhnya. menyetempatkan men­jadi­kan berada di satu tempat; menaruh di satu tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempat (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: wadah

2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,

3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,

Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan,

Puisi
 

Ambil galah kupaskan jantung,
     Orang Arab bergoreng kicap;
Kepada Allah tempat bergantung,
     Kepada nabi tempat mengucap.


Lihat selanjutnya...(215)
Peribahasa

Putus tali tempat bergantung,
     terban tanah tempat berpijak.

Bermaksud :

Kehilangan orang tempat menumpang hidup kerana, sudah jauh berpisah atau sudah meninggal.

 

Lihat selanjutnya...(126)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan, uratnya tempat bersila, batangnya tempat bersandar.Pemimpin yang menjadi tempat rakyat mengadukan nasibnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Putus tali tempat bergantung, terban tanah tempat berpijak.Kehilangan orang tempat menumpang hidup kerana, sudah jauh berpisah atau sudah meninggal.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lah sesak alam tempat diam, tak berbumi tempat tegak.Mendapat malu besar, sehingga tak ada tempat untuk menyembunyikan muka.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hujan, tempat berteduh; panas, tempat berlindung.Orang yang selalu memberi pertolongan kepada orang-orang yang mendapat kesusahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mempertinggi tempat (= bekas) jatuh, memperdalam tempat (= bekas) kena.Menambah-nambahkan kesalahan dengan sengaja, sehingga kerugian (hukuman) menjadi bertambah berat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tempat makan jangan diberaki.Jangan berbuat angkara di tempat mencari makan atau di tempat menumpang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memberakkan periuk nasi sendiri.Mengkhianati tempat mencari nafkah atau tempat menumpang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rumah (= tempat kediaman) mana yang tidak bersampah.Tak ada sesuatu yang tak ada cacatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di mana tempat kutu hendak makan kalau tidak di atas kepala.Menghabiskan harta ibu bapa atau harta majikan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jika berjumbai tempat bergantung.Tanda yang dapat dijadikan punca penyelidikan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas