Terang-terang daun kacang. | Baru mulai mengerti sesuatu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terang kabut, teduh hujan. | Telah mendapat kesenangan sesudah menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang kabus, teduh hujan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bulan terang paksa baik; payang ke laut, balok pun ke laut juga. | Dalam masa kemakmuran semua orang berlumba-lumba mencari keuntungan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bulan terang dalam rimba. | Orang pandai yang memperlihatkan kepandaiannya kepada orang-orang yang tak dapat menghargai kepandaiannya itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lagi terang lagi bersuluh. | Perbuatan yang pandir, bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui; mensia-siakan tenaga dan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersuluh menjemput [= minta] api, b. Bersuluh tengah hari). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Siang bagai hari, terang bagai bulan. | Kesalahan yang sudah nyata sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya. | Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Meragakan pakaian cantik kepada si buta, b. Meragakan suara kepada si pekak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Batik Semarang, makin dicuci makin terang. | Perempuan janda yang lebih cantik daripada semasa gadisnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bergelanggang di mata orang banyak. | Terang atau nyata sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dengan kartu terbuka. | Dengan terus terang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |