Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.sam] | ماسم

Definisi : 1. rasa spt rasa cuka, asam: kuman-kuman menjadikan susu itu ~; mukanya ber-kerut kerana memakan buah yg ~; 2. tidak jernih (muka) kerana marah dll, bersut, me­rengus, merengut: mukanya ~ setelah di-marahi oleh bapanya; ~ catung sangat masam (bkn muka); ~ kucam masam sungguh; ~ pahit Kd terlalu masam; bagai nikah tak suka prb berdukacita kerana diperlakukan tidak menurut kehendak hatinya; bermasam; ~ muka berkecil hati antara satu sama lain (kerana berkelahi dll), tidak bertegur sapa; memasam menjadi masam: susu ini mulai ~; memasamkan menjadikan masam: dia men-jeling senyum setelah beberapa minit ~ mukanya; kemasaman keadaan masam: cuka mem-punyai kadar ~ sehingga 95%; kemasam-masaman, masam-masaman agak masam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.sam] | ماسم

Definisi : 1 (be)rasa spt rasa cuka, lemon, mempelam muda dsb: Orang yg sedang mengandung kebanyakannya suka memakan buah-buahan yg ~. 2 tidak jernih air mukanya kerana marah dll: Mukanya ~ mendengar jawapanku itu. 3 terdapat asid di dlmnya (bkn tanah): Pokok markisah tidak boleh hidup di tanah yg ~. bermasam; ~ muka tidak bertegur sapa antara satu dgn yg lain (kerana berkelahi dll). memasamkan menjadikan (menyebabkan) masam: Dia ~ mukanya kerana terlalu marah. kemasaman keadaan masam. kemasam-masaman masam sedikit; agak masam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masam (adjektif)
1. Bersinonim dengan asam: masam kucam
Berantonim dengan manis

2. Dalam konteks air muka
bersinonim dengan bersut, merengus, merengut, masam catung,
Berantonim dengan manis

Kata Terbitan : memasam, memasamkan, kemasaman,

Puisi
 

Celagi manis celagi masam,
     Buah kelapa atas pintu;
Sekali manis sekali masam,
     Zaman sekarang tidak begitu.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Masam bagai nikah tak suka.

Bermaksud :

Berdukacita. masam = merengus, bersut.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
teshne( هنشت )tashvīgh kardan( ندرک قيوشت )taṣādof( فداصت )taṣḥīḥ kardan( ندرک حيحصت )taṣavvor, khiyāl( لايخ ،ر ّ وصت )taṣavvof, ‘erfān( نافرع ،ف ّ وصت takwa, takut kepada Tuhan pengecut takut masam acar bas udara tasbih ujian takziah dahaga, haus menggalakkan kemalangan membetulkan gambaran, khayalan tasawuf fear, dread coward to fear sour pickle aerotrain rosary test, examination condolence thirsty to encourage accident

Kembali ke atas