oral stage | peringkat oral | Psikologi | Psikologi Umum | Peringkat awal kehidupan bayi yang banyak menumpukan perhatian kepada peranan mulut sebagai alat melahirkan keseronokan. Menurut Freud, sekiranya seseorang bayi kecewa atau makan dengan banyak, maka bayi itu dikatakan akan mempunyai trait mulut. Individu yang mempunyai trait mulut apabila dewasa akan memperlihatkan personaliti yang berkait dengan mulut seperti menggigit kuku semasa dalam keadaan tegang, pelahap semasa makan, suka bertengkar, sinis atau kuat mengumpat. |
cytostome | sitostom | Perubatan | Tiada | Bukaan bak mulut yang terdapat pada banyak organisma unisel. |
alum poisoning | keracunan tawas | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan tawas ammonia atau tawas kalium dalam kuantiti yang banyak. Bahan ini digunakan sebagai astringen, dan stiptik, iaitu bahan untuk mengawal pendarahan. Gejalanya ialah rasa luka terbakar dalam mulut dan farinks, muntah serta cirit-birit. |
eructation | sendawa | Veterinar | Tiada | Proses mengeluarkan gas yang berada di dalam rumen secara antiperistalsis melalui mulut. Dalam ruminan, proses ini sangat penting kerana gas-gas yang dihasilkan dalam proses fermentasi, iaitu metana dan karbon dioksida perlu dikeluarkan supaya tekanan gas di dalam rumen dapat dikawal. Pengumpulan gas yang banyak yang berlaku kerana proses sendawa yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kembung pada haiwan yang mengalami gangguan makanan atau kesilapan pemakanan. |
supernumerary teeth | gigi supernumerari | Pergigian | Tiada | Gigi tambahan yang erupt dalam kegigian desidus atau kekal. Gigi ini boleh erupt dalam mulut atau tertanam dalam tulang rahang. Gigi supernumerari terjadi dalam pelbagai bentuk dan saiz bergantung kepada kedudukannya. Gigi supernumerari yang terbentuk di kawasan tengah anterior dikenali sebagai mesiodens dan di kawasan gigi molar dikenali sebagai distomolar. Keadaan ini mungkin menghalang pengeruptan gigi di kawasan tersebut atau menyebabkan gigi tersesar dari kawasan erupt asalnya. Punca kejadiannya tidak diketahui, namun banyak terjadi dalam beberapa penyakit seperti displasia kleidokranial, sindrom Apert dan sindrom Gardner. Sinonim gigi tambahan |
anticholinergic | antikolinergik | Kimia | Forensik | Ubat yang merencatkan tindakan aseti lkolina. Ubat ini mengurangkan spasma otot dalam pundi , paru-paru dan usus. Ubat ini juga mengendur kan otot iris mata, mengurangkan bahan yang dirembeskan oleh perut, paru-paru dan mulut, mengurangkan peluh dan mencepatkan denyutan jantung. Banyak ubat antikolinergik dapat mengurangkan gejala seperti yang berlaku pada penyakit Parkinson, iaitu terketar-ketar walaupun semasa berehat, serta kejang muka dan jari. |
Molineria latifolia | lemba | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan dalam famili Hypoxidaceae dan dikenali juga sebagai lumbah. Bentuknya seperti anak pokok kelapa, daunnya berpelepah, lebar dan panjang. Tumbuhan ini menghasilkan bunga berwarna kuning yang keluar pada pangkal batang berhampiran permukaan tanah. Buahnya berbentuk seperti bawang dan mempunyai banyak biji. Buahnya yang telah masak boleh dimakan mentah dan merangsang rasa manis dalam mulut. Tumbuhan herba ini hidup liar di kebun dan hutan yang terlindung. Air rebusan akar dan keseluruhan pokok diminum untuk mengubati demam, jangkitan kuman dalam perut dan saluran kencing. Air rebusan akar bersama buah pinang diminum untuk mengurangkan pengeluaran darah haid berlebihan (menoragia). |
chlorpheniramine maleate | klorfeniramina maleat | Kimia | Forensik | Formula kimia, C16H19CIN2. C4H4O4; nama dagang, Allergex, Piriton. Serbuk berhablur putih yang larut dalam air, etanol dan kloroform, dan larut sedikit dalam eter. Serbuk ini digunakan untuk merawat pelbagai tindak balas alergi, termasuk rinitis, ruam kulit, dan gatal-gatal, dan sebagai ramuan dalam banyak ubat batuk dan dekongestan. Kegunaannya kini dihalang kerana boleh menyebabkan asma atau alergi dan tidak boleh diberikan kepada bayi baru lahir atau ibu menyusu. Kesan sampingannya termasuk pening, sakit kepala, kekeringan mulut, ruam kulit, tindak balas alergi, dan nadi jantung cepat. Dos parah akut dianggarkan antara 25 mg/kg - 250 mg/kg. Kepekatan terapeutiknya ialah 0.003 �g/mL - 0.0 12 �g /mL. |