Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.lu.bang] | برلوبڠ

Definisi : 1. mempunyai (ada) lubang (dinding, jarum, dsb): dinding rumahnya ~; mempunyai (ada) lubang (rongga), berongga; berlekuk (tanah dsb): jalan ke kampung itu ~ di sana sini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lubang (kata nama)
1. Bersinonim dengan liang: rongga, gohong, saung,

2. Bersinonim dengan lekuk: pesuk, lopak, paluh, palung,

3. Bersinonim dengan peluang: kesempatan, jalan, cerlak,

Kata Terbitan : berlubang, melubang, melubangkan,

Puisi
 

Orang menyabung di balik teluk,
     Kena tikam habis berlubang;
Ayam terkepung di pagar buruk,
     Terkam musang lalu terbang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai menampung air dengan limas pesuk.

Bermaksud :

Tak dapat diberi ajaran atau nasihat. limas = takir; pesuk = berlubang.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dieacuanPerikananAkuakulturBlok besi dengan dengan reka bentuk berlubang dalam pelbagai saiz yang dipasang di bahagian hujung laras mesin membuat pelet untuk menghasilkan pelet makanan ikan.
piston pincemat ombohKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen berbentuk silinder berlubang yang diperbuat dari- pada keluli dan digunakan untuk mengikat omboh pada rod penyambung. Cemat omboh membenarkan rod penyambung berayun semasa omboh bergerak secara linear. Sinonim cemat sendi.
valve stem sealkedap batang injapKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen bukan logam yang elastik dan berbentuk silinder yang berlubang di tengahnya. Komponen ini dipasang pada batang injap melalui lubang di tengahnya bertujuan untuk mengurangkan kuantiti minyak pelincir yang melekat pada batang injap. Tindakan ini akan mengelakkan minyak pelincir daripada masuk ke dalam kebuk pembakaran.
graderpenggredPerikananAkuakulturAlat yang digunakan untuk mengelaskan ikan mengikut saiz tertentu. Alat ini berbentuk seperti jaring yang berlubang dan diperbuat daripada plastik, besi, aluminium atau netlon. Ikan yang tidak dapat melepasi lubang akan dipisahkan daripada ikan yang dapat melepasi lubang.
package dyeingpakej mencelupKesenianHiasan DalamanProses mencelup benang bulu yang telah siap dipintal, kemudian digulung menjadi satu bentuk besar yang berlubang-lubang. Pewarna yang telah dipanaskan akan meresapi keseluruhan benang melalui lubang-lubang tersebut. Benang- benang itu seterusnya dikeringkan, diurai dan ditenun.
encrusting coralkarang menjalarSains MarinTiadaBentuknya seperti kerak, iaitu struktur karang yang menyerupai dasar terumbu dengan permukaan yang kasar dan keras serta berlubang kecil.
cyanosissianosisHerbaFitoterapiKeadaan apabila membran mukus atau kulit elihatan kebiru-biruan akibat kekurangan oksihemoglobin di dalam darah. Sianosis sering kali dialami oleh kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung berlubang.
valve guidepandu injapKejuruteraan AutomotifEnjinLubang yang menempatkan batang injap untuk menggelongsor di dalamnya dan menetapkan injap pada jajaran yang betul. Sebahagian daripada pandu injap ini adalah daripada jenis rod berlubang yang ditekan pada kedudukannya. Pada sesetengah enjin, lubang ini dibentuk terus dalam blok enjin atau kepala silinder.
bonded urethane cushionkusyen ikatan uretanaKesenianHiasan DalamanKusyen karpet yang diperbuat daripada sebatian atau lebihan uretana, yang diambil daripada buih pembuatan bahan uretana yang diproses menjadi biji-bijian untuk membentuk bahan yang berlubang dan dijadikan kepingan kusyen.
absorption mufflerperedam bunyi penyerapanKejuruteraan AutomotifEnjinAlat dalam sistem ekzos yang membenarkan gas hasil pembakaran mengalir melaluinya untuk memperlahan hingar ekzos. Hingar ini terjadi daripada luruan gas bertekanan tinggi yang keluar dari kebuk pembakaran sebaik sahaja injap ekzos dibuka. Alat ini terdiri daripada bekas yang mengandungi laluan berlubang dan kebuk yang laluannya bersekat. Sinonim penyenyap, peredam bunyi.
12

Kembali ke atas