Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pang.kat] | برڤڠکت

Definisi : 1. mempunyai (memegang) pangkat: ketika itu suaminya bekerja menjadi S.C. tidak ~ apa-apa; sekarang ia ~ kapten; 2. mempunyai darjat (kedudukan) tinggi, bang­sawan: di sekelilingnya dilihatnya orang tua-tua dan orang besar-besar yg ~ belaka; 3. ber­kedudukan tertentu dlm pertalian keluarga: dia mesti menziarahi ibu keluarganya kerana kewajibannya sbg orang ~ tua dlm puaknya; pulai ~ naik, manusia ~ turun prb manusia mati mestilah meninggalkan nama dan perbuatan yg baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pang.kat] | برڤڠکت

Definisi : 1 mempunyai darjat atau martabat: Mereka orang ~, masakan hendak bergaul dgn kita. 2 berkedudukan (dlm jawatan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pangkat (kata nama)
1. Bersinonim dengan martabat: darjat, kedudukan, taraf, status, kufu, tahana,

2. Bersinonim dengan peringkat: tingkatan, tahap, paras, kedudukan, kelas, darjah, gred,

Kata Terbitan : berpangkat,

Peribahasa

Bukit sudah menjadi busut.

Bermaksud :

Orang berpangkat telah diturunkan pangkatnya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
courierpenghantar suratSains PolitikHubungan AntarabangsaKakitangan berpangkat rendah di pejabat kedutaan yang bertanggungjawab menghantar surat diplomatik. Penghantar surat diplomatik ini mendapat status kekebalan diplomatik. Beliau juga diberi jaminan diplomatik untuk memasuki negara lain bagi menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.
Charge D'AffairsKuasa usahaSejarahTiadaOrang yang berpangkat rendah dalam pentadbiran diplomatik yang menjalani tugas-tugas rasmi semasa ketiadaan duta atau menteri.
rank and fileanggota biasaSejarahTiadaKedudukan anggota tentera yang berpangkat rendah seperti prebet atau koperal.
senpaisenpaiSukanTiadaGelaran untuk mereka yang lebih kanan dan berpangkat lebih tinggi.
Iran-Contra ScandalSkandal Iran-ContraSains PolitikHubungan AntarabangsaSkandal yang berlaku pada tahun 1980-an yang melibatkan seorang askar Amerika Syarikat berpangkat Leftenan yang bernama Oliver North. Beliau dikatakan telah memberi arahan supaya keuntungan hasil jualan senjata Amerika Syarikat kepada Iran digunakan untuk menyokong perjuangan pasukan Contra di Nicaragua. Perbuatan ini menjadi satu isu yang dipertikaikan kerana jelas bertentangan dengan kehendak pihak Kongres Amerika Syarikat.
pay compressionhimpitan gajiPentadbiranTiadaSituasi yang berlaku apabila pekerja merasakan jurang gaji di antara gaji yang diperolehnya dengan yang diperoleh orang lain yang berpangkat tinggi dan rendah daripadanya adalah terlalu kecil.

Kembali ke atas