vigilance | kewaspadaan | Perubatan | Psikiatri | Keadaan seseorang yang sentiasa bersedia atau berjaga-jaga. |
vigilance | kewaspadaan | Perubatan | Psikiatri | Keadaan seseorang yang sentiasa bersedia atau berjaga-jaga. |
excitation | pengujaan | Sains Sukan | Biomekanik | Proses apabila sel berada dalam keadaan depolarisasi dan bersedia untuk menjana potensi aksi. Lihat juga potensi aksi. |
matured gonad | gonad matang | Perikanan | Akuakultur | Keadaan apabila gonad betina atau jantan yang telah mencapai tahap matang dan bersedia untuk pembiakan. |
age at sexual maturity | umur kematangan seks | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Peringkat umur bagi haiwan jantan atau betina yang sudah bersedia dan mampu untuk membiak. Umur kematangan seks setiap haiwan berbeza-beza mengikut jenis dan baka. Umur ini mungkin dicapai melalui dorongan tumbesaran atau pertukaran fizikal lain yang boleh membezakan haiwan matang dengan tidak matang. Contohnya, umur kematangan seks lembu betina ialah 9 - 22 bulan manakala lembu jantan 9 - 10 bulan. |
matured broodstock | stok pembiak baka matang | Perikanan | Akuakultur | Calon induk ikan jantan dan betina yang terpilih dan telah mencapai tahap kematangan serta bersedia untuk mengawan atau melepaskan telur secara semula jadi bagi tujuan pengembangan genetik yang berkualiti. Contohnya, penghasilan benih dengan kadar tumbesaran yang cepat dan rintangan penyakit. |
oestrus | estrus | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Salah satu fasa yang terdapat dalam kitaran estrus. Estrus merupakan tempoh berulang kesuburan dan seksual pada haiwan mamalia betina. Pada peringkat ini, haiwan betina akan bersedia menerima haiwan jantan untuk mengawan. Tempoh estrus berbeza mengikut spesies haiwan. Contohnya, purata tempoh estrus bagi lembu ialah 18 jam, kambing 40 jam dan anjing 8 hari. |
hot standby | siap sedia panas | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perihal menyediakan keupayaan sandaran atas talian dengan memasang sistem replika yang mengandungi semua aktiviti dan aliran data sistem komputer asal. Sistem replika ini bersedia mengambil alih semua fungsi sistem asal sekiranya berlaku kerosakan yang tidak dijangkakan. |
negative capability | kemampuan negatif | Kesusasteraan | Tiada | Kemampuan penyair untuk menenggelamkan identitinya sebagai seorang intelektual dan menerima ketidakpastian, misteri dan keraguan untuk mencapai kebenaran dan keindahan. Kemampuan inilah yang menghasilkan objektiviti penulis, iaitu sikap bersedia menerima segala-galanya dalam keadaan kesedaran yang tinggi. Dengan cara ini, penyair dapat melupakan personaliti peribadinya dan memasuki alam psiko individu atau masyarakat lain melalui proses empati. Istilah ini mula digunakan oleh penyair Inggeris, John Keats yang tidak bersetuju dengan sifat �wordsworthian or egotistical sublime� yang terlampau meletakkan ego penyair di tempat utama dalam proses penciptaan karya sastera. |
isometric contraction | penguncupan isometrik | Sains Sukan | Biomekanik | Penguncupan yang tidak melibatkan perubahan pada panjang otot. Penguncupan ini menghasilkan daya tetapi tidak menghasilkan pergerakan. Contohnnya, dalam acara larian pecut, semua otot pelari mengalami penguncupan isometrik ketika mengawal postur antara tempoh �bersedia� dengan tembakan pelepas. |