Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.pa] | بروڤا

Definisi : 1. ada rupanya yg boleh dilihat (nyata, kelihatan), wujud: roh ialah suatu kejadian Allah yg tidak ~; 2. rupanya, bentuk­nya (bangunnya) sbg: lambang ne­gara­­nya ~ sebuah bintang berbucu tiga belas; 3. terjadi drpd, terdiri drpd: memberi bantuan yg ~ mata benda; 4. elok rupanya, cantik: bakal isterinya itu hendaklah orang yg berbangsa dan ~; 5. dlm keadaan (bentuk): undang-undang yg diluluskan oleh mereka itu biasanya ~ rangka yg me­ngandungi dasar undang-undang yg kasar sahaja; 6. ber­kelakuan, berperangai: orang yg sistem saraf­nya terganggu itu ~ spt orang mabuk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.pa] | بروڤا

Definisi : 1 ada rupanya; berwujud: Roh dpt berfikir dan berperasaan tetapi tidak ~. 2 berbentuk sbg: Lambang persatuan itu ~ bulan sabit merah. 3 terdiri atau terjadi drpd; dlm bentuk: Bantuan ~ wang dan makanan telah diberikan kpd mangsa-mangsa banjir itu. 4 elok rupanya; cantik: Gadis yg berada, berpelajaran dan ~ sukar dicari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,

Puisi
 

Surabaya berupa-rupa,
     Sapu tangan jatuh ke lumpur;
Hendak kulupa tak dapat lupa,
     Lupa sebentar di waktu tidur.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
slush pitlelubang lecahGeologiTiadaTempat simpanan lumpur penggerudian yang berupa kolam yang dibuat di atas tanah atau berupa tangki yang dibuat daripada keluli.
mud pitkolam lumpurKejuruteraanPetroleumTempat simpanan lumpur penggerudian yang berupa kolam yang dibuat di atas tanah atau berupa tangki yang dibuat daripada keluli. Terdapat berbagai-bagai saiz kolam lumpur, bergantung pada keperluan lumpur untuk satu-satu rig penggerudian, dan jumlahnya berbeza untuk satu-satu rig dengan rig yang lain. terdapat dua jenis kolam lumpur, iaitu jenis edaran dan jenis simpanan. pengujian lumpur dan pengawalan sifat lumpur biasanya dilakukan pada sistem kolam edaran.
vein bandingpenjaluran uratBiologiPatologiGejala berupa perubahan warna, biasanya menjadi lebih jernih dan kuning, pada tisu di sekeliling urat daun hingga urat tersebut nampak jelas berupa jalur. bd. penjernihan urat.
Bunsen cellsel BunsenFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanSel primer yang kutub negatifnya berupa batang zink beramalgam yang direndamkan di dalam asid sulfur di dalam bekas berliang. Kutub positifnya pula berupa suatu plat karbon keras yang direndamkan di dalam asid nitrat yang bertindak sebagai penyahkutub.
deoxyribonucleic acid (DNA)asid deoksiribonukleik (DNA)BioteknologiTiadaMolekul yang berupaya bereplikasi sendiri untuk membentuk bahan pewarisan genetik yang berupa kromosom di dalam nukleus pada eukariot, dan berupa bebenang pada prokariot. DNA mengandungi gula deoksiribosa, fosfat, bes purina, dan primidina yang membentuk nukleotida yang dihubungkan oleh ikatan fosfodiester. Ikatan antara fosfat daripada satu nukleotida dengan karbon-3’ daripada nukleotida lain ini membentuk bebenang tunggal heliks. DNA berheliks ganda dua, dan disusun dalam arah antiselari yang membolehkan hujung 3’ satu bebenang dipasangkan dengan hujung 5’ bebenang yang berkomplemen. Bebenang ini kemudian dihubungkan dengan ikatan hidrogen antara bes berkomplemen.
couplerpenggandingTeknikElektrik1. Alat tambah dalam kerja pemasangan pembuluh yang berupa tiub pendek berulir di dalam. Pengganding digunakan untuk menyambung dua batang pembuluh atau sambungan akhir pembuluh sebelum dipasang kotak pembuluh. 2. Penyambung elektrik yang berupa tiub atau simpai logam. Dua pengalir yang hendak disambungkan akan dikapit dengan penganding untuk membuat sambungan. 3. Alat untuk menghubungkan dua peranti yang berbeza ciri.
purportberupaUndang-undangTiadaTiada
representationalberupaKesenianTiadaTiada
nonfigurativetak berupaKesenianTiadaTiada
representational effectkesan berupaKesenianTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas