Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cerita yg diceritakan utk orang biasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : cerita rekaan yg disukai ramai pd zaman dahulu dlm sesuatu masyarakat yg diturunkan drpd generasi kpd generasi secara lisan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : cerita rekaan dr zaman dahulu yg disukai ramai dlm seĀ­suatu masyarakat, yg masih diceritakan atau diperdengarkan dan diturunkan drpd satu generasi kpd generasi lain secara lisan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rakyat (kata nama)
1. Bersinonim dengan warganegara: penduduk, bumiputera, peribumi, anak negeri, anak buah, anak watan, anak bangsa, masyarakat, komuniti, bangsa, kelompok, etnik, puak, kaum, orang, warga, isi negeri,
Berantonim dengan pemerintah

2. Bersinonim dengan pekerja: staf, orang bawahan, anak buah, kuli, orang suruhan,
Berantonim dengan ketua

3. Bersinonim dengan orang kebanyakan: orang biasa, orang ramai, orang awam,

4. Bersinonim dengan bala tentera: pasukan perang

Kata Terbitan : kerakyatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
motifememotifemKesusasteraanTiadaUnit struktur yang merupakan dasar dalam cerita rakyat. Motifem diperkenalkan oleh Dundes dalam analisisnya terhadap cerita rakyat suku peribumi Indian di Amerika utara. Unsur yang sama diistilahkan oleh V. Propp (1968) sebagai fungsi. Dundes meminjam istilah motifem daripada Pike yang menggunakannya untuk kajian bahasa. Motifem dikaitkan dengan motif, sama seperti fungsi yang dikaitkan dengan aksi. Dalam analisis Dundes, struktur termudah cerita rakyat ini terdiri daripada dua motifem, iaitu kekurangan dan kelebihan atau ketidakseimbangan dan keseimbangan yang diatasi. Lihat juga fungsi, motif.
folk talecerita rakyatKesusasteraanTiadaCerita yang disampaikan secara lisan dan biasanya berfungsi sebagai hiburan dan pendidikan. Kebanyakan cerita rakyat mengandungi unsur fantasi, magis, dan bersifat tanpa masa dan tanpa tempat. Ceritanya pendek, tidak skematik, dengan gaya bahasa yang bersahaja seperti mitos dan legenda. Kadangkala, ceritanya panjang, skematik, dengan gaya bahasa yang stailistik dan formulaik seperti bentuk roman lipur lara atau cerita pari-pari. Kebanyakan cerita rakyat berbentuk prosa berbanding dengan cerita lipur lara yang bersifat separa prosa. Cerita rakyat terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya mitos, legenda, cerita binatang, cerita jenaka, cerita pari-pari atau lipur lara. Cerita rakyat yang amat popular dan tersebar luas dalam kalangan rakyat jelata ialah cerita jenaka seperti Pak Pandir, Lebai Malang, dan Si Luncai. Lihat juga formulaik.
jatakajatakaKesusasteraanTiadaKoleksi cerita tentang kelahiran Buddha. Koleksi cerita ini terdapat dalam Kanun Pali seperti cerita binatang dan cerita rakyat. Cerita jataka menjadi sebahagian daripada cerita yang dipersembahkan dalam menora. Lihat juga menora.
mythmitosKesusasteraanTiadaCerita rakyat bersifat prosa yang diasosiasikan dengan kepercayaan agama. Mitos biasanya memerikan perlakuan tuhan dan para dewa atau makhluk suci dengan peristiwa yang dipercayai benar oleh masyarakat berkenaan. Peristiwa dalam mitos berlaku pada zaman silam, iaitu pada zaman sebelum atau pada awal kewujudan manusia. Oleh sebab kaitannya yang rapat dengan agama dan kepercayaan, maka mitos bersifat suci dan serius. Mitos berfungsi untuk mengesahkan atau menjelaskan beberapa kejadian alam, kepercayaan, upacara dan adat suku masyarakat tertentu. Mitos biasanya menceritakan asal usul kejadian makhluk dan alam, termasuklah kejadian fenomena alam yang tertentu. Contoh mitos yang terkenal dalam kalangan masyarakat Yunani ialah Prometheus dan Sisyphus. Mitos berdasarkan pemahaman sekarang bersifat popular dan diberi tafsiran yang berbeza, iaitu sesuatu yang dongeng atau tidak benar.
legendlegendaKesusasteraanTiadaCerita rakyat tentang tokoh, peristiwa atau tempat tertentu yang dicampurkan dengan fakta sejarah dan mitos.
folklorecerita rakyatPelanconganTiadaCerita yang diturunkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain secara lisan atau bertulis.
folktalecerita rakyatKesusasteraanTiadaCerita yang disampaikan dari satu generasi ke satu generasi secara lisan, biasanya berfungsi sebagai hiburan dan mengandungi nilai pengajaran.
cerita asal-usulcerita asal-usulKesusasteraanTiadaCerita rakyat yang mengisahkan tentang asal usul alam semulajadi dan perkara-perkara yang berkait rapat dengan kehidupan manusia.
cerita lipur laracerita lipur laraKesusasteraanTiadaCerita rakyat berbentuk roman yang biasanya mengandungi unsur pengembaraaan dan percintaan disampaikan oleh tukang cerita, iaitu penglipur lara.
animal epicepik binatangKesusasteraanTiadaNaratif yang mengandungi siri cerita binatang yang panjang dan bersambung-sambung yang diwarisi daripada cerita rakyat zaman silam. Fokus dalam siri cerita ini berkisar tentang seekor binatang yang memainkan peranan utama selaku wira dengan pelbagai kebolehan luar biasa dan keistimewaan. Watak binatang dibantu oleh binatang lain digambarkan memiliki sifat-sifat manusia. Epik binatang disampaikan dengan nada satira, dan penuh dengan kiasan. Tujuannya untuk memberi pengajaran, menyindir, dan mengkritik manusia biasa. Contoh epik binatang yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu tradisional ialah Hikayat Sang Kancil. Dalam konteks masyarakat Melayu tradisional, epik binatang merupakan salah satu sumber hiburan dan pendidikan yang berkesan kepada kanak-kanak. Contohnya Hikayat Sang Kancil dan Hikayat Pelanduk Jenaka. Hikayat ini sering menjadi rujukan kepada ibu bapa bagi mendidik anak-anak supaya sentiasa menggunakan akal dengan bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah dalam kehidupan seharian. Lihat juga fabel binatang.
1234

Kembali ke atas