Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. (yg) benar, kebenaran: katakanlah yg ~ walau pahit sekalipun; ajaran-ajaran yg ~ ajaran-ajaran yg benar; ilmu ~ taala ilmu kebenaran (ilmu mengenai sifat Tuhan); 2. kuasa atas sesuatu atau utk berbuat sesuatu (ditentukan oleh undang-undang, agama, adat istiadat, dll): tiap-tiap anak ada ~ atas harta pusaka peninggalan bapanya; ia mem­punyai ~ mempertahankan dirinya drpd serangan dan cacian; 3. milik, kepunyaan: ~ orang jangan diambil; setelah ayahnya meninggal segala harta itu menjadi ~nya; 4. yg (mana satu): awak mahu ~ itukah atau ~ ini?; berilah saya ~ merah itu; ~ amendmen hak mencadangkan pemindaan undang-undang; ~ asasi hak yg dasar atau pokok (spt hak bebas mengeluarkan pen­dapat, menganuti sesuatu agama, bergerak, dll); ~ cipta hak penguasaan yg dilindungi undang-undang atas seluruh atau sebahagian drpd hasil ciptaan seseorang pengarang (pencipta, penggubah dll); ~ dipilih hak utk dipilih (dlm pilihan raya) utk menjadi wakil rakyat (ahli Parlimen); ~ istimewa hak yg diberi kpd kaum (golongan) tertentu sahaja; ~ kuasa hak utk menguasai (menentukan nasib dll); ~ kuasa ibu pertalian kekeluargaan dan pembahagian harta menurut nisab perempuan; ~ luar semangat hantu yg masuk ke dlm tubuh seseorang; ~ membatalkan hak utk membatalkan (memansuhkan) keputusan yg telah dicapai dgn suara terbanyak, kuasa pembatal, kuasa veto; ~ mengundi hak utk mengundi kerana memilih wakil rakyat (dlm Parlimen dll); ~ mutlak hak yg penuh ke atas sesuatu (hak yg tidak terbatas, bersyarat, atau berkecuali); ~ pengarang hak cipta; ~ pilih Id hak utk memilih wakil rakyat (dlm Parlimen dll); ~ politik hak mencampuri hal-hal dan urusan-urusan politik (spt giat dlm parti politik, menjadi calon dlm pilihan raya, dll); ~ pusaka harta yg dipusakai turun-temurun; ~ sivil hak warganegara utk men­dapat layanan sama rata, mis utk mengundi atau mendapat pekerjaan; ~ teradjudikasi (Udg) hak yg telah diiktiraf dlm prosiding kehakiman dan pentadbiran; ~ veto hak mem­­batalkan sesuatu keputusan, kuasa pembatal; kalau tiada ~ sendiri, anak mata terdiri-diri prb kalau kita tidak berwang tidaklah dapat memiliki atau menikmati se­suatu dan terpaksalah merasa hampa sahaja; berhak mempunyai hak, mempunyai kuasa (atas sesuatu): seseorang anak ~ mewarisi harta peninggalan ayahnya; sifat Siddiq inilah yg menjamin bahawa hak dikembali­kan kpd yg ~; mengehakkan memberi hak kpd, menentu­kan hak atas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kuasa atau kebebasan bagi seseorang utk berbuat atau memiliki se­suatu: Tiap-tiap anak ada ~ atas pusaka peninggalan bapanya. 2 apa-apa yg dipunyai atau dimiliki oleh seseorang; kepunyaan: Setelah ayahnya meninggal, segala harta pusaka itu menjadi ~nya. ~ asasi hak yg dasar atau yg pokok spt bebas beragama, bebas mengeluarkan pendapat. ~ isti­mewa hak yg diberikan kpd kaum atau go­longan tertentu saja. ~ mengundi hak utk memilih ketua, pemimpin dll. berhak mempunyai hak atas sesuatu: Dia ~ mewarisi harta peninggalan bapanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hak
1. Bersinonim dengan benar
( betul, sah, sahih, sungguh, tahkik, siddiq, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan kuasa
( kelayakan, keistimewaan, kebebasan, kewibawaan, kedaulatan, prerogatif, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan milik
( kepunyaan)
(kata nama:)

Kata Terbitan : berhak,

Puisi
 

Ayam denak hujung tualang,
     Hutan batu bersimpul pulih;
Hak jinak menjadi jalang,
     Ke mana hatiku hendak boleh.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Terpelanting memilihi,
     terserak mengampungkan.

Bermaksud :

Kewajiban ketualah memelihara hak milik anak buahnya dan mengumpulkan mereka yang bercerai-berai.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fundamental rightshak-hak asasiSains PolitikPolitik PerbandinganLihat hak asasi manusia.
civil rightshak awamSains PolitikPolitik PerbandinganHak yang dimiliki oleh setiap individu tanpa mengira kedudukan atau status yang dilindungi mengikut perlembagaan atau undang-undang. Hak awam terdiri daripada dua jenis iaitu hak asasi manusia dan hak politik. Hak asasi manusia seperti hak mendapat layanan adil daripada kerajaan, hak mendapat perlindungan undang-undang yang saksama, proses perbicaraan yang adil sama ada dari sudut layanan atau guaman. Hak awam ini menolak perbicaraan yang tidak adil termasuk hukuman yang berat sebelah, diskriminasi agama, etnik atau kelas, penangkapan yang tidak berasas dan juga keganasan pihak berkuasa. Hak politik pula merupakan teras kepada kebebasan dan kesejahteraan masyarakat. Hak asasi politik juga antara lain termasuk kebebasan bersuara dan beragama, membantah secara aman terhadap dasar kerajaan serta kebebasan menganggotai sesebuah organisasi atau kesatuan.
state's righthak negaraSains PolitikPolitik PerbandinganHak yang dimiliki oleh pemerintah sebagai institusi yang berkuasa dan berdaulat untuk memelihara kepentingan nasional atau orang ramai. Hak negara terdiri daripada hak untuk membuka tanah dan membangunkan negara, hak dalam menguasai perbendaharaan dan kekayaan negara, hak merahsiakan maklumat sulit dan hak mengadakan pilihan raya. Hak ini dipelihara untuk mengawal keselamatan, memelihara kepentingan ekonomi dan juga mengawasi pembangunan sosial masyarakat negara supaya tidak terjejas. Contohnya, hak negara Malaysia untuk tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel adalah suatu hak yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
black theatreteater hitamKesusasteraanTiadaTeater yang bermula dengan hasrat warga Amerika yang berkulit hitam untuk mencari jati diri. Teater hitam dipengaruhi oleh Gerakan Hak-hak Sivil, dan gerakan Black Power di Amerika Syarikat. Pada tahun 60-an, gerakan teater ini menjadi semakin radikal. Pelakon teater berkulit hitam mula memisahkan diri mereka daripada pelakon teater berkulit putih Amerika. Seterusnya, mereka mementaskan teater untuk penonton berkulit hitam sahaja walaupun untuk drama Shakerspeare. Teater pertama dipentaskan oleh pelakon teater berkulit hitam berjudul A Raisin in the Sun (1959) oleh Hansberry. Antara pelakon teater dan drama berkulit hitam yang terkemuka ialah Jamses Baldwin, Ed Bullins, dan Le Roi Jones. Le Roi kemudiannya menukarkan nama kepada Amamu Amiri Baraka. Lihat juga negritude.
human rightshak asasi manusiaSains PolitikPolitik PerbandinganHak atau kebebasan yang wajib dimiliki oleh individu seperti kebebasan bersuara, bergerak, berorganisasi dan memilih kerajaan. Hak ini memberi kebebasan kepada individu untuk melakukan sebarang aktiviti yang tidak melampaui batasan perlembagaan dan membahayakan keselamatan. Hak ini juga merupakan ciri asas dalam sistem pemerintahan demokrasi dan perlu dihormati oleh setiap individu. Hak asasi manusia telah diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti yang diisytiharkan dalam Universal Declaration of Human Rights di Vienna pada tahun 1948. Contohnya, seorang yang dituduh melakukan kesalahan mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya di mahkamah dan beliau juga berhak mendapatkan khidmat peguam yang dipilih sendiri. Sinonim hak-hak asasi.
right of wayhak laluan/ hak lalu-lalangPenilaian Harta TanahTiadaTiada
suffragehak mengundiSains PolitikPolitik PerbandinganHak untuk memilih pemimpin atau wakil rakyat yang diberikan kepada individu setelah memenuhi syarat mengundi seperti warganegara, berdaftar, cukup umur dan bermastautin di sesebuah tempat. Hak ini terdapat dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Hak untuk mengundi tidak boleh dipindah milik atau diwakili oleh orang lain. Dalam sistem komunis, hak mengundi diberi kepada ahli parti komunis sahaja. Contohnya, hak mengundi di Malaysia diberikan kepada semua warganegara berumur 21 tahun yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
copyrighthak ciptaTeknologi Maklumate-PembelajaranHak melalui undang-undang untuk mengguna, menjual atau mendapatkan lesen pemilikan intelektual seperti majalah, buku, video, filem dan sebagainya. Pemegang hak cipta boleh mendakwa sesiapa yang menggunakan harta intelektualnya tanpa kebenaran. Contoh hak cipta ialah Adobe, Totara, Camtasia Studio 8 dan Google Apps for Education. Banding hak terbuka.
voting righthak mengundiSains PolitikPolitik PerbandinganHak untuk memilih pemimpin atau wakil rakyat yang diberikan kepada individu setelah memenuhi syarat mengundi seperti warganegara, berdaftar, cukup umur dan bermastautin di sesebuah tempat. Hak ini terdapat dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Hak untuk mengundi tidak boleh dipindah milik atau diwakili oleh orang lain. Dalam sistem komunis, hak mengundi diberi kepada ahli parti komunis sahaja. Contohnya, hak mengundi di Malaysia diberikan kepada semua warganegara berumur 21 tahun yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
adult suffragehak undi dewasaSains PolitikPolitik PerbandinganHak mengundi yang diberikan kepada individu yang telah menjangkau umur tertentu seperti 18 tahun atau 21 tahun. Hak mengundi dewasa pada asalnya tidak wujud tetapi berkembang daripada tradisi demokrasi Athens sejak tahun 500 SM. Pada ketika itu, hanya golongan bangsawan yang memiliki hak mengundi namun selepas era revolusi perindustrian, hak ini lelah meluas ke segenap lapisan masyarakat. Di Malaysia, hak undi dewasa bermula apabila individu tersebut telah mencapai umur 21 tahun.
12345678910...

Kembali ke atas