fundamental rights | hak-hak asasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat hak asasi manusia. |
human rights | hak asasi manusia | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hak atau kebebasan yang wajib dimiliki oleh individu seperti kebebasan bersuara, bergerak, berorganisasi dan memilih kerajaan. Hak ini memberi kebebasan kepada individu untuk melakukan sebarang aktiviti yang tidak melampaui batasan perlembagaan dan membahayakan keselamatan. Hak ini juga merupakan ciri asas dalam sistem pemerintahan demokrasi dan perlu dihormati oleh setiap individu. Hak asasi manusia telah diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti yang diisytiharkan dalam Universal Declaration of Human Rights di Vienna pada tahun 1948. Contohnya, seorang yang dituduh melakukan kesalahan mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya di mahkamah dan beliau juga berhak mendapatkan khidmat peguam yang dipilih sendiri. Sinonim hak-hak asasi. |
forced displacement | perpindahan terpaksa | Kependudukan | Tiada | Keadaan apabila penduduk di sesuatu tempat dipindahkan secara paksa akibat penganiayaan, konflik, keganasan umum atau pelanggaran hak asasi manusia. |
civil rights | hak awam | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hak yang dimiliki oleh setiap individu tanpa mengira kedudukan atau status yang dilindungi mengikut perlembagaan atau undang-undang. Hak awam terdiri daripada dua jenis iaitu hak asasi manusia dan hak politik. Hak asasi manusia seperti hak mendapat layanan adil daripada kerajaan, hak mendapat perlindungan undang-undang yang saksama, proses perbicaraan yang adil sama ada dari sudut layanan atau guaman. Hak awam ini menolak perbicaraan yang tidak adil termasuk hukuman yang berat sebelah, diskriminasi agama, etnik atau kelas, penangkapan yang tidak berasas dan juga keganasan pihak berkuasa. Hak politik pula merupakan teras kepada kebebasan dan kesejahteraan masyarakat. Hak asasi politik juga antara lain termasuk kebebasan bersuara dan beragama, membantah secara aman terhadap dasar kerajaan serta kebebasan menganggotai sesebuah organisasi atau kesatuan. |
pressure group | kumpulan pendesak | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pertubuhan sukarela yang dibentuk secara rasmi untuk mewakili kepentingan kelompok tertentu bagi mempengaruhi proses penggubalan dasar kerajaan. Kelompok ini tidak terlibat dalam proses pembentukan kerajaan tetapi mempunyai bidang kepentingannya sendiri dan bergerak untuk memelihara kepentingan tersebut. Secara keseluruhannya, pergerakan kelompok ini adalah untuk kepentingan awam namun secara khusus adalah untuk memelihara kepentingan tertentu seperti kebersihan alam sekitar, kebajikan buruh, pengguna, pelajar, bahasa, wanita, anak seni, kebebasan politik dan sebagainya. Mereka mendesak kerajaan melalui pelbagai cara seperti melobi, menulis surat kepada pihak berkuasa tertentu, berjumpa dan berunding dengan anggota pemerintah, mengadakan demonstrasi dan berbagai-bagai program kempen dan poster. Contoh kumpulan pendesak di Malaysia ialah Aliran, Suaram dan Hakam yang sensitif terhadap perkembangan politik dan hak asasi manusia. |
human trafficking | pemerdagangan manusia | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan atau aktiviti eksploitasi manusia yang melanggar hak asasi, bertujuan untuk mengaut keuntungan ekonomi. Tindakan ini melibatkan perekrutan, pengangkutan, pemindahan, penampungan atau penerimaan orang. Langkah-langkah eksploitasi yang dilakukan termasuklah menggunakan ancaman, kekerasan atau bentuk-bentuk paksaan yang lain seperti penculikan, penipuan, penyalahgunaan kuasa atau kedudukan. Mangsa juga mungkin dilibatkan atau diperdayakan dengan bentuk pemberian, bayaran atau habuan-habuan lain. Bentuk eksploitasi lain termasuklah eksploitasi seksual, buruh paksa, perhambaan dan penuaian organ. |