warez | warez | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kategori kod atau perisian yang mempunyai hak cipta yang dihasilkan oleh kumpulan pengguna tetapi melanggar akta hak cipta. Pelanggaran hak cipta merujuk kepada penerbitan dan penghasilan kod atau perisian secara tidak sah. Konsep warez ini bertentangan dengan perkongsian fail antara rakan - ke- rakan atau kumpulan pengguna yang mempunyai minat yang sama. Kebiasaannya, warez tidak melibatkan pemalsuan perisian komersial untuk tujuan keuntungan. Pada asalnya, warez digerakkan oleh kumpulan pengguna bawah tanah tetapi sekarang telah menjadi tempat yang biasa dilawati pengguna Internet dan media massa. Contoh fail warez yang biasa diperoleh ialah kod tampung, kod rengkahan atau perisian penjana kekunci. |
copyright | hak cipta | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Hak melalui undang-undang untuk mengguna, menjual atau mendapatkan lesen pemilikan intelektual seperti majalah, buku, video, filem dan sebagainya. Pemegang hak cipta boleh mendakwa sesiapa yang menggunakan harta intelektualnya tanpa kebenaran. Contoh hak cipta ialah Adobe, Totara, Camtasia Studio 8 dan Google Apps for Education. Banding hak terbuka. |
license creative commons (CC) | lesen kreatif terbuka (CC) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Sijil hak cipta awam yang membolehkan pihak lain menyebar, menambah, mengubah suai, menambah baik dan berkongsi hasil kerja kreatif yang dilindungi undang-undang hak cipta. Terdapat beberapa jenis lesen seperti lesen penggunaan tanpa syarat (CC0) dan lesen penggunaan dengan pemberian kredit (CC-BY). Sijil ini bertujuan untuk menggalakkan penyebaran dan penggunaan hasil kerja kreatif berlesen. Lihat juga hak terbuka, hak cipta. |
imprint | imprin | - | Tiada | Nama dan alamat penerbit atau pencetak yang diletakkan di halaman hak cipta bahan terbitan. |
intellectual property crime | jenayah harta intelek | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah yang melibatkan penghasilan, penjualan atau pengedaran barangan tiruan yang bertentangan dengan hak cipta, paten, tanda niaga, reka bentuk industri atau hasil kesenian untuk mengaut keuntungan. |
first edition | edisi pertama | Kesusasteraan | Tiada | Karya yang pertama kali dicetak dan diterbitkan. Pada halaman awalan, tercatat nama pengarang, tahun dan tempat diterbitkan, halaman hak cipta, International Standard Book Number (ISBN), pengkatalogan dalam penerbitan, judul penuh, judul separa dan sebagainya. Karya yang dimaksudkan meliputi karya kreatif seperti novelm kumpulan cerpen, drama atau puisi, dan karya bukan kreatif seperti karya umum atau kritikan. Edisi pertama tidak hanya merujuk kepada buku dan majalah, tetapi juga edisi akhbar yang pertama kali dicetak dan diterbitkan. |
fixed asset | aset tetap | Ekonomi | Tiada | Aset yang sukar ditukarkan kepada tunai. Aset tetap terdiri daripada aset tetap ketara seperti bangunan, tanah, mesin, dan pelaburan jangka panjang; dan aset tetap tak ketara seperti paten, hak cipta, dan tanda perdagangan. |
intangible asset | aset tak ketara | Ekonomi | Tiada | Aset yang tidak mempunyai kewujudan fizikal. Aset ini memberi hak kepada pemiliknya untuk menerima bayaran tunai atau faedah lain, seperti hak untuk menjalankan perniagaan. Misalnya, paten, hak cipta, muhibah, dan jenama. |
copyleft | hak terbuka | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Suatu bentuk kebenaran untuk mengguna, mengubah suai, memperluas dan mengedar semula sesuatu hasil kerja kreatif dan hasil kerja lanjutan secara bebas dan terbuka kepada umum dengan mengekalkan hak kebenaran kepada terbitan selanjutnya. Hak terbuka ini membantu meluaskan penggunaan dan penambahbaikan hasil kerja untuk faedah bersama. Contoh hak terbuka ialah Apache OpenOffice, FileZilla dan Moodle. Banding hak cipta. |
plagiarism | plagiarisme | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Suatu bentuk jenayah terhadap harta intelek, iaitu karya atau reka cipta yang dihasilkan semula tanpa keizinan pencipta asal atau secara bertentangan dengan kepentingan hak pemilik harta intelek. |