Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hal
1. Bersinonim dengan perkara
( hal ehwal, perihal, urusan, fasal, kes, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan kejadian
( peristiwa, keadaan, situasi, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan sebab
( alasan)
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan tentang
( mengenai, perihal, darihal, soal, fasal, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berhal, mengehalkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
light proof houserumah kalis cahayaPertanianAgroteknologiStruktur yang menghalang kemasukan cahaya untuk memberi keadaan yang sesuai bagi penghasilan tanaman tertentu seperti cendawan. Hal ini demikian kerana cendawan memerlukan keadaan yang gelap dan kelembapan yang tinggi. Rumah kalis cahaya juga digunakan untuk menggalakkan pengakaran keratan teh dalam proses pembiakan tanaman. Biasanya bahan yang digunakan untuk rumah kalis cahaya ialah jejaring plastik.
autobiographic fictionfiksyen autobiografiKesusasteraanTiadaFiksyen yang mengisahkan riwayat hidup pengarang sendiri. Fiksyen autobiografi berbeza dengan autobiografi. Hal ini demikian kerana dalam fiksyen ini, pengarang boleh merubah, menukar atau menokok tambah mana-mana teks bertujuan untuk melindungi atau menyembunyikan peristiwa yang sebenar. Kadangkala, perubahan atau pertukaran dibuat untuk memadankan atau menyesuaikan cerita yang dikisahkan itu dengan tuntutan struktur sebuah novel atau cereka. Bentuk cerekanya sama tetapi menggunakan tokoh ternama sebagai watak yang dikenali sebagai roman a clef. Fiksyen autobiografi sering menggunakan sudut pandangan orang pertama atau sudut pandangan orang ketiga. Dalam kesusasteraan Melayu, contoh fiksyen autobiografi dapat dilihat dalam novel al-Ayyam (Hari Demi Hari) oleh Taha Husayn, seorang penulis Mesir. Fiksyen autobiografi dikenali juga sebagai cereka autobiografi. Lihat juga aubiografi, autobiografi bersimulasi, roman � clef.
trick endingakhiran muslihatKesusasteraanTiadaPeleraian dalam cerita yang tidak dapat diduga oleh pembaca. Hal ini demikian kerana tiada petunjuk daripada pengarang atau kerana pengarang sengaja menyimpan maklumat penting sehingga ke babak akhir cerita. Istilah ini dikenali juga sebagai akhiran di luar duga.
absenceketidakhadiranKesusasteraanTiadaKelompangan yang wujud dalam sesebuah teks sastera. Pada zahirnya, sesebuah teks dilihat sebagai sebuah entiti yang lengkap, tetapi sebenarnya terdapat beberapa kelompongan. Hal ini demikian kerana pemilihan perkataan oleh pengarang menyebabkan perkataan lain terpaksa dilenyapkan. Apabila terbitnya karya Pierre Macherey bertajuk Pour une Theorie de la Production Litteraire yang diterjemahkan sebagai A Theory of Literary Production, konsep ketidakhadiran ini semakin mendapat perhatian para pengkritik. Menurut Macherey, setiap perkataan yang dipilih oleh karyawan tertera dalam sesebuah teks, bermakna perkataan lain terpaksa dinyahkan. Jacques Derrida pula berpendapat bahawa setiap garapan oleh pengarang dipilih berdasarkan kehadiran khalayak dan pilihan tersebut bertujuan membawa khalayak kepada ideologinya. Perbuatan mengesan kelompangan dalam sesebuah teks merupakan strategi untuk menyelongkar ideologi teks tersebut. Sigmund Freud menamakan ketidakhadiran ini sebagai The Unconscious, iaitu penganalisis boleh
secondary worlddunia sekunderKesusasteraanTiadaDunia yang dicipta oleh se pencerita dalam karyanya. Dunia sekunder mempunyai hukum logik dan kewajaran tersendiri yang membentuk sistem kepercayaan dunia tersebut. Kini, definisi dunia sekunder membawa makna yang lebih sempit. Hal ini demikian kerana dunia ini sering digunakan untuk merujuk kepada suasana yang dicipta oleh penulis cerita fantasi dan hikayat penglipur lara. Contohnya dalam karya berjudul The Lord of the Rings karya J.R.R. Tolkien.
ethology theoryteori etologiPsikologiPsikologi UmumTeori yang digunakan untuk menjelaskan tingkah laku haiwan dalam habitat semula jadi. Menurut Hinde, teori ini banyak dikaitkan dengan teori evolusi Darwin. Contohnya, sejenis burung, Jackdaw akan menyerang benda-benda atau objek hitam yang berayun atau diayunkan. Hal ini demikian kerana tingkah laku naluri burung Jackdaw selalunya menyerang pemangsa yang menggonggong mangsa berwarna hitam yang dianggapnya sebagai Jackdaw.
tautologytautologiKesusasteraanTiadaPengulangan secara keterlaluan sesuatu idea (perkataan, frasa, ucapan). Penggunaan perkataan atau frasa yang berlainan bagi menyatakan idea yang sama tanpa sebarang perbezaan dari segi penjelasan atau penekanan kepada pengucapan tersebut. Tautologi dianggap sebagai kecacatan stail. Contohnya, �lelaki bagaikan gajah yang tersergam itu sangat besar saiznya�, atau �saya sendiri secara peribadi...�, dan �raksasa gergasi yang suka makan orang�. Tautologi sebenarnya melanggar petunjuk Grice berkenaan kuantiti dan cara. Hal ini demikian kerana tautologi bersifat tidak memberikan maklumat serta mengulang-ulang sesuatu yang sudah diketahui, namun bukan semua tautologi melencong secara jelas atau tidak boleh diterima. Apabila tautologi berlaku dalam wacana, seseorang dapat membuat kesimpulan makna daripadanya, iaitu tautologi mempunyai tujuan pragmatik yang khusus untuk menegaskan sesuatu. Tautologi berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �mengatakan yang sama�.
buried themetema tersiratKesusasteraanTiadaTema yang tersembunyi atau pernyataan yang dipersembahkan secara tidak langsung dalam sesebuah sajak. Tema tersirat berbeza dengan tema eksplisit yang dipaparkan secara langsung dan ketara. Penggunaan tema tersirat bertujuan untuk menggalakkan penglibatan pembaca mencari maksud tersirat, lantas pembaca seolah-olah mencipta semula sajak itu. Namun, kadangkala tema tersirat menjadi punca kelemahan sesebuah sajak. Hal ini demikian kerana sajak terlalu kabur sehingga rumit untuk ditafsirkan.
stock situationsituasi kodiKesusasteraanTiadaPeristiwa dalam plot yang sering diulang dalam sesebuah drama atau naratif, sehingga menjadi suatu konvensi yang memudahkan pengkaryaan. Situasi kodi boleh tampil sebagai suatu peristiwa seperti tentang kezaliman ibu tiri dan kekeliruan identiti, atau sebagai satu urutan plot seperti cinta tiga segi atau perkahwinan paksa. Dalam sastera tradisional seperti persembahan makyung, adegan mengulik, adegan pakyung berceloteh dengan peran, dan adegan menghadap rebab merupakan situasi kodi. Hal ini demikian kerana adegan ini tetap dilakukan dalam setiap persembahan makyung. Dalam bangsawan, terdapat situasi kodi seperti adegan balairong seri, adegan taman, adegan pertarungan, adegan beradu, dan mengulik.
biographical criticismkritikan biografiKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang menggunakan latar belakang pengarang sebagai kerangka rujukan untuk mentafsirkan makna teks. Kritikan biografi berasaskan pendapat bahawa pemahaman tentang kehidupan pengarang boleh memberikan pengertian yang lebih jelas tentang karyanya. Riwayat hidup pengarang memperlihatkan bagaimana faktor persekitaran, pengalaman dan pembacaan mempengaruhi penulis secara sedar dan tidak sedar dalam penciptaan karya. Membaca biografi penulis bukan sahaja mengubah tetapi mendalamkan pengamatan pembaca terhadap teks tersebut. Walau bagaimanapun, data biografi boleh mengelirukan pembaca. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah pengarang mengubah fakta sejarah dengan menyembunyikan perihal yang memalukan, dan menggembar-gemburkan perihal yang akan menyerlahkan lagi karya mereka. Penggunaan data biografi yang berlebih-lebihan dianggap sebagai kekeliruan biografi, dan situasi ini dicabar oleh kritikan sastera yang disebut kritikan baru. Sebaliknya, penggunaan data biografi yang bijak dapat menghasilkan
12

Kembali ke atas