ghost story | cerita hantu | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang memaparkan kehadiran makhluk halus. Dengan makna yang lebih luas, istilah ini merujuk kepada karya yang menyentuh tentang alam ghaib secara metaforikal. Cerita hantu yang biasa dalam masyarakat sekarang ialah cerita serigala jadian, puntianak, toyol, penggal, dan bunian yang berkaitan dengan kerasukan dan sebagainya. Cerita hantu juga memaparkan perihal tawar-menawar antara manusia dengan syaitan yang merujuk kepada tema faust. Contoh cerita hantu ditemui dalam cerpen �The Dead� oleh James Joyce. Dalam sastera Melayu, cerita ini ditemui dalam novel Bercakap Dengan Jin oleh Tamar Jalis. |
ghost story | cerita hantu | Kesusasteraan | Tiada | Karya yang tertumpu kepada makhluk bukan manusia iaitu hantu dalam situasi yang menyeramkan. |
memorat | memorat | Kesusasteraan | Tiada | Naratif lisan yang menyorot kembali pengalaman peribadi seseorang tentang peristiwa sebenar yang berlaku. Biasanya memorat merupakan naratif pendek yang berupa memoir atau cerita ingatan peribadi. Contohnya, cerita pengalaman seram bertemu dengan hantu atau diusik hantu. |
dark fantasy | fantasi seram | Kesusasteraan | Tiada | Karya fantasi tentang cerita hantu atau cerita tentang kuasa ghaib. Fantasi seram memanfaatkan unsur-unsur ghaib yang berlebih-lebihan berbanding dengan novel gotik. Kadangkala cerita fantasi seram memaparkan keganasan yang kerterlaluan. Contoh kesusasteraan moden ialah Dark Demon Rising oleh Tunku Halim, dan Siri Bercakap dengan Jin oleh Tamar Jalis. Lihat juga novel gotik. |
shihon nukite | tusuk empat jari | Sukan | Tiada | Tusukan jari telunjuk, jari hantu, jari manis dan jari kelengkeng serentak ke sasaran lawan. |
lullaby | dodoi | Kesusasteraan | Tiada | Lagu yang didendangkan untuk menenteramkan dan menidurkan anak. Biasanya dodoi mengandungi lagu yang pendek, disampaikan secara berulang-ulang dengan melodi yang lembut, menggunakan puisi kanak-kanak sebagai liriknya. Kebanyakan dodoi bersifat didaktik dan berunsur keagamaan. Contohnya: �Endoi-endoi cak, Cak makan padi, Adik jangan teriak, Mak masak nasi. Buah kacang botor, Bilang satu satu, Tidur adik tidur, Takut burung hantu. Burung hantu punai, Bertelur dalam bakul, Kera duduk menyemai, Lotong duduk menyangkul. |
mantera | mantera | Kesusasteraan | Puisi | Bentuk puisi yang susunan diksinya dalam baris-baris ada mengandungi unsur-unsur atau ciri-ciri puisi, seperti rima dan irama. Contohnya, Hei! om pali, Hei! hantu tanah, Jembalang bumi, Kau pergi mengambil semangat roh si anu, Bawa gila kepada aku, Menyala seperti api, seperti nasi mendidih. |
election fraud | penipuan pilihan raya | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan penyelewengan yang dibuat dalam pilihan raya untuk mendapatkan kemenangan atau menjatuhkan sesuatu lawan. Penipuan boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti mewujudkan pengundi hantu, penggunaan wang dengan mengupah pegawai pilihan raya atau pembelian undi, penyelewengan dalam senarai pendaftaran, pemaksaan pengundi untuk memilih calon tertentu, pemindahan pengundi dari senarai pendaftaran ke kawasan lain, pengisian kotak undi dengan kertas undi terlebih dahulu sebelum hari pengundian dan penambahan atau pemindaan undi dalam kertas undi pos. Penipuan boleh dibuat oleh mana-mana pihak, namun lebih banyak dilakukan oleh pihak yang menguasai badan yang menjalankan pilihan raya. Contohnya, penggunaan kad pengenalan seorang yang sudah meninggal dunia yang tidak didaftarkan kematiannya untuk mengundi merupakan satu penipuan dalam pilihan raya. |
melodrama | melodrama | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk drama yang mempersembahkan hiburan yang bersifat sensasi dan penuh dengan emosi. Persembahan biasanya secara berlebih-lebihan dengan gambaran aksi ganas dan berdarah, berlatarkan gurun dan petir serta memaparkan makhluk sihir, hantu dan jembalang. Watak utama bersifat hitam putih dengan watak baik terlalu suci murni, sementara watak jahat pula terlalu durjana. Bentuk drama ini berasal dari Peancis dalam dekad 1760-an dan berkembang di Jerman beberapa tahun kemudian. Kebanyakan drama televisyen dan filem masa kini menggunakan bentuk drama ini, terutama sekali filem Hindustan. Antara contoh melodrama ialah Sweeney Todd: The Domon Barber of Fleet Street dan Under the Gaslight. |
gothic romance | novel gotik | Kesusasteraan | Tiada | Novel tentang tema seram dan suspens. Dalam sastera Barat, latar masa bagi fiksyen ini adalah pada zaman Medieval. Latar tempatnya pula berkisar tentang istana suram, kurungan bawah tanah dan sebagainya. Pengarang novel gotik menggunakan penjelmaan hantu dan kejadian ghaib untuk mengembangkan plot. Pengarang menimbulkan perasaan takut terhadap para pembacanya dengan mengeksploitasikan misteri, kekejaman, dan kejadian yang menggerunkan. Jenis fiksyen ini dipelopori oleh Horace Walpole dalam karyanya the Castle of Otranto. Kemudian, istilah novel gotik ini diperluaskan merangkumi fiksyen yang tidak menggunakan latar Medieval tetapi masih mengekalkan unsur seram, ghaib dan menggerunkan. Contoh seperti ini ditemui dalam karya Edgar Alan Poe dan Willain Faulkner. Sumbangan utama novel gotik terhadap dunia fiksyen adalah membuka ruang untuk pemaparan dimensi tidak rasional dan naluri ganjil yang hadir di sebalik tingkah laku watak yang kelihatan sopan dan bertamadun. Lihat juga gotik. |