divergence | capahan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Sifat alur gelombang yang menyerak pada suatu sudut, yang berlaku sebaik gelombang keluar dari prob. Sudut capahan tersebut boleh dikira menggunakan formula seperti yang berikut: γ = sin-1(kλ/D), Dengan γ ialah sudut capahan, k ialah pemalar, λ ialah panjang gelombang, dan D ialah diameter prob. Sudut ini diperlukan untuk memilih kesesuaian prob yang akan digunakan untuk pengujian ultrasonik. |
deductible | deduktibel | insurans | Tiada | Bahagian kerugian yang perlu ditanggung oleh insured sebelum ia berhak menerima pampasan daripada insurer. Contoh: jika kerugian yang dialami ialah RM150 dan deduktibel ialah RM50, maka syarikat insurans akan membayar hanya RM100 dan jumlah RM50 pertama ditanggung sendiri oleh insured. |
bacteriophage | bakteriofaj | Fizik | Nanoteknologi | Sebarang virus yang menjangkiti sel bakteria yang setiap satunya mempunyai julat penghunian yang kecil. Saiz kepalanya ialah 40 nm, lebar badannya ialah 13 nm dan panjang ekornya ialah 100 nm. Sinonim faj. |
metaphor | metafora | Kesusasteraan | Tiada | Kiasan yang membandingkan secara tersirat dua objek yang berlainan melalui daya imaginasi sehingga melahirkan konotasi yang segar dan baharu. Contohnya �The Eye of Day� ialah metafora kepada �The Sun� yang membandingkan dua objek yang berbeza, �eye� dengan �sun�. Dalam sajak Chairil Anwar, �Aku� pada baris �Aku binatang jalang�, daripada kumpulannya terbuang, �binatang jalang� ialah metafora kepada keadaan seseorang yang berasa tersisih. Terdapat beberapa jenis metafora, antaranya ialah metafora lunjuran dan metafora usang. Metafora lunjuran merupakan metafora yang dikekalkan dan dikembangkan di sepanjang karya sebagai metafora utama yang mengawal seluruh imejan dalam teks. Contoh metafora lunjuran terdapat dalam karya, �Because I Could Non Stop Death� oleh Emily Dickinson. Dalam karya ini, perjalanan dengan kereta kuda ialah metafora lunjuran untuk perjalanan dalam hidup. Selain itu, karya alegori boleh dianggap sebagai metafora lunjuran yang kompleks. Contohnya, alegori sufi �Syair Perahu� oleh Hamzah Fansuri ialah metafora lunjuran kepada perjalanan roh manusia mencari Tuhan. Metafora usang pula merupakan metafora yang telah basi dan klise kerana terlalu kerap digunakan. Contoh metafora usang ialah �kumbang� untuk lelaki dan �bunga� untuk perempuan. Contoh metafora lain ialah tajuk novel Perahu Waktu karya Supaat I. Latief. Ungkapan �perahu waktu� merupakan metafora kerana ungkapan ini menggabungkan unsur nyata (perahu) dan tidak nyata (waktu). Unsur metafora, iaitu �serpihan sabar� dan �selumbar harapan� ditemui dalam sajak bertajuk �Bubu� oleh Mohd Amran Daud: �... dalamnya hanyalah serpihan sabar. Sabar yang tertancap oleh selumbar harapan. Harapan yang bergayut di pucuk gelora. Dan gelora yang rakus menghempas pantai usia�. Lihat juga simile. |
film density | ketumpatan filem | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Darjah kegelapan sesuatu kawasan atas filem radiograf. Nilai ini boleh ditentukan dengan menggunakan alat densitometer. Formula untuk mengukur ketumpatan filem adalah seperti yang berikut: D = log (I0/IT), Dengan D ialah ketumpatan filem, I0 ialah keamatan cahaya tuju, IT ialah keamatan cahaya transmisi. |
absorption coefficient | pekali serapan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Ukuran pengecilan yang disebabkan oleh penyerapan tenaga apabila sinaran melintasi sesuatu medium. Penyerapan tenaga ini menyebabkan keamatan sinaran berkurang. Nilai ini bersamaan dengan pecahan per unit jarak sinaran terserap. Unitnya ialah cm-1. Pekali penyerapan boleh dikaitkan sebagai: I = I0e-μx, dengan I ialah keamatan selepas melalui medium, I0 ialah keamatan asal, x ialah ketebalan medium dan μ ialah pekali serapan. |
build up factor | faktor tokok | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Faktor pembesaran yang berlaku disebabkan oleh kuantiti sinaran yang menembusi media menjadi lebih besar berbanding sinaran yang dituju. Pembesaran ini berlaku disebabkan oleh proses serakan yang dialami semasa sinaran itu melalui media. Formula bagi pengecilan sinaran yang melibatkan faktor tokok ialah: I = B Ioe^μx, dengan I ialah keamatan selepas melalui bahan, Io ialah keamatan sebelum melalui bahan, μ ialah pekali pengecilan, x ialah ketebalan bahan dan B ialah faktor tokok. |
stomatal index | indeks stoma | Herba | Tiada | Nilai yang diperoleh daripada ungkapan 100a/a+b iaitu a ialah bilangan stoma dan b ialah bilangan sel epidermis pada daun. Lazimnya nilai piawai ini digunakan untuk membezakan spesies tumbuhan yang hampir sama. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai indeks stoma piawai bagi Cassia senna 10 - 12.5 - 15 dan Cassia angustifolia 14 - 17.5 -20. |
anti-novel | antinovel | Kesusasteraan | Tiada | Fiksyen moden eksperimental yang sengaja mengetepikan atau menolak elemen penting dalam novel tradisional. Antara elemen tersebut ialah plot, perwatakan dan rentetan naratif yang teratur. Antara ciri utama fiksyen antinovel ialah ketiadaan plot yang ketara, perkembangan watak yang minimum, urutan masa yang pelbagai, dan kekerapan bereksperimen dengan kosa kata dan sintaksis. Penulis moden yang menghasilkan antinovel ialah Virginia Woolf dalam The Waves, James Joyce dalam Ulysses dan Albert Camus dalam The Outsider. Walau bagaimanapun, beberapa ciri antinovel hadir dalam karya Lawrence Sterne bertajuk Tristam Shandy yang ditulis pada abad ke -18. Di Malaysia, pengarang seperti A. Samad Said menggunakan unsur antinovel dalam novelnya Daerah Zeni dan Hujan Pagi. Lihat juga aliran kesedaran. |
corepressor | penindas bersama | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Molekul yang menghalang pengekspresan gen. Di dalam prokariota, penindas bersama ialah molekul kecil, manakala di dalam eukariota, penindas bersama ialah sejenis protein. |