Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ji.tu] | جيتو

Definisi : kena pd tempatnya, tepat benar: dia menjawab pertanyaan itu dgn ~; menjitukan mengenakan dgn tepat (jawab­an, pukulan, dll), memberikan jawaban, dll secara tepat: ~ pendapat serta memperoleh jawaban yg tepat; kejituan perihal jitu, ketepatan, kewajaran: Husserl menerima dan memperakui ~ pendapat mereka; tidak cukup dgn hanya menggunakan istilah dan tatabahasa yg betul sahaja, tetapi seharusnya dapat me­mancarkan ~ bahasa; penjituan proses menjitukan sesuatu benda: pembaikan imej boleh dilakukan melalui komputer dgn menggunakan perisian ~ imej kodak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.tu] | جيتو

Definisi : (paling) tepat: Orang itu dpt menjawab pertanyaan saya dgn ~. kejituan keadaan atau sifat jitu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jitu (adjektif)
Bersinonim dengan tepat, betul, benar, sah, sahih, positif, tidak salah;,
Kata Terbitan : kejituan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
precision medicineperubatan jituBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah rawatan perubatan berdasarkan profil genom dan genetik individu seperti maklumat profil gen, protein dan persekitaran dalam aspek diagnosis, pengesanan, perawatan dan pencegahan penyakit.
registertindih tepat-TiadaTindihan imej yang jitu pada hasil cetak.
proportional pumppam perkadaranKimiaKimia AnalisisPam yang direka bentuk untuk mengawal dengan jitu kadar alir cecair dengan perlahan. Ia digunakan untuk menyuntik amaun kecil sampel cecair ke dalam sistem aliran selanjar.
thickness gaugetolok tebalKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaJalur logam yang dibuat dengan ketebalan yang jitu yang digunakan untuk mengukur kelegaan di antara dua bahagian seperti mengukur kelegaan palam pencucuh.
Frank-van der Merwe (FM) growthpertumbuhan Frank-van der Merwe (FM)FizikNanoteknologiPertumbuhan lapisan epitaksi ultratipis secara satu demi satu bagi menghasilkan peranti elektronik atau optoelektronik bahan semikonduktor berkualiti tinggi dengan menggunakan epitaksi alur molekul (MBE). Lapisan yang dibentuk mempunyai antara muka yang jitu dan berkeupayaan mengawal ketebalan sehingga ke paras monolapisan.
jackknifingterikat gugurBioinformatikBioinformatik MolekulTeknik yang menguji dan menilai variasi data melalui pengiraan berulangan ke atas set data dengan menggugurkan set data yang tidak mencapai nilai ambang tertentu. Data yang mencapai nilai ambang tertentu seterusnya dinilai dan diuji semula sehingga mencapai satu nilai yang jitu. Teknik ini banyak digunakan dalam menghasilkan pepohon filogenetik.

Kembali ke atas