Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.si.si] | کسيسي

Definisi : ke tepi, ke samping; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.si.si] | کسيسي

Definisi : (pergi dsb) ke tepi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sisi (kata nama)
1. Bersinonim dengan tepi: rusuk, samping, tepi, lambung,
Berantonim dengan tengah

2. Bersinonim dengan pihak: bahagian, belah, segi, sudut,

Kata Terbitan : di sisi, ke sisi, dikesisikan, bersisi-sisian, menyisi, menyisikan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
adductionaduksiSains SukanBiomekanikPergerakan anggota badan dari posisi anatomi yang berlaku pada satah frontal. Anggota badan seperti tangan dan kaki bergerak secara lateral mendekati garis tengah badan. Aduksi tangan melibatkan pergerakan tangan dari atas ke sisi badan, manakala aduksi kaki melibatkan pergerakan kaki dari atas ke sisi badan. Contohnya, fasa yang melibatkan aduksi kaki semasa aksi acara kekuda berpelana dalam gimnastik artistik. Lihat juga posisi anatomi, satah frontal. Banding abduksi.
Z-tracktrak-ZKejururawatanTiadaTeknik suntikan yang digunakan untuk pemberian ubat yang beriritasi. Kulit dan tisu subkutaneus ditarik ke sisi sebelum jarum dimasukkan ke dalam otot di tapak yang dikenal pasti, dan ubat disuntik perlahan-lahan.
flapsayap-TiadaBahagian sisi depan dan sisi belakang jaket atau kulit buku yang dilipat ke dalam.
abductionabduksiSains SukanBiomekanikPergerakan anggota badan dari posisi anatomi yang berlaku pada satah frontal. Anggota badan seperti tangan dan kaki bergerak secara lateral menjauhi garis tengah badan. Abduksi tangan melibatkan pergerakan tangan dari sisi badan ke atas, manakala abduksi kaki melibatkan pergerakan kaki dari sisi badan ke atas. Contohnya, fasa yang melibatkan abduksi kaki semasa aksi acara kekuda berpelana dalam gimnastik artistik. Lihat juga posisi anatomi, satah frontal. Banding aduksi.
heat affected zone (HAZ)zon terkena haba (HAZ)Teknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikZon yang terletak lebih kurang beberapa milimeter (mm) dari sisi kimpalan ke logam dasar. Zon ini terhasil disebabkan oleh kesan haba semasa proses kimpalan, pemotongan atau pateri. Walau bagaimanapun, ciri mikrostruktur dan fizikal kawasan ini telah berubah disebabkan kesan haba tersebut.
Pembroke tablemeja PembrokeKesenianHiasan DalamanMeja panjang yang memiliki dedaun sisi boleh lipat ke bawah dan disokong oleh pendakap. Meja ini diperbuat daripada besi atau kayu dan diperkenalkan di England sekitar tahun 1755.
friction force microscopemikroskop daya geseranNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanAlat yang digunakan untuk mengukur daya sisi yang bertindak di antara tip nanoskopik tajam dengan permukaan sampel ke arah kantilever berpintal semasa mengimbas tip. Daya geseran berlaku di antara kantilever dan sampel kepada kilasan yang pada masa yang sama dikesan sebagai imej geseran dan topografik.

Kembali ke atas