closed door policy | dasar pintu tertutup | Sains Politik | Politik Perbandingan | Dasar sesebuah negara yang tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara lain. Dasar ini diamalkan bertujuan untuk menghalang sebarang kemasukan pengaruh luar ke dalam negara tersebut bagi melindungi kepentingan pihak yang berkuasa. Pada masa kini, ia lebih difahami sebagai dasar penutupan hubungan perdagangan dan kemasukan modal asing serta hubungan sosial antara negara tersebut dengan negara luar. Kemasukan modal asing dan juga nilai nilai sosial luar dilihat sebagai satu ancaman terhadap statua quopemerintah dan perkembangan politik dalaman. Negara yang mengamalkan dasar ini biasanya akan menjelaskan kepada masyarakat bahawa negara itu sudah kaya dan kuat serta tidak memerlukan hubungan luar. Contohnya, negara Albania semasa pemerintahan rejim komunis dan negara China semasa pemerintahan Mao Tze Tung. |
computerized physician order entry (CPOE) | kemasukan arahan pakar perubatan berkomputer (CPOE) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem yang membenarkan pemasukan arahan perubatan oleh pakar perubatan secara elektronik. Sistem ini digunakan seiring dengan sistem e-preskripsi yang akan menyampaikan maklumat kepada pakar perubatan mengenai alahan ubatan pesakit tertentu dan perubatan terkini. Kebanyakan produk rekod kesihatan elektronik (EHR) dilengkapi dengan modul CPOE ini yang membolehkan pakar perubatan mencapai data pesakit dan memberikan ulasan dalam menu yang disediakan. |
infiltration | penyusupan | Perikanan | Akuakultur | Kemasukan atau pengumpulan sel darah ikan secara abnormal ke bahagian yang mengalami kerosakan tisu akibat daripada jangkitan organisma atau kehadiran bahan asing yang boleh mengakibatkan keradangan. |
infusion | infusi | Kejururawatan | Tiada | Kemasukan cecair di dalam salur darah atau kaviti melalui tiub atau kateter. |
aspiration | aspirasi | Kejururawatan | Tiada | Kemasukan bahan asing melalui saluran pernafasan atas ke dalam paru-paru semasa pernafasan. Keadaan ini menyebabkan aspirasi pneumonia. |
alien | orang asing | Sains Politik | Politik Perbandingan | Individu Iuar yang memasuki sebuah masyarakat yang mempunyai agama, bahasa dan budaya yang berbeza dengan masyarakat asalnya. Kemasukan individu ini biasanya bertujuan ekonomi seperti bekerja sebagai buruh atau peniaga. Perbezaan yang wujud antara individu dengan masyarakat ini menyebabkan mereka terasing atau sukar diterima dalam masyarakat tersebut. Kesan kemasukan orang asing ini sering menimbulkan konflik sosial dan ekonomi terhadap masyarakat tersebut. Contohnya, kebanjiran pendatang Bangladesh di Malaysia. |
contamination | kontaminasi/pencemaran | Herba | Tiada | Kemasukan bahan tak dikehendaki seperti mikroorganisma, residu pestisid, logam berat, bahan radioaktif atau aflatoksin ke dalam bahan mentah atau sediaan herba secara tidak sengaja. Kontaminasi boleh berlaku pada bahan pemula atau bahan perantaraan semasa proses pengeluaran, pensampelan, pembungkusan atau pembungkusan ulang, penstoran atau pengangkutan. Produk yang terkontaminasi akan hilang nilai kualiti dan tidak selamat untuk digunakan. |
shutter | pengatup | Pendidikan | Tiada | Peranti untuk mengawal kemasukan cahaya ke dalam kamera bagi jangka masa tertentu. |
septicaemia | septisemia | Perikanan | Akuakultur | Keracunan darah akibat daripada kemasukan mikrob yang menghasilkan toksin dalam salur darah. |
intake valve | injap pengambilan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Injap yang mengawal kemasukan udara atau campuran udara- bahan api ke dalam silinder. Injap ini hanya terbuka dalam lejang pengambilan. Pergerakan buka-tutup injap dikawal oleh sistem rangkaian injap. Sinonim injap masukan. |