Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.nyal] | کڽل

Definisi : 1. keras menganjal apabila ditekan (spt bola getah), keras tetapi empuk (bkn daging yg telah dimasak dll), agak liat; 2. mudah berubah (menjadi bertambah atau berkurang), elastik; mengenyal berbalik semula ke keadaan asal setelah ditekan (spt bola getah, daging manu­sia, dll), menganjal; kekenyalan perihal (sifat) kenyal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.nyal] | کڽل

Definisi : 1 berbalik kpd keadaan asal apabila dilepaskan sesudah ditekan. 2 liat (bkn daging). kekenyalan keadaan atau perihal kenyal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenyal (adjektif)
Bersinonim dengan liat, liut, melenting, gayal, elastik, keras;,
Kata Terbitan : mengenyal,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
elastic cartilagerawan kenyalSains SukanBiomekanikRawan yang mengandungi banyak gentian kenyal. Rawan ini terdapat di bahagian telinga, epiglotis dan sebahagian daripada laring. Fungsi rawan ini adalah untuk memberikan sifat lentur dan sokongan.
elastic potential energytenaga keupayaan kenyalSains SukanBiomekanikTenaga yang disimpan oleh jasad apabila diregangkan atau dimampatkan. Contohnya, tenaga keupayaan pada tali panah yang diregangkan, trampolin yang diinjak dan bola getah yang melantun apabila dibaling ke dinding. Sinonim tenaga potensi elastik.
elastinelastinFizikNanoteknologiProtein kenyal pada tisu yang bersambungan antara satu sama lain dan membenarkan tisu pada badan kembali kepada bentuk asal selepas regangan atau kecutan. Protein ini membantu kulit kembali kepada struktur asal selepas dicubit atau ditekan. Elastin terdiri daripada asid amino, glisina, valina, alanina, dan pralina. Elastin pada dinding arteri muncul dalam bentuk helaian atau membran yang berlubang dalam pelbagai saiz.
elastic potential energytenaga potensi elastikSains SukanBiomekanikLihat tenaga keupayaan kenyal.
elastomeric materialbahan elastomerKimiaTiadaBahan yang diperbuat daripada serat-serat yang kenyal.
deformationcanggaanKejuruteraanTiadaPerubahan terhadap bentuk atau isi padu kedua-duanya. Ini termasuklah perubahan kenyal dan perubahan plastik (kekal).
collagenkolagenFizikNanoteknologiSebarang sebatian organik dalam kelas protein yang paling banyak terdapat dalam badan haiwan. Kolagen biasanya berbentuk serabut, tidak kenyal, berwarna putih dengan kekuatan tegasan yang tinggi dan tidak larut di dalam air. Kolagen yang terdapat di bawah kulit binatang dapat digunakan sebagai bahan pelekat. Kolagen khas digunakan dalam perubatan semasa pembedahan. Saiz kolagen adalah sekitar 1 nm, tetapi dalam bentuk serat saiznya adalah dalam julat 50 nm - 500 nm.
injection blockblok penyuntikanKimiaKimia AnalisisTempat sampel disuntik ke dalam turus dalam kromatografi gas. Ia diperbuat daripada bahan lengai dan tahan kepada suhu yang tinggi seperti keluli, dan mengandungi satu septum kenyal bagi menyuntik sampel.
electron energy loss spectroscopy (EELS)spektroskopi kehilangan tenaga elektron (EELS)FizikNanoteknologiTeknik untuk mengkaji atom, molekul atau pepejal berasaskan spektrum kehilangan tenaga elektron yang dicerap apabila sebahagian elektron pada alur elektron yang menuju kepada suatu bahan diserakkan secara tak kenyal. Spektrum ini dapat digunakan untuk menentukan komposisi unsur dan keadaan ikatan atom dengan menganalisis tenaga daripada spektroskop yang diletakkan di bawah mikroskop elektron.
electron energy loss spectroscopy (EELS)spektroskopi kehilangan tenaga elektron (EELS)NanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKaedah untuk mengkaji komposisi unsur dan keadaan ikatan atom pada sampel. Pengesanan komposisi unsur dan keadaan ikatan atom sampel adalah berasaskan spektrum kehilangan tenaga elektron yang dicerap apabila sebahagian elektron pada alur elektron yang menuju kepada sampel diserakkan secara tak kenyal.

Kembali ke atas