Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : termakan makanan yg menganĀ­dungi unsur atau bahan beracun, mengidap penyakit atau berasa kesakitan kerana telah memakan makanan yg mengandungi unsur-unsur beracun atau bahan yg menyebabkan penyakit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
racun (kata nama)
Bersinonim dengan bisa, ipuh, tuba, toksin, santau, upas, sengat, arsenik, sianida, paraquat, racun herba, racun perosak, racun serangga;,
Kata Terbitan : beracun, meracuni, keracunan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
food poisoningkeracunan makananMakanan dan PemakananMakananSejenis penyakit bawaan makanan yang berlaku akibat pengambilan makanan yang dicemari oleh toksin, bahan kimia atau mikroorganisma patogenik. Keracunan makanan biasanya akan menyebabkan mangsa muntah-muntah dan cirit-birit. Keracunan makanan juga boleh mengakibatkan kecacatan atau kematian jika mangsa tidak mendapat rawatan awal.
food poisoningkeracunan makananMakanan dan PemakananTeknologi MakananKeracunan yang diakibatkan oleh pengingesan toksin yang dikeluarkan oleh mikroorganisma atau jangkitan kepada perumah melalui laluan usus. Keracunan makanan boleh juga berlaku disebabkan termakan makanan yang mengandungi bahan kimia seperti racun serangga atau bahan toksik semula jadi dalam sesetengah tumbuhan atau haiwan.
food poisoningkeracunan makananGerontologiTiadaKeracunan yang diakibatkan oleh pengingesan toksin yang dikeluarkan oleh mikroorganisma atau jangkitan kepada perumah melalui laluan usus. Keracunan makanan boleh juga berlaku disebabkan oleh termakan makanan yang mengandungi bahan kimia seperti racun ser
food poisoningkeracunan makananVeterinarTiadaTiada
Bacillus cereusBacillus cereusMakanan dan PemakananMakananBakteria fakultatif anaerobik, gram-positif, berbentuk rod, membentuk endospora, menghasilkan toksin dan biasanya ditemui di dalam tanah. Bacillus cereus menyebabkan keracunan makanan dengan simptom cirit-birit, sekiranya mengambil daging, sayur-sayuran, produk tenusu dan sos yang tercemar. Simptom muntah pula berlaku kerana keracunan makanan disebabkan pengambilan nasi, pasta, pastri dan mi yang tercemar.
botulismbotulismeMakanan dan PemakananTeknologi MakananKeracunan makanan yang boleh membawa maut disebabkan termakan toksin yang dikeluarkan oleh bakteria anaerobik, Clostridium dalam makanan. Makanan yang menyebabkan kejadian botulisme mungkin kelihatan normal, tetapi selalunya berbau busuk.
salmonellasalmonelaPerubatanTiadaBakteria, famili Enterobacteriaceae, berbentuk rod, gram-negatif dan menyebabkan keracunan makanan.
salmonellasalmonelaPentadbiran PerniagaanTiadaBakteria, famili Enterobacteriaceae, berbentuk rod, gram-negatif dan menyebabkan keracunan makanan.
food poisoningkeracunan makananPerubatanTiadaPenyakit yang melibatkan sistem pencernaan yang berlaku kerana memakan makanan yang tercemar oleh bakteria atau toksin bakteria, atau, oleh kimia-kimia beracun seperti plumbum atau merkuri.
food poisoningkeracunan makananPentadbiran PerniagaanTiadaPenyakit yang melibatkan sistem pencernaan yang berlaku kerana memakan makanan yang tercemar oleh bakteria atau toksin bakteria, atau, oleh kimia-kimia beracun seperti plumbum atau merkuri.
12345

Kembali ke atas