water damage liability insurance | insurans liabiliti kerosakan air | insurans | Tiada | Insurans yang melindungi kerosakan yang disebabkan oleh air, seperti kerosakan disebabkan oleh kebocoran atau limpahan air sistem pemanasan, atau penyejuk udara atau batang paip. |
boiler and machinery insurance | insurans dandang dan mesin | insurans | Tiada | Insurans yang melindungi kerosakan dandang, mesin dan peralatan elektrik. Perlindungan diberikan untuk kerosakan kepada peralatan, belanja penyenggaraan, pembaikan, kerosakan harta orang lain an bayaran tambahan. |
hazard | bahaya/ mudarat/ marabahaya/ hazard | Umum | Tiada | Sumber bahaya yang berpotensi mengakibatkan kemudaratan, dalam konteks kecederaan dan penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda, kerosakan sekitaran tempat kerja atau gabungannya. |
physical damage | kerosakan fizikal | insurans | Tiada | Kerosakan sebenar ke atas harta yang diinsuranskan. |
underground property damage | kerosakan harta bawah tanah | insurans | Tiada | Kerosakan ke atas dawai, saluran air atau paip saluran najis dan lain-lain di bawah permukaan tanah akibat kegunaan alat mekanikal bagi tujuan meratakan tanah, mengubin jalan, menggali, menggerudi, mengisi, mengorek dan menanam cerucuk kayu, besi atau konkrit ke dalam tanah sebagai asas bangunan. |
core damage (CD) | kerosakan teras | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Kerosakan pada teras reaktor nuklear. |
trouble diagnosis | diagnosis kerosakan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kerja mengesan punca kerosakan menggunakan kaedah yang sesuai. |
core damage frequency (CDF) | kekerapan kerosakan teras | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Nilai kebarangkalian kerosakan teras. |
property damage liability insurance | insurans liabiliti kerosakan harta | insurans | Tiada | Perlindungan terhadap liabiliti kerosakan harta pihak lain, termasuk kehilangan penggunaan harta tersebut. Perlindungan ini berbeza dengan liabiliti kecederaan anggota badan pihak lain. Dalam kebanyakan hal, perlindungan ini diunderait bersama dengan perlindungan liabiliti kecederaan anggota badan. |
property damege insurance | insurans kerosakan harta | insurans | Tiada | Insurans yang melindungi insured terhadap tuntutan pihak ketiga atas kerosakan atau kemusnahan harta pihak tersebut oleh insured. |