Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.se.ra.ga.man] | کسراݢمن

Definisi : perihal (keadaan dsb) se­ragam: ~ bentuk; ~ warna; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.se.ra.ga.man] | کسراݢمن

Definisi : keadaan seragam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ragam (kata nama)
1. Bersinonim dengan olah: tingkah, kerenah, perangai, gelagat, canda, fiil,

2. Bersinonim dengan jenis: macam, bagai, aneka,

3. Bersinonim dengan lagu: langgam

4. Bersinonim dengan corak: ragi, sisik,

Kata Terbitan : seragam, menyeragamkan, keseragaman, penyeragaman, beragam-ragam, meragam, meragamkan, keragaman,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Health Information Technology Standards Panel (HITSP)Panel Standard Teknologi Maklumat Kesihatan (HITSP)Teknologi Maklumate-KesihatanOrganisasi yang ditubuhkan untuk mempromosikan keseragaman dan kesalingkendalian dalam pelbagai aplikasi penjagaan kesihatan dan sistem maklumat. Organisasi ini terdiri daripada pakar penjagaan kesihatan awam dan swasta, termasuklah pembangun aplikasi dan sistem, agensi kerajaan dan pengguna.
epiphoraulang akhirKesusasteraanPuisiGaya bahasa yang mengulang perkataan pada akhir baris puisi yang bertujuan untuk menegaskan maksud dan menimbulkan keseragaman rima. Contohnya, pcngulangan perkataan kola dari petikan puisi "Kemarau Kota" karya Mokhtar Yassin. Sinonim epifora. fajar hilang ditelan enjin dan sibuk kota tawaku kemarau di dada kota.
finished herbal product specificationspesifikasi produk akhir herbaHerbaTiadaPerincian kualiti bagi produk akhir herba yang sedia untuk dipasarkan. Biasanya, spesifikasi ini mengandungi tatacara dan had bagi ujian kontaminasi mikrobiologi, ujian bahan toksik lain seperti logam berat dan pestisid, ujian keseragaman berat (bagi tablet, serbuk dos tunggal, supositori, kapsul dan sacet teh herba), ujian pengecaian (bagi tablet, kapsul, supositori dan pil), ujian kekerasan dan keperoian (bagi tablet tak bersalut), ujian kelikatan (bagi bendalir untuk kegunaan dalaman dan luaran), ujian ketekalan (bagi sediaan separa pepejal), ujian pelarutan (bagi tablet dan kapsul), ujian rupa bentuk, ujian penentuan kandungan lembapan, ujian pengecaman, assai dan ujian had terhadap residu pelarut.
America Society for Testing and Materials E1238 (ASTM E1238)Persatuan Amerika bagi Bahan dan Pengujian E1238 (ASTM E1238)Teknologi Maklumate-KesihatanSpesifikasi standard bagi pemindahan data makmal klinikal antara pelbagai sistem komputer. Penghantaran fail ASTM ke pelbagai lokasi ini menggunakan kepelbagaian kaedah penghantaran dengan menggunakan kombinasi modem asinkroni dan sinkroni dalam pelbagai kelajuan bagi memastikan keseragaman perkakasan.
poetrypuisiKesusasteraanTiadaPengucapan yang imaginatif yang lahir daripada perasaan yang mendalam. Puisi melahirkan secara spontan perasaan yang membuak yang timbul daripada gaya ingatan ketika berada dalam keadaan tenang. Definisi ini diutarakan oleh penyair seperti Wordsworth. Menurut Edwin Arlington Robinson, puisi ialah ungkapan bahasa yang menyampaikan sesuatu mesej melalui reaksi emosi, sesuatu kata-kata yang sukar hendak dinyatakan. Penulisan puisi biasanya menggunakan rima, ritma, matra, baris dan rangkap. Ciri utama bentuk puisi ialah iramanya. Irama dalam puisi biasanya bersifat tersusun dan teratur dan susunan ini memberi variasi kepada keseragaman bunyi apabila puisi itu dibacakan. Dalam penulisan puisi, penyair mempunyai lebih kebebasan dalam membentuk ayat berbanding dalam penulisan prosa. Oleh sebab penulisan puisi agak pendek, maka penulisan puisi memerlukan kepadatan kata-kata bagi menimbulkan kesatuan yang mantap dan berkesan. Bait puisi dihidupkan oleh bahasa yang indah dan imaginatif. Selain itu, bahasa puisi mempunyai nilai konotatif yang tinggi. Contoh puisi Melayu tradisional ialah pantun, syair, gurindam, nazam, seloka, teromba, teka-teki, mantera, perbilangan, talibun, ruba�i dan qit�ah. Contoh puisi Melayu moden ialah sajak.

Kembali ke atas