Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pemimpin tertinggi sesebuah negara yg terdiri drpd seseorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pemimpin tertinggi sesebuah negara, yg terdiri drpd seorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
parliamentary systemsistem berparlimenPentadbiranPentadbiran Awam

Pemerintahan demokrasi yang berasaskan kepada kerajaan parlimen Westminster, Britain. Sistem ini memisahkan ketua negara dengan ketua kerajaan. Ketua negara dalam sistem ini merupakan seorang raja atau presiden (bukan eksekutif), manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Perdana Menteri dilantik dari parti atau kumpulan yang mendominasi parlimen dan berkuasa selagi mendapat sokongan majoriti. Kerajaan dan kabinet ini dibentuk oleh parti yang menang dalam pilihan raya dan ketua mereka akan menjadi ketua kerajaan. Parti yang tewas pula akan menjadi pembangkang. Sistem ini membahagikan parlimen kepada dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang. Antara negara yang mengamalkan sistem ini ialah Malaysia, Singapura, Jepun, Negara Thai dan New Zealand.

Head of StateKetua NegaraPentadbiranTiadaTiada
Head of StateKetua NegaraSains PolitikTiadaTiada
Head of StateKetua NegaraUndang-undangTiadaTiada
Head of StateKetua NegaraSejarahTiadaTiada
head of stateketua negaraSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
republicrepublikSains PolitikHubungan AntarabangsaPada asalnya republik merupakan istilah sinonim bagi negara. Sejak abad ke-17, istilah ini merujuk kepada negara tanpa raja. Pada masa kini, republik bermaksud negara yang diketuai oleh ketua negara. Dalam negara demokrasi, ketua negara dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
caliphatekekhalifahanSejarahTiadaBentuk pemerintahan yang mempunyai khalifah sebagai ketua negara.
ratificationratifikasiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaCara sesebuah negara menzahirkan persetujuan untuk terikat dengan sesuatu perjanjian. Sebarang kemungkiran oleh negara tersebut boleh membawa kepada pelanggaran undang-undang antarabangsa. Kuasa meratifikasi berada di tangan ketua negara, ketua kerajaan dan menteri luar negeri. Walau bagaimanapun, kuasa meratifikasi tertakluk kepada perlembagaan sesebuah negara. Terdapat negara yang mensyaratkan keizinan daripada badan perundangan sebelum proses ratifikasi dilakukan.
political executivepelaksana politikSejarahTiadaOrang yang ditugaskan untuk melaksanakan dasar-dasar politik yang diputuskan dalam sesuatu parti politik, biasanya ketua negara.
1234

Kembali ke atas