liberation of moon | liberasi bulan | Matematik | Tiada | Bulan berputar sambil mengelilingi bumi justeru satu bahagian mukanya sentiasa menghadapi kita sepanjang masa. Oleh sebab bulan kelihatan berayun dan berliberasi maka kita dapat melihat 59% permukaan bulan sesuatu bulan itu, manakala 41% lagi itu terlindung daripada pandangan kita untuk selama-lamanya. |
galactic nebulae | nebula galaksi | Matematik | Tiada | Nebula yang terdapat dalam sistem galaksi kita atau berhampiran dengan galaksi kita. |
absolute luminosity | luminositi mutlak | Matematik | Tiada | Kecerahan yang mungkin diperlihatkan oleh sesuatu bintang jika jaraknya dengan kita sama seperti jarak matahari dengan kita. |
luminosity | kekilauan | Matematik | Tiada | Kecerahan mutlak bintang atau jasad samawi yang lain, yang biasanya dinyatakan dalam kiraan magnitud. Luminositi sesuatu bintang itu ialah nisbah jumlah cahaya yang sampai kepada kita dari bintang itu berbanding dengan jumlah cahaya yang sampai kepada kita dari matahari, andai kata bintang dan matahari berada pada jarak yang sama dari kita. |
carpe diem | carpe diem | Kesusasteraan | Tiada | Tema karya puisi Inggeris yang popular dalam abad ke-6 dan ke-7 yang berbunyi "Marilah kita bergembira hari ini kerana besok kita akan mati". |
Kapteyn Universe | alam semesta Kapteyn | Matematik | Tiada | Galaksi kita yang menurut J.C. Kapteyn, ahli falak Belanda, terdiri daripada gugusan bintang yang besar dalam bentuk elipsoid kisaran yang leper dan diameternya kira-kira lima kali ketebalannya. Bintang berada rapat-rapat di bahagian pusat dan kian jarang ke arah sisi tanpa sempadan yang tetap. Galaksi kita ini dianggarkan mempunyai sebanyak 47 bilion bintang. |
galactic centre | pusat galaksi | Matematik | Tiada | Pusat graviti galaksi Bimasakti yang di sekelilingnya menjadi tempat matahari dan bintang-bintang lain dalam galaksi kita ini beredar. Pusat ini dikatakan terletak kira-kira 30 000 tahun cahaya dari matahari dari arah Saggitarus, pada longitud paksi 325 darjah dan dilindungi oleh awan bintang tebal dan nebula gelap daripada sistem suria kita. |
rotation of galaxy | putaran galaksi | Matematik | Tiada | Galaksi kita berputar pada paksinya yang mengambil 225 juta tahun. |
frequency | frekuensi | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Bilangan kita yang dilengkapkan oleh suatu kuantiti berkala dalam satu unit masa. |
crab pulsar | pulsar ketam | Matematik | Tiada | Nebula dalam galaksi kita yang berada kira-kira satu darjah ke barat laut bintang Alpha Jauri dan dipercayai sebagai saki-baki supernova yang dicerapi pada tahun 1054. |