Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kré.dit] | کريديت

Definisi : (krédit) 1. wang yg dipinjamkan, jumlah atau kemudahan pinjaman, piutang: ~ di atas kadar bunga yg sebanyak itu hanya dapat diberi jika bank mahu menjamin pinjaman itu; bank-bank perdagangan tidaklah bebas membesarkan atau mengecilkan ~nya; 2. kemudahan membayar terkemudian drpd penerimaan barang, penangguhan pembayaran (bagi barang yg dibeli); menjual (membeli) dgn ~ menjual (membeli) barang dgn pem­bayarannya ditangguhkan; memberi ~ mem­beri pinjaman (hutang), membenarkan (mem­bolehkan) penangguhan pembayaran; tukang ~ Jk tukang menjual barang-barang dgn bayaran beransur-ansur; 3. butir perakaunan (spt bayaran dll) yg dicatatkan di ruang sebelah kanan buku kira-kira; mengkreditkan 1. mencatatkan butir per­akaunan (spt bayaran dll) di ruang sebelah kanan buku kira-kira; 2. Id, bp memberi pinjaman wang dgn cagaran barang; 3. bp menjual barang dgn bayaran beransur-ansur; perkreditan yg berkaitan dgn kredit atau segala urusan kredit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kré.dit] | کريديت

Definisi : /krédit/ 1 jumlah wang yg dipinjamkan; pinjaman: Bank Pertanian mengadakan ~ bagi semua bidang pertanian. 2 kemudahan menangguhkan pembayaran barang yg dibeli: Apabila membeli secara ~, nama pembeli, tarikh dan banyaknya belian direkodkan. 3 butir perakaunan atau catatan di sebelah kanan buku akaun. 4 (jumlah) wang dlm sesuatu akaun kepunyaan seseorang, sesebuah syarikat dll. 5 darjah kelulusan bagi sesuatu mata pelajaran yg diikuti; kepujian. mengkreditkan mencatat butir perakaunan di ruang sebelah kanan buku akaun; mencatat atau memasukkan sbg kredit (dlm sesuatu akaun). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kredit (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan pengiktirafan: penghargaan, penilaian, pujian,

2. Bersinonim dengan piutang: pinjaman, ansuran, kemudahan pinjaman.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
credit card fraudpenipuan kad kreditKriminologiKeadilan JenayahPenipuan dan pemerdayaan yang melibatkan kad kredit, bertujuan untuk mendapatkan keuntungan atau manfaat lain. Tindakan ini termasuklah aktiviti pengklonan, pengeluaran, pengedaran dan penyalahgunaan kad kredit palsu.
credit card theftkecurian kad kreditKriminologiKeadilan JenayahKeadaan atau tindakan seseorang yang mencuri kad kredit.
credit instrumentalat kreditEkonomiTiadaSebarang dokumen yang melibatkan pemindahan wang daripada seorang individu kepada seorang individu yang lain. Misalnya, cek, nota janji, draf, surat kredit, wang pos, dan kiriman wang.
multiple-location rating planpelan pengkadaran lokasi berbilanginsuransTiadaKaedah yang memberi kredit ke atas risiko harta perdagangan besar yang berada di beberapa lokasi. Kredit ini berdasarkan konsep bahawa rebakan risiko ke beberapa lokasi akan mengurangkan bahaya.
double entrycatatan berguEkonomiTiadaKaedah mencatat setiap urus niaga kepada dua bahagian dalam akaun, iaitu debit dan kredit. Misalnya, catatan ini digunakan untuk merekodkan urus niaga dalam imbangan pembayaran, iaitu apabila sesebuah negara mengeksport sesuatu barang; bahagian debit mencatatkan penerimaan bayaran nilai eksport, manakala bahagian kredit mencatatkan nilai barang berkenaan.
credit life insuranceinsurans hayat kreditinsuransTiadaPerlindungan insurans ke atas hayat peminjam untuk melindungi bayaran hutang sekiranya peminjam meninggal dunia sebelum hutang dilunaskan. Perlindungan ini selalunya diuruskan melalui syarikat pemberi pinjam ke atas kumpulan atau individu.
request-for-credit memomemo permintaan kreditPelanconganTiadaCatatan ringkas daripada peruncit kepada pemborong sebagai permohonan untuk berhutang bagi mendapatkan tiket penerbangan.
interestbungaEkonomiTiadaBayaran terhadap kredit atau dana yang dipinjam, biasanya dinyatakan sebagai peratusan kepada jumlah yang dipinjam.
whole turnover insuranceinsurans perolehan penuhinsuransTiadaInsurans kredit boleh diperolehi bagi keseluruhan urus niaga atau perolehan insured atau bagi hanya beberapa akaun tertentu sahaja.
work in progress coverperlindungan kerja sedang berlangsunginsuransTiadaInsurans kredit yang melindungi pengeluar akibat menanggung perbelanjaan atau terpaksa mengikat kontrak dengan pembekal ke atas kemungkinan bakal pembeli keluarannya.
1234

Kembali ke atas