double-spouted (vessel) | dwimuncung (bekas) | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Bahagian muncung tembikar yang berkembar yang menghala ke arah kiri dan kanan, berperanan sebagai tempat penyimpanan air. Tembikar jenis ditemui di tapak Lubang Angin dan Gua Niah (Sarawak) pada tahun 1960-an oleh Tom Harrisson. Tembikar ini merupakan sebahagian daripada bekal pengebumian yang tidak pernah ditemui di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Tembikar ini juga mempunyai perlambangan bentuk seperti paruh burung enggang yang mempunyai kaitan dengan tradisi budaya suku Kenyah dan Kayan. |
cave site | tapak gua | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tapak tempat tinggal masyarakat prasejarah, pengebumian dan kem persinggahan. Tempat ini terbahagi kepada dua kategori, iaitu gua batu kapur dan pelindung batuan. Gua ini didiami semenjak Zaman Paleolitik sehingga Zaman Neolitik. Bukti penempatan manusia dikesan melalui tinggalan artifak alatan batu dan ekofak seperti tulang binatang. Terdapat bukti gua yang didiami secara berterusan melibatkan dua zaman yang berbeza, iaitu Hoabinh dan Neolitik. Lokasinya berdekatan dengan sungai, dan keadaan suhu sejuk menjadi faktor utama pemilihan oleh masyarakat zaman tersebut. Antara tapak gua yang utama di Malaysia ialah Gua Kechil dan Gua Tongkat (Pahang), Gua Cha dan Gua Menteri (Kelantan), Gua Gunung Runtuh dan Gua Teluk Kelawar (Perak), Gua Niah dan Gua Lubang Angin (Sarawak) dan Hagop Bilo (Sabah). |
earthenware | tembikar tanah | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tembikar yang diperbuat daripada tanah liat mempunyai ciri-ciri tertentu. Terdapat dua kaedah penghasilan tembikar, iaitu secara jemuran matahari dan pembakaran dengan suhu antara 350� C hingga 1000�C. Tembikar tanah mudah diresapi air kerana mempunyai lubang yang banyak. Tembikar ini mempunyai dua ciri yang berbeza, iaitu berhias dan tidak berhias. Bahan asasnya juga melibatkan campuran dengan unsur asing untuk menguatkannya seperti pasir, pecahan cangkerang, sekam padi dan tembikar yang telah pecah. Contoh ini dijumpai di Gua Angin, Jerantut (Pahang). |
Calotropis gigantea | remigu | Herba | Botani dan Bioteknologi | Pokok renek dalam famili Asclepiadaceae dan dikenali juga sebagai remiga, rembega dan lembiaga. Remigu tumbuh liar di tanah terbiar terutama di kawasan berpasir berhampiran pantai. Tingginya hanya 1 meter hingga 3 meter. Keseluruhan tumbuhan berbulu halus dan bergetah putih. Daunnya besar dan tebal berwarna hijau kekelabuan. Permukaan bawah daun berdebu kelabu. Bentuk daun bujur panjang dan urat daunnya keputih-putihan. Bunganya berwarna ungu pucat tetapi terdapat juga warna putih kehijau-kehijauan dan tersusun pada jambak jenis umbel. Buah yang muda berwarna hijau dan menggelembung kerana mengandungi angin. Daunnya boleh dibuat ubat sapu untuk luka, bisul dan bengkak kulit. Daun yang telah dipanggang disedut asapnya untuk mengubati ulser hidung. Getah daun dititikkan pada lubang gigi yang sakit. Getah daun juga boleh mengubati mata dan telinga. Getah ini dipercayai boleh membunuh kuman. |