Arrhenius plot | plot Arrhenius | Fizik | Nanoteknologi | Satu plot garis lurus ln y melawan 1/T (atau 1/kT) bagi persamaan Arrhenius: dengan y= kadar tindak balas suatu proses, Ea= tenaga pengaktifan proses (atau entalpi), k= pemalar Boltzmann, T= suhu. Persamaan Arrhenius berlaku untuk kebanyakan proses terma seperti pemancaran elektron dari suatu dawai panas dan pertumbuhan kultur bakteria. Plot Arrhenius sangat berguna untuk menentukan tenaga pengaktifan sesuatu proses. |
cross hair | penenang; rambut silang; benang silang (KEJ) | Kejuruteraan | Tiada | 1. Garis penunjuk lurus yang mengufuk atau tegak, yang menetapkan garis nampak pada teleskop ukur.,untuk menunjukkan titik pada paparan yang koordinatnya dikehendaki. |
cross hair | penenang; rambut silang; benang silang (KEJ) | Pertanian | Tiada | 1. Garis penunjuk lurus yang mengufuk atau tegak, yang menetapkan garis nampak pada teleskop ukur. |
alignment | penjajaran; pembarisan; selarian | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Penjajaran: Kesesuaian sebenar dalam satu bentuk garisan lurus pada bahagian atas dan bawah surat-surat dan huruf-huruf dalam satu fon. 2. Pembarisan: Susunan taip dalam satu garisan lurus. 3. Selarian: Kedudukan garis taip supaya bahagian akhir kelihatan sama pada bahagian margin. |
small-angle scattering | serakan sudut kecil | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah serakan berdasarkan pesongan sinaran terkolimasi daripada trajektori lurus selepas tindak balas dengan struktur yang lebih besar daripada sinaran panjang gelombang. Pesongan yang terjadi adalah kecil (0.1 � 10�) dan dinamakan sebagai sudut kecil. Teknik ini memberi maklumat tentang saiz, bentuk dan orentasi struktur sampel. |