barbarism | barbarisme | Kesusasteraan | Puisi | Perkataan, frasa ataupun kalimat yang kasar, keras, marah� marah dan sinis yang tajam dalam penciptaan sesebuah puisi terutama puisi moden. |
provocation | bangkitan marah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan melakukan atau menyatakan sesuatu yang menyebabkan seseorang berasa terganggu atau marah dan orang tersebut bertindak balas dengan melakukan sesuatu perbuatan yang menyalahi undang-undang. |
anger | marah | Kejururawatan | Tiada | Perasaan benci, dendam, kecewa, hampa dan sebagainya yang mungkin mencetuskan pergaduhan dan permusuhan. Keadaan ini boleh dirawat dengan kaunseling atau ubat. |
anger rape | rogol marah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenis rogol yang dilakukan oleh penyerang untuk melepaskan kemarahannya terhadap mangsa. Jenayah ini juga melibatkan penggunaan kekerasan lain seperti memukul, memaki hamun dan menghina mangsa. |
road rage | baran jalanan | Undang-undang | Tiada | Rasa marah pemandu kenderaan yang disebabkan oleh tindakan pemandu lain. |
intonation | intonasi | Kesusasteraan | Tiada | Perubahan nada suara semasa ujaran atau bercakap. Nada suara ini memperlihatkan sikap pengucap, seperti menyindir, marah dan hairan. Intonasi membezakn sesuatu ujaran itu sama ada pernyataan atau persoalan. Contohnya, pernyataan biasa seperti �kami akan pulang� boleh dijadikan sesuatu soalan dengan mengubah nada suara daripada rendah kepada tinggi. Intonasi banyak digunakan dalam deklamasi sajak, membaca gurindam dan syair. |
cataplexy | katapleksi | Perubatan | Psikiatri | Keadaan yang dicirikan dengan kelemahan otot dan tonus secara tiba-tiba, yang biasanya dicetuskan oleh rangsangan emosi, seperti marah, takut dan terperanjat. |
lyrical subject | subjek lirik | Kesusasteraan | Puisi | Sesuatu perkara yang menjadi tumpuan pemikiran penyair dalam puisinya yang berhubung dengan luahan perasaan. Umpamanya perasaan sedih, kecewa, marah dan sebagainya. |
expressive murder | pembunuhan berperasaan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Pembunuhan yang dilakukan oleh seseorang yang mempunyai hubungan dengan mangsa yang didorong oleh perasaan seperti cemburu, kecewa dan marah. Kebiasaannya, pembunuhan ini dilakukan tanpa apa-apa perancangan atau persediaan terlebih dahulu. Contohnya, pembunuhan yang disebabkan oleh cinta tiga segi atau kecurangan dalam perkahwinan. |
tone | nada | Kesusasteraan | Tiada | Perasaan yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya. Pengarang akan memilih diksi dan mencipta serta kiasan untuk melahirkan nada yang berbeza seperti nada marah, harmonis, syak wasangka, ironis dan sebagainya. Nada merupakan konsep kritikan sastera yang penting kerana nada mempengaruhi pembacaan sesuatu karya. Nada menunjukkan bahawa kesusasteraan tertulis masih manyamai bentuk ujaran dan memerlukan kehadiran seorang narator dan seorang pendengar. Sintaksis yang dipilih oleh seorang narator biasanya mempengaruhi nada. Bagi penghayatan penuh terhadap sebuah karya sastera, pengkritik perlu mengenal pasti jenis nada yang terdapat dalam teks tersebut. Nada yang sukar untuk dikesan ialah nada ironis. Sekiranya nada ironis dalam sesuatu perenggan teks sastera disalahfahamkan, maka ironis yang dikemukakan pengarang tidak dapat dikesan. |