Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masuk (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi ke dalam: datang ke dalam
Berantonim dengan keluar

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, meruyup, terpuruk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan pergi: hadir di, berada di,

4. Bersinonim dengan menganut: memeluk

5. Dalam konteks peperiksaan
bersinonim dengan mengambil, menduduki, menghadiri, menyertai, mengikuti,

6. Bersinonim dengan telap: bobos, telus, lut, tembus,

Kata Terbitan : memasuki, memasukkan, termasuk, kemasukan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
deceleration valveinjap nyahpecutanKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti yang berfungsi semasa nyahpecutan untuk membenarkan udara bersih memintas karburetor untuk terus masuk ke dalam pancarongga pengambilan. Proses ini enjin kehilangan kuasa pada kadar yang bersesuaian dengan menyebabkan pengurangan kadar kelajuan kenderaan. Kesan yang sama juga boleh diperoleh dengan melajakkan pemasaan enjin menggunakan mekanisme lajakan vakum.
direct injectionsuntikan terusKejuruteraan AutomotifEnjinProses menyuntik bahan api terus ke dalam kebuk pembakaran. Dalam proses ini, udara bersih masuk melalui pancarongga pengambilan semasa lejang pengambilan dan dikawal melalui permeteran jisim udara. Manakala bahan api disuntik di akhir lejang mampatan. Sistem ini digunakan untuk enjin diesel dan memerlukan tekanan yang sangat tinggi untuk membolehkan bahan api dipaksa masuk ke dalam kebuk pembakaran dan bercampur dengan udara semasa lejang mampatan. Singkatan DI. Banding suntikan tak langsung.
fuel injection systemsistem suntikan bahan apiKejuruteraan AutomotifEnjinSistem yang menghantar bahan api bertekanan masuk ke dalam pancarongga pengambilan atau terus ke dalam kebuk pembakaran melalui penyuntik. Sistem ini mengawal campuran udara-bahan api dengan lebih tepat untuk meningkatkan prestasi enjin, mencapai penggunaan bahan api yang ekonomi dan mengurangkan pancaran ekzos. Sinonim sistem pancitan bahan api Banding karburetor.
gasoline direct injectionsuntikan terus gasolinKejuruteraan AutomotifEnjinProses menyuntik bahan api terus ke dalam kebuk pembakaran. Dalam proses ini, udara bersih masuk melalui pancarongga pengambilan semasa lejang pengambilan dan dikawal melalui permeteran jisim udara. Dalam keadaan biasa, bahan api disuntik semasa lejang mampatan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kelajuan yang tinggi bahan api mula disuntik lebih awal lagi, iaitu di hujung lejang pengambilan. Sistem ini digunakan pada enjin kitar Otto yang menggunakan gasolin.

Kembali ke atas