Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nen.tu.kan] | مننتوکن

Definisi : 1. menetapkan, memastikan: sudah ditentukan demikian oleh Tuhan; 2. memberi kepastian (keputusan), memutuskan: dia tidak pernah dibawa mesyuarat dlm hal ~ siapa yg akan menjadi jodohnya; 3. memberi tafsiran (makna tentang sesuatu), memberi definisi, mentakrifkan: setiap simbol yg digunakan dlm kamus hendaklah ditentu­kan maksudnya; 4. membuat kesimpulan, membuat keputusan drpd: kita tidak mem­punyai bukti yg cukup utk ~ dia yg bersalah; 5. memberi keterangan yg tentu, menerang­kan, mengesahkan: jikalau orang itu gempar kehilangan kerbaunya, katakan aku tahu bertenung ~ di mana tempat kerbau itu berada; 6. mewajibkan, memestikan: adapun mualim darat itu telah ditentukan membawa kapal itu masuk dgn selamatnya ke Judah, dibayar empat puluh ringgit; 7. menguruskan (supaya sempurna), mengaturkan: dia pergi berunding dgn kapten-kapten kapal lainnya di Halifax utk ~ acara-acara pelayaran kami; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nen.tu.kan] | مننتوکن

Definisi : 1 menyatakan dgn tentu atau dgn pasti; memastikan; menetapkan: Tiada sesiapa yg dpt ~ bila ia akan sampai di sini. 2 mengambil keputusan atau ketetapan (dlm sesuatu perkara); memutuskan: Bagindalah yg ~ siapa yg patut menduduki takhta negeri Melaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tentu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan pasti: tetap, tegas, mesti, tidak boleh tidak, positif,

2. Bersinonim dengan jelas: nyata, terang, ketara, sahih, sah, benar, betul, tidak syak lagi, tidak ragu-ragu lagi,

3. Bersinonim dengan tidak boleh tidak: mesti, pasti, nescaya, wajib,

Kata Terbitan : menentukan, ketentuan, penentuan, penentu,

Peribahasa

Mengenakan baju di badan maka sesuai.

Bermaksud :

Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengukur baju di badan sendiri).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
altimeteraltimeterSains MarinTiadaAlat yang digunakan untuk menentukan ketinggian suatu objek relatif terhadap aras tertentu. Umumnya terdapat dua jenis altimeter, iaitu altimeter tekanan yang menentukan ketinggian secara penghampiran berdasarkan pengukurantekanan dengan menggunakan taburan suhu piawai altimeter tekanan dan altimeter radio. Altimeter radio pula menentukan ketinggian dengan menggunakan teknik elektronik.
bioassaybiocerakinHerbaPemiawaianProses yang dijalankan untuk menentukan keaktifan biologi sesuatu zat. Contohnya, uji kaji yang dijalankan untuk menentukan keberkesanan ekstrak herba bagi merencat pertumbuhan sesuatu kulat dilakukan dengan menginokulasi kulat tertentu dalam medium yang mengandungi bahan ekstrak tersebut.
main narratorpengisah utamaKesusasteraanTiadaPengisah yang bertanggungjawab dalam menentukan keseluruhan aspek yang terdapat dalam sesebuah karya. Aspek dalam karya termasuklah menentukan judul, corak penceritaan dan perwatakan serta pemilihan bahasa.
self-directed learningpembelajaran terarah kendiriTeknologi Maklumate-PembelajaranSatu proses yang melibatkan pelajar menentukan sendiri keperluan dan objektif pembelajarannya, memilih bahan pembelajaran, menentukan strategi pembelajaran dan menilai pencapaian di bawah seliaan pengajar. Lihat juga andragogi.
long-term stability testingujian kestabilan jangka panjangHerbaPeraturan dan PemasaranUjian yang dilakukan untuk menentukan kestabilan produk herba dalam keadaan penstoran yang ditetapkan bagi menentukan tempoh ujian semula atau tempoh simpan. Keadaan penstoran yang ditetapkan adalah seperti suhu bilik 30°C ± 2°C dan kelembapan 65% ± 5 atau 25°C ± 2°C dan 60% ± 5. Kebiasaannya, kekerapan ujian dijalankan setiap 3 bulan pada tahun pertama, 6 bulan pada tahun kedua, dan 12 bulan pada tahun yang berikutnya.
commodity exchangebursa komoditiEkonomiTiadaInstitusi yang melaksanakan kontrak pembelian dan penjualan komoditi, dan menentukan peraturan secara serta-merta, atau terutamanya secara ke depan. Kontrak pembelian dan penjualan ini menentukan harga, jumlah, mutu, dan syarat-syarat penyerahan komoditi tersebut. Lihat juga pasaran ke depan, pasaran semerta.
microscopical examinationpemeriksaan mikroskopiHerbaTiadaKaedah untuk menentukan ciri bentuk, struktur sel, saiz, warna, permukaan, tekstur dan rupa bahan herba seperti daun, bunga, buah, biji, batang, kulit kayu, akar, rizom dan sebagainya dengan menggunakan mikroskop. Kaedah ini berguna untuk menentukan identiti, ketulenan dan kualiti suatu bahan mentah herba dalam bentuk utuh atau yang telah diserbukkan. Bahan herba biasanya dirawat dengan bahan pelekap tertentu untuk melihat struktur tisu dan sel di bawah mikroskop cahaya. Setiap bahan herba mempunyai ciri mikroskopi tersendiri seperti stomata, trikom, fiber, vesel dan kandungan sel ergastik yang spesifik. Ciri ini boleh digunakan untuk membezakan antara spesies tumbuhan dan pemiawaian bahan herba. Contohnya, sel stomata akan kelihatan pada permukaan bawah spesimen daun, sel debunga pada bunga dan sel kanji pada rizom. Parameter kuantitatif seperti indeks stomata boleh digunakan untuk membezakan spesies yang hampir sama.
IIW type calibration blockblok tentukuran jenis IIWTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikBlok logam (keluli, aluminium dan aloi) tentukuran piawai yang digunakan untuk pelbagai kegunaan semasa ujian ultrasonik. Antara kegunaan blok ini termasuklah untuk menentukurkan masa dasar, indeks prob, menentukan sudut prob, menentukan resolusi, kepekaan, kelinearan dan kuasa penembusan alat ujian ultrasonik. Blok ini terdapat dalam dua saiz, iaitu saiz besar (V1) dan saiz kecil (V2). Blok ini dikeluarkan oleh IIW.
mass analyzerpenganalisis jisimFizikNanoteknologiSpektrometer jisim yang digunakan untuk menentukan komposisi kimia suatu sampel berasaskan pemisahan ion mengikut nisbah jisim per cas (m/z). Bahan sampel analisis ini terlebih dahulu dijadikan ion bergas dan dialirkan dalam medan magnet dan elektrik. Alat ini juga dapat menentukan komposisi isotop satu atau lebih unsur dalam sesuatu sebatian.
standardstandardTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikDokumen yang diterbitkan bagi menghasilkan spesifikasi dan tatacara untuk menentukan kebolehpercayaan sesuatu bahan, produk, kaedah, dan/atau perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Dokumen ini merangkumi pelbagai isu termasuklah protokol yang membantu menentukan kefungsian dan keserasian produk, dan menjamin keselamatan pengguna serta kesihatan orang awam.
12345678910...

Kembali ke atas