Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.pa.ti] | منڤتي

Definisi : 1. berpegang teguh pd (janji, kata, dll), tidak memungkiri, menunaikan: orang yg sentiasa tidak ~ janji itu, tanda munafik, dan akan ke neraka bulat-bulat; 2. ber­tepat­an dgn, tidak bersalahan (berlainan) drpd: tulisan-tulisan Ismail Hussein baik yg bersifat kajian sastera mahupun yg memuat­kan pemikiran kritis dan analitisnya, adalah ~ istilah esei dlm kajian ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.pa.ti] | منڤتي

Definisi : 1 berpegang teguh pd janji dsb; memenuhi janji dsb; menunaikan: Hutang mesti dibayar, janji mesti di­tepati. 2 kena tepat pd (sasaran dsb): Tikamannya ~ sasaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tepat (adjektif)
Bersinonim dengan betul, benar, sah, sahih, jitu, positif, tidak salah;,
Kata Terbitan : bertepatan, menepati, ketepatan,

Peribahasa

Beralih kain di balik rumah;
     beralih cakap di balik lidah.

Bermaksud :

Tidak menepati janji.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
in conformity withmenepati denganUndang-undangTiadaTiada
to accord with the termbagi menepati perjanjianPentadbiranTiadaTiada
breach of agreementmungkir perjanjianUndang-undangTiadaTidak menepati atau memenuhi terma dan syarat perjanjian seperti yang dipersetujui.
shothantarSukanTiada2. Hantar: Hantaran bol yang menepati jek atau sasaran.
peculiar galaxiesgalaksi janggalMatematikTiadaGalaksi yang tidak menepati skema pengelasan galaksi normal.
tijarahperniagaan/perdaganganPerniagaan IslamTiadaAktiviti ekonomi yang menepati syarak, melibatkan harta dan perkhidmatan bertujuan mendapatkan keuntungan. Contohnya, jual beli, dagangan komoditi, import eksport, sewaan, francais, pajakan dan gadaian.
cumbersome/bulky parcelbungkusan ganjilPentadbiran PerniagaanTiadaBungkusan yang tidak menepati ukuran atau saiz piawai yang telah ditentukan.
body line serveservis sasar badanSukanTiadaServis yang terus menepati bahagian badan pihak lawan.
peculiar starsbintang janggalMatematikTiadaBintang yang ciri spektrumnya tidak menepati pengelasan jenis spektrum yang biasa.
standardized postal itemsbarang pos piawaiPentadbiran PerniagaanTiadaBenda pos yang menepati ukuran dan berat yang ditetapkan oleh pentadbiran pos.
1234567

Kembali ke atas