basis point | mata asas | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sistem yang digunakan di pasaran New York bagi menerangkan perubahan harga atau indeks, iaitu 1/100 daripada 1.0% dianggap sebagai satu mata asas. |
ASN.1 (Abstract Syntax Notation One) | ASN.1 (Tatatanda Abstrak Sintaks Satu) | Teknologi Maklumat | Tiada | Bahasa standard sistem terbuka saling sambung (OSI) bagi menerangkan jenis data. |
acre-foot | ekar-kaki | Pertanian | Tiada | Istilah hidrologi yang menerangkan jumlah air yang diperlukan untuk melitupi satu ekar tanah pada kedalaman 1 kaki. |
Klein paradox | paradoks Klein | Kejuruteraan | Tiada | Perkara yang menerangkan teori elektron Dirac bahawa zarah boleh menembusi sawar keupayaan yang lebih besar dari 1 MeV dengan membuat peralihan dari keadaan tenaga positif ke keadaan tenaga negatif. |
flapper | flaper | Kesenian | Tiada | 1. Flaper: Pakaian yang mempunyai ciri berlengan kimono, raglan atau bahu menurun, bergelembung di pinggul, berbelah di kelepet untuk memudahkan pergerakan, mempunyai hiasan tambahan tas tangan, uncang, topi tajuk besar dan berbirai kecil bersej yang diperkenalkan oleh Gedung Fesyen Bathric pada tahun 1914 di Amerika.,2. Istilah untuk menerangkan cara wanita memakai alat solek, skirt pendek dan seutas rantai mutiara pada tahun 1920-an. |
reaction mechanism | mekanisme tindak balas | Kimia | Tiada | Huraian tentang langkah-langkah tindak balas kimia. Pada peringkat tinggi, mekanisme tindak balas akan menerangkan secara terperinci tertib pemecahan dan pembentukan ikatan dan perubahan kedudukan relatif atom-atom semasa tindak balas. 1. CH3 CH = CH2 ® CH3 CHÅ - CHy (rujuk m/s 113) hasil tindak balas 2-kloropropana SILA RUJUK RAJAH DI M/S 113 zat tindak balas propena + asid hidroklorik Mekanisme tindak balas |
temperature coefficient Q10 | pekali suhu Q10 | Botani | Tiada | Kaedah untuk menerangkan kesensitifan proses biokimia terhadap suhu. Kaedah ini merupakan nisbah kadar sesuatu proses pada satu suhu yang dibandingkan dengan kadar suhu 10�C lebih rendah. Kadar respirasi biasanya mempunyai nilai Q10 bersamaan 2 pada suhu biasa. Contohnya, kadar fotosintesis pada cahaya tinggi mempunyai nilai 1.6 sehingga 4.3 pada julat suhu 4 � 30�C, manakala kadar fotosintesis pada cahaya rendah mempunyai nilai 1.06 pada julat suhu 15-25�C. |
Boolean algebra | algebra Boolean | Teknologi Maklumat | Perisian | Algebra yang dicipta oleh George Boole pada tahun 1854. Algebra ini berbeza daripada algebra biasa. Algebra ini menerangkan peraturan yang membolehkan pemalar dan pemboleh ubah menerima dua nilai, sama ada benar atau palsu dan juga 1 atau 0 bagi menggambarkan beberapa perwakilan. Algebra menjadi sandaran kepada komputer digital beroperasi. Peraturan yang membolehkan pemalar dan pemboleh ubah ini digabungkan dikenali sebagai logik Boolean. Lihat juga logik Boolean. |
board | papan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | 1. Istilah umum untuk kayu gergaji panjang yang mempunyai tepi bersegi yang biasanya mempunyai ukuran tebal 50 mm hingga 200 mm, dan ukuran lebar 150 mm atau lebih. Takrifan yang tepat berbeza-beza dari satu negara ke satu negara yang lain. Misalnya di Malaysia, mengikut Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia, papan ialah satu kepingan kayu gegaji yang tebalnya melebihi 50 mm dan lebarnya adalah 150 mm atau lebih, dan tebalnya tidak melebihi setengah daripada lebarnya. 2. Istilah yang biasa digunakan untuk menerangkan kayu gergaji yang tebalnya adalah lebih kurang 25 mm, dan lebar serta panjangnya berbeza-beza. Mengikut Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia, papan ialah kayu gergaji yang tebalnya adalah lebih kurang daripada 50 mmdan lebarnya melebihi 150 mm. |
quality factor | faktor kualiti | Fizik | Atom dan Nuklear | Faktor yang diberikan kepada setiap jenis sinaran mengion untuk menerangkan kesan biologinya. Nilainya ditentukan dengan membandingkan kesan sinaran tersebut dengan kesan yang dihasilkan oleh sinaran piawai yang terdiri daripada sinar-X 200 keV. Faktor kualiti ini merupakan nilai penghampiran kerana faktor ini bersandar dengan kelajuan sinaran dan jenis tisu yang disinarkan. Bagi dos terserap 1 Gy zarah alfa dapat mengakibatkan 10 kali kerosakan biologi berbanding dos yang sama bagi zarah beta. |