Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.cil.kan] | مڠچيلکن

Definisi : 1. menjadikan kecil, menjadi­kan tidak atau kurang besar (lebar, luas, dsb): kita boleh ~ api dapur ini dgn serta-merta; ~ perbelanjaan mengurangkan perbelanjaan; 2. = mengecil-ngecilkan memandang atau menganggap kecil (tidak penting, tidak ber­harga, dll), merendahkan, menghinakan, me­ngabaikan: surat kawannya yg mengecil-ngecilkan dirinya menjadi punca kemarahannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.cil.kan] | مڠچيلکن

Definisi : 1 menjadikan kecil (sempit dll); mengurangkan bilangan (perbelanjaan dll): ~ perbelanjaan. 2 menganggap tidak penting atau tidak mustahak; mengabaikan: Kita tidak dpt ~ jasanya kpd negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecil (adjektif)
1. Bersinonim dengan comel: halus, ketot, kemetot, kerdil, kurus, langsing, ramping,
Berantonim dengan besar

2. Bersinonim dengan sempit: tidak lapang, tidak luas, tidak lebar,
Berantonim dengan luas

3. Bersinonim dengan kanak-kanak: budak, muda, mentah, setahun jagung,
Berantonim dengan dewasa

4. Bersinonim dengan sedikit: secubit, sekelumit, sejemput, segenggam, sekepal,
Berantonim dengan banyak

5. Bersinonim dengan remeh-temeh: tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

6. Bersinonim dengan mudah: senang, tidak rumit, tidak sukar, tidak payah,
Berantonim dengan besar

Kata Terbitan : sekecil-kecilnya, mengecil, mengecilkan, memperkecil-kecil, kecil-kecilan, kekecilan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
slicing of bamboo sliverspenghirisan urai buluhBuluhTiadaProses menghiris uraian buluh dengan menggunakan pisau atau mesin, untuk mengecilkan saiz uraian buluh.
chokepencekikKejuruteraan AutomotifEnjinPlat atau injap dalam karburetor yang terbuka secara manual atau automatik ketika menghidupkan enjin sejuk. Pencekik beroperasi dengan mengecilkan laluan udara yang melalui hon udara sehingga menghasilkan ruang vakum separa dalam karburetor dan menghasilkan campuran lebih. Keadaan ini mengehadkan pengaliran udara dan menghasilkan tekanan separa vakum di belakang injap yang menyebabkan pengaliran bahan api bertambah lalu mewujudkan campuran lebih. Pencekik ini akan terbuka secara automatik apabila enjin menjadi panas. Sinonim plat cekik.
victim profilingpemprofilan mangsaKriminologiKeadilan JenayahSuatu kaedah atau teknik yang diguna pakai dalam bidang kriminologi untuk mengenal pasti ciri-ciri seseorang mangsa serta perbandingan ciri-ciri mangsa dengan mangsa kes jenayah lain melalui penyiasatan dan analisis bukti yang didapati dari tempat kejadian jenayah tersebut. Tujuan penyediaan pemprofilan mangsa adalah untuk meramal ciri-ciri pelaku dan mengaitkan antara satu kes dengan kes yang lain bagi mengecilkan skop pencarian dan menangkap suspek.
float systemsistem apungKejuruteraan AutomotifEnjinSistem yang mengawal masukan bahan api ke dalam karburetor dan aras bahan api dalam mangkuk apung. Sekiranya aras bahan api dalam mangkuk apung berkurangan, pelampung akan turun dan membesarkan bukaan injap jarum. Keadaan ini menyebabkan lebih banyak bahan api masuk ke dalam mangkuk dan seterusnya menolak pelampung ke atas dan mengecilkan bukaan injap jarum.

Kembali ke atas