capstan | kapstan | Perpustakaan | Tiada | Alat perhiasan yang menyerupai gelendong atau alat penggulung benang yang digunakan dalam jilidan bahan. |
floorball | bola lantai | Sukan | Tiada | Sukan yang menyerupai hoki tetapi dimainkan secara tertutup di gelanggang rata dengan menggunakan kayu pemukul yang lebih ringan dan bola yang berbeza daripada sukan hoki. |
conveyor | penghantar | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat menyerupai kereta yang bergerak di atas landasan tanpa pemandu untuk mengangkut kepingan kerja logam. |
reed | mensiang | Kesenian | Hiasan Dalaman | 1. Kumai yang menyerupai rumput panjang yang terdapat dalam air cetek atau paya. 2. Sebahagian daripada alat tenunan karpet yang mempunyai jalur logam nipis dan ruang di antaranya supaya yarn lungsin melepasi ruang tersebut. Pergerakan mensiang ini akan menolak dan mengetatkan yarn ke dalam fabrik atau karpet. |
adenoid | adenoid | Perubatan | Tiada | Berkaitan dengan sesuatu yang menyerupai kelenjar. |
crescent | kresen(bentuk); sabit | Sejarah | Tiada | Sesuatu yang menyerupai lingkungan bulan sabit. |
e-paper | e-kertas | - | Tiada | Kertas elektronik yang menyerupai kertas biasa dalam peranti paparan digital. |
honeypot | umpan madu | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Sistem yang menyerupai sistem sebenar yang direka bentuk untuk memerangkap kod atau pengguna hasad. Sistem ini mungkin diisi dengan data palsu dengan tujuan merekodkan kaedah penggodaman dan mengumpul bukti pencerobohan terhadap penggodam. Sistem ini dapat membantu pemilik sistem mempelajari dan memperbaik kelemahan yang terdapat pada sistem komputernya. Lihat juga rangkaian umpan madu. |
granuloma | granuloma | Perikanan | Akuakultur | Perubahan patologi tisu ikan yang menyerupai ketumbuhan yang terbentuk sebagai tindak balas kepada jangkitan, keradangan, atau kehadiran bahan asing ke dalam sistem badan ikan. Pembentukan granuloma terhasil daripada pengumpulan dan penggandaan sel-sel makrofaj semasa ia membendung bahan asing seperti patogen bakteria, kulat dan cacing daripada merebak ke bahagian lain. |
beater | pemecah | Perpustakaan | Tiada | Bahagian mesin membuat kertas, yang menyerupai saluran tas yang akan memecahkan bahan mentah untuk tujuan mengurangkan dan memisahkan serat. |