activation | pengaktifan | Perubatan | Tiada | 1. Proses menyesuaikan aplians ortodontik supaya daya yang sesuai diperolehi untuk menggerakkan gigi. |
chronotaraxis | kronotaraksis | Perubatan | Tiada | Ketidakupayaan untuk menyesuaikan diri, sehubungan dengan masa. |
coordination | penyelarasan | Pengurusan | Perancangan | Suatu tindakan menyesuaikan dan menyatukan aktiviti, tanggungjawab dan kawalan untuk memastikan penggunaan sumber secara lancar, cekap dan berkesan. Contoh tindakan penyelarasan adalah dengan menyusun atur tenaga kerja untuk mendapatkan hasil produktiviti yang terbaik. |
adaptation | penyesuaian; adaptasi | Perubatan | Tiada | 3. Proses menyesuaikan dan merapatkan restorasi pada kaviti, korona dan gegelang pada gigi atau aplians pada tisu mulut. 4. Keadaan refleks yang menurun cetusan impulsnya apabila rangsangan diulangi. |
adaptive capability | kebolehan menyesuai | Perubatan | Tiada | Keupayaan menyesuaikan dan menerima sesuatu yang baru. |
spatial orientation | orientasi ruang | Sukan | Tiada | Perbuatan menyesuaikan diri dengan keadaan ruang. |
xerophyte | xerofit | Biologi | Ekologi | Tumbuhan yang dapat menyesuaikan diri untuk hidup dalam keadaan kering dengan mempunyai ciri-ciri yang dapat mengurangkan transpirasi, seperti stomata yang terbenam di dalam daun, daun yang berbentuk duri, dan kutikel yang tebal. Ada juga xerofit yang mempunyai daun tebal dan berlendir yang digunakan untuk menyimpan air. |
tissue adaptability | ketersesuaian tisu | Perubatan | Tiada | Keupayaan tisu menyesuaikan diri dengan keadaan atau proses baru. |
accustomization | pembiasaan | Sosiologi | Pembangunan Manusia | Proses melatih atau menyesuaikan seseorang dengan sesuatu keadaan atau tempat melalui latihan atau pengalaman yang berulang-ulang. |
ergonomics | ergonomik | Kejururawatan | Tiada | Sains berkaitan dengan cara menyesuaikan kerja dengan ciri-ciri anatomi, fisiologi dan psikologi manusia untuk meningkatkan tahap keselesaan, kecekapan dan kesihatan. |