Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mur.ni] | مورني

Definisi : tidak mengandungi unsur-unsur asing (biasanya unsur-unsur yg mencemarkan), bersih benar, suci, tulen: aku bekerja kuat dan rajin dgn mendapat semangat dan perang-sang drpd cita-cita yg ~ dlm hatiku; ke-manakan dia telah mengirim bingkisan per-mata ~; memurnikan membersihkan benar-benar, menyucikan: agama itu benar-benar diper-gunakan utk ~ rohani manusia; kemurnian perihal murni, kesucian, keasli­an, ketulenan: ada baiknya kalau diadakan aturan dan perubahan yg sesuai agar ~ agama Islam tidak tercabul; mereka mahu mengekalkan ~ bahasa Melayu; pemurnian perihal atau perbuatan memur­nikan: ada baiknya masalah ~ bahasa men-jadi pokok perhatian dlm seminar ini; pemurni orang yg sangat mementingkan ke­telitian dan ketepatan, terutamanya dlm cara hidup, adat istiadat, penggunaan bahasa yg betul dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mur.ni] | مورني

Definisi : bersih sekali; suci; tulen: Cita-citanya tinggi dan ~. memurnikan menjadikan murni; membersihkan; menyucikan. kemurnian keadaan murni; kesucian; ketulenan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
murni (adjektif)
Bersinonim dengan tulen, ceria, bersih, suci, kudus, nirmala, putih, safi, asli, jati;,
Kata Terbitan : memurnikan, kemurnian, pemurnian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
virtue signallingpengisyaratan murniPsikologiTiadaPernyataan umum atau sentimen yang bertujuan untuk menunjukkan budi pekerti atau hati nurani sosial seseorang atau ketepatan moral pendirian seseorang dalam isu tertentu.
virtue signalisyarat murniPsikologiTiadaPernyataan umum atau sentimen yang bertujuan untuk menunjukkan budi pekerti atau hati nurani sosial seseorang atau ketepatan moral pendirian seseorang dalam isu tertentu.
sentimental dramadrama sentimentalKesusasteraanTiadaDrama yang memberikan fokus kepada nilai-nilai murni sebagai reaksi kepada komedi pemulihan yang dianggap mengutamakan maksiat. Drama sentimental menampilkan watak kelas menengah yang digambarkan mempunyai segala keunggulan. Biasanya watak dalam drama ini harus menempuh pelbagai ujian getir sebelum mencapai kebahagiaan pada akhir cerita, selain membangkitkan rasa terharu dan hiba kepada khalayak. Drama sentimental yang popular dalam kalangan golongan kelas menengah pada kurun ke-18 dirintis oleh Richard Steele dalam The Funeral (1701). Seterusnya drama ini dikembangkan dalam The Conscious Lovers. Contoh lain ditemui dalam karya berjudul False Delicacy Hugh Kelly.
civilsivilSains PolitikPolitik PerbandinganSifat masyarakat yang telah mencapai taraf budaya yang rasional, berpendidikan tinggi, tingkat ekonomi yang baik dan hubungan sosial yang berasaskan kepada nilai-nilai murni. Dalam konteks politik, istilah ini merujuk kepada hubungan politik yang berlandaskan akal dan bukannya emosi. Setiap pertelingkahan politik yang timbul diselesaikan secara rundingan, tawar-menawar dan permuafakatan. Persaingan politik diambil dalam pendekatan yang positif apabila kekalahan dalam persaingan diterima dengan fikiran yang terbuka. Dalam erti kata lain, sivil merujuk kepada masyarakat yang moden dan bertamadun dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.
melodramamelodramaKesusasteraanTiadaBentuk drama yang mempersembahkan hiburan yang bersifat sensasi dan penuh dengan emosi. Persembahan biasanya secara berlebih-lebihan dengan gambaran aksi ganas dan berdarah, berlatarkan gurun dan petir serta memaparkan makhluk sihir, hantu dan jembalang. Watak utama bersifat hitam putih dengan watak baik terlalu suci murni, sementara watak jahat pula terlalu durjana. Bentuk drama ini berasal dari Peancis dalam dekad 1760-an dan berkembang di Jerman beberapa tahun kemudian. Kebanyakan drama televisyen dan filem masa kini menggunakan bentuk drama ini, terutama sekali filem Hindustan. Antara contoh melodrama ialah Sweeney Todd: The Domon Barber of Fleet Street dan Under the Gaslight.
double entrendekias selewengKesusasteraanTiadaKiasan yang mempunyai dua makna yang kurang jelas. Kekaburan makna ini berpunca daripada penggunaan bahasa yang kabur dan boleh memberikan makna yang berbeza-beza. Contohnya, dua makna dalam sesuatu kenyataan. Salah satu daripadanya mempunyai makna yang tidak baik atau berbentuk sensual, dan satu lagi mempunyai makna bagus dan bernilai murni. Kias seleweng ini biasa digunakan dalam penulisan puisi. Kias seleweng berasal daripada perkataan Perancis double entrende yang menerangkan situasi yang mempunyai �makna berlapis� atau �dua tahap pemahaman�.
pseudonymnama samaranKesusasteraanTiadaNama yang digunakan oleh seseorang penulis dalam karyanya untuk maksud dan sebab-sebab tertentu. Penulis tidak mahu menggunakan nama sebenar dan memilih suatu nama yang lain sebagai gantinya. Nama samaran yang digunakan mungkin hampir atau berbeza sepenuhnya dengan namanya yang sebenar. Terdapat penulis yang menggunakan singkatan nama sebenarnya sebagai nama nama samaran. Contohnya, nama Keris Mas bagi Sasterawan Negara (SN) Kamaluddin Muhammad, Tongkat Warrant bagi SN Usman Awang, Sri Delima bagi Adibah Amin, dan Alis Murni bagi penyair Ali Ahmad. Nama samaran bagi Prof. Dr. �A�ishah �Abd. Al-Rahman ialah bint al-Shati� dalam kesusasteraan Arab. Nama samaran dikenali juga sebagai nama pena.
collusionpakatanSains PolitikPolitik PerbandinganKerjasama yang terbentuk di kalangan organisasi, parti atau negara yang bersaing untuk mencapai satu matlamat yang sama. Kerjasama yang terbentuk ini biasanya tidak menjejaskan identiti anggota masing-masing. Dalam konteks kehidupan bermasyarakat, fenomena pakatan wujud sama ada pada tahap individu, organisasi atau negara. Pakatan antara anggota ini boleh wujud dalam dua bentuk yang terdiri daripada bentuk pertama yang dikenali sebagai pakatan kontrak iaitu kerjasama yang terbentuk semata-mata untuk mencapai keuntungan tertentu antara dua atau lebih pihak. Apabila keuntungan sudah dicapai maka pakatan akan berakhir. Pakatan yang kedua ialah pakatan moral yang terbentuk ekoran daripada ideologi yang dikongsi bersama. Pakatan ini lebih bersifat murni kerana jalinan hubungan masih tetap wujud walaupun kerjasama itu telah berakhir. Contoh pakatan ialah Pihak Berikat dalam Perang Dunia Kedua yang dianggotai oleh Amerika Syarikat, Great Britain dan Perancis.

Kembali ke atas