Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[or.kés] | اورکيس

Definisi : (orkés) 1. pasukan pancaragam yg kecil bilangan ahli muziknya (biasanya setiap pemuzik memainkan hanya satu jenis alat muzik): ~ Ahmad Wan Yet; O~ Sinar Murni; 2. bunyi-bunyian, muzik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[or.kés] | اورکيس

Definisi : /orkés/ 1 pasukan pancaragam yg kecil bilangan pemain muziknya (biasanya setiap pemuzik hanya ber­main satu jenis alat muzik). 2 bunyi-bunyian; muzik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
orkes
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :orkestra


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
orkes (Mal)orkesKesenianTiadaKumpulan pancaragam yang bilangan ahli muziknya kecil.
orchestraorkestra; orkesKesenianTiadaKumpulan pancaragam yang kecil daripada simfoni dan berpemimpin.
chamber orchestraorkes kamarKesenianTiadaOrkestra kecil yang dipersembahkan dalam bilik kecil.
concertokonsertoMuzikTiada

 Karya digubah untuk pemuzik solo yang diiring oleh orkes­tra. Genre muzik diperkenalkan pada abad ke-17. Terdapat beberapa jenis konserto, antaranya konserto piano dan kon­serto violin. Karya konserto mengandungi tiga gerakan muzik. Gerakan pertama biasanya dalam bentuk sonata yang mempunyai dua eksposisi dan satu kadenza di penghujung ge­rakan, sementara gerakan kedua pula dalam tempo perlahan, manakala gerakan ketiga biasanya dalam bentuk rondo.

Malay orchestraorkestra MelayuMuzikTiada

 Orkestra muzik popular pada abad ke-20 di Malaysia. Orkes­tra ini menggabungkan alat muzik Barat seperti piano, gitar, trompet, trombon, saksofon, klarinet, violin, dram dan marakas dengan alat muzik tempatan seperti tabla, rebana dan gambus. Orkestra Melayu mengiringi teater bangsawan, muzik popular dan tarian kabaret.

concertantkonsertanMuzikTiada

 1.  Genre muzik pada abad ke-18 yang terdiri daripada orkestra dan lebih daripada satu alat solo. Bentuk genre muzik ini seakan-akan simfoni.

2. 

ritornelloritornelloMuzikTiada

 1.Bahagian muzik instrumental yang berfungsi sebagai pendahuluan, interlud atau poslud dalam sebuah muzik vokal pada abad ke-17.

2.Bahagian tutti, iaitu kumpulan besar atau bahagian orkestra dalam konserto groso. Lihat juga konserto.

Kembali ke atas