Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pang.kat] | ڤڠکت

Definisi : 1. sj tingkat (mahkota, bumbung istana, dll): dikenakan mahkota di hulu baginda dua belas ~; besar istana itu tujuh belas ruang, ruangnya tiga-tiga depa, besar tiangnya sepemeluk, tujuh ~ kemuncaknya; 2. lantai (pancapersada): maka ia menyuruh membuat pancapersada tujuh ~; 3. tingkat atau lenggek (rumah dll); 4. martabat, darjat, kedudukan: yg dipandang orang bukannya budi tetapi ~ dan harta; 5. tingkatan ke­dudukan dlm kerja (di pejabat, dlm keten­teraan, dll): Karim diberi ~ koperal; guru-guru besar yg ada hati perut mahu naik ~, mahu jadi guru-guru pelawat; gila ~ terlalu ingin mendapat pangkat; naik ~ a) mendapat pangkat (yg lebih tinggi); b) naik kelas; tanda ~ tanda yg menunjukkan pangkat; turun ~ a) turun kedudukan dlm pejabat dll; b) turun kelas; 6. kelas, darjah, tingkatan (di sekolah dll): murid-murid ~ lima; 7. taraf (darjah) ke­lulusan peperiksaan (sijil dll): kelulusan bahasa Melayu ~ kepujian; Sijil Persekolahan ~ satu; 8. tingkatan atau kedudukan dlm pertalian keluarga: dia ~ anak saudara pd saya; 9. Id hasil menggandakan sesuatu bilangan dgn mendarabkannya (beberapa kali) dgn bilangannya sendiri, kuasa: dua ~ tiga ialah 23 = 2 × 2 × 2; sepangkat 1. sama pangkatnya, setaraf, se­darjat; 2. sama umurnya, sebaya; berpangkat 1. mempunyai (memegang) pangkat: ketika itu suaminya bekerja menjadi S.C. tidak ~ apa-apa; sekarang ia ~ kapten; 2. mempunyai darjat (kedudukan) tinggi, bang­sawan: di sekelilingnya dilihatnya orang tua-tua dan orang besar-besar yg ~ belaka; 3. ber­kedudukan tertentu dlm pertalian keluarga: dia mesti menziarahi ibu keluarganya kerana kewajibannya sbg orang ~ tua dlm puaknya; pulai ~ naik, manusia ~ turun prb manusia mati mestilah meninggalkan nama dan perbuatan yg baik; berpangkat-pangkat bertingkat-tingkat, ber­susun-susun; memangkatkan 1. menentukan atau menetapkan pangkatnya; 2. mengangkat, melan­tik; 3. menaikkan sesuatu bilangan ke pangkat dua (tiga dll); kepangkatan perihal pangkat (martabat, dar­jah, dll); pemangkatan ark pemberian pangkat, peng­angkatan, pelantikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pang.kat] | ڤڠکت

Definisi : 1 tingkat pd tangga atau pd sesuatu yg bersusun-susun. 2 tingkat rumah. berpangkat-pangkat bersusun berlapis-lapis; bertingkat-tingkat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pang.kat] | ڤڠکت

Definisi : 1 tinggi rendah kedudukan atau martabat seseorang dlm masyarakat: Dlm pergaulan hidup sehari-hari, dia tidak memilih ~ atau kedudukan. 2 tingkatan darjah dlm pekerjaan: Basrun telah dinaikkan ke ~ Mejar. 3 susunan dlm perhubungan keluarga: Walaupun dia masih muda, namun ~nya sbg datuk bagi saya. 4 taraf kelulusan; peringkat (utk sijil): Dlm peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, dia mendapat ~ pertama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pangkat (kata nama)
1. Bersinonim dengan martabat: darjat, kedudukan, taraf, status, kufu, tahana,

2. Bersinonim dengan peringkat: tingkatan, tahap, paras, kedudukan, kelas, darjah, gred,

Kata Terbitan : berpangkat,

Peribahasa

Besar kapal besar gelombang.

Bermaksud :

Makin tinggi pangkat atau makin besar perniagaannya, makin banyak pula tanggungjawabnya.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
successionpenggantianSains PolitikPolitik PerbandinganSusunan penggantian penyandang sesuatu tugas, pangkat, jawatan atau pemilikan harta. Ia juga merupakan hak kepada seseorang yang bakal menyandang sesuatu jawatan atau pangkat tersebut. Perubahan penyandang akan berlaku secara aman dan mengikut proses yang telah menjadi tradisi atau mengikut perlembagaan. Penggantian ini boleh berasaskan keturunan, merit, sokongan orang ramai atau melalui kekuatan ekonomi. Contohnya, sejak merdeka hingga kini, penggantian Perdana Menteri di Malaysia berIaku dalam aman tanpa sebarang rampasan kuasa.
stratocracystratokrasiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem masyarakat yang mementingkan hierarki dan pangkat seperti kerajaan yang dikuasai oleh rejim tentera. Pemerintah memiliki kuasa tertinggi yang tidak boleh dicabar atau dipersoalkan, manakala golongan bawahan terpaksa akur dan mengikut arahan pemerintah. Contohnya masyarakat Sparta pada abad ke-6 hingga ke-2 SM di Greek dahulu.
instrumental crimejenayah berhabuanKriminologiKeadilan JenayahKesalahan bermotifkan ganjaran dalam bentuk kewangan, pangkat, harta dan kepentingan lain. Contohnya, pecah rumah, rompakan dan curi.
supremeterutamaSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan tertinggi dalam sesuatu hierarki sama ada dalam bentuk pangkat, gelaran dan darjah kualiti. Kedudukan tertinggi membawa autoriti yang paling berkuasa dan mendapat penghormatan dari orang bawahan. Kedudukan ini meletakkan individu, badan atau organisasi sebagai yang terunggul dan tidak ada individu atau badan lain yang dapat mengatasinya. Sebagai contoh, Yang di-Pertuan Agong memiliki kedudukan yang tertinggi dalam sistem pemerintahan dan perundangan di Malaysia. Sinonim badan tertinggi/tertinggi.
marquisningrat/marquisSejarahTiadaIndividu daripada golongan bangsawan atau rakyat biasa yang dianugerahkan dengan pangkat yang lebih rendah daripada duke.
instrumental murderpembunuhan berhabuanKriminologiKeadilan JenayahJenayah kekerasan yang melibatkan pembunuhan bermotifkan ganjaran dalam bentuk kewangan, pangkat, harta dan kepentingan yang lain.
employer fraudfraud majikanUndang-undangTiadaPerbuatan menipu oleh majikan dengan memberikan gambaran yang salah secara lisan atau bertulis tentang pekerja seperti maklumat palsu mengenai keselamatan pekerjaan, gaji, kenaikan pangkat, atau risiko kesihatan.
meritocracymeritokrasiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pemilihan calon yang berasaskan kepada kebolehan seseorang dan menolak faktor-faktor lain seperti kaum, bahasa, warna kulit, keturunan keluarga atau pilih kasih. Melalui sistem ini, kenaikan seseorang dalam hierarki dan pangkat bersandar kepada keupayaan yang ditunjukkan. Pemimpin dalam sistem ini dipilih melalui sifat kepimpinan yang bijak, cemerlang dan diterima masyarakat. Contohnya, 'philosopher king' iaitu kumpulan pemimpin yang dicadang oleh Plato, jelas berasaskan meritokrasi.
coercive powerkuasa paksaanPentadbiranTiadaAutoriti yang berpunca daripada kawalan seseorang pentadbir melalui hukuman atau menolak pemberian ganjaran kepada kakitangan bawahan. Kuasa paksaan selalu dimiliki oleh mereka yang boleh memecat, mengurangkan gaji, menangguhkan bayaran, menahan atau menurunkan pangkat seseorang yang tidak mengikut arahan serta peraturan yang ditetapkan dan mungkin oleh kerana pencapaian yang tidak memuaskan. Oleh itu, seseorang pentadbir memperoleh kuasa kerana kakitangan takut dihukum jika tidak mengikut peraturan organisasi. Pada hari ini kuasa paksaan lebih difokuskan kepada aspek psikologi dan emosi. Walaupun undang-undang mengehadkan kebolehan seseorang pentadbir menggunakan kuasa paksaan, namun kuasa paksaan masih digunakan oleh kebanyakan organisasi kerana pentadbir atasan hendak mendapatkan kepatuhan daripada kakitangan bawahan.
power politicspolitik kuasaSains PolitikPolitik PerbandinganPolitik yang berlegar dari sudut kuasa dan persaingan kuasa. Kuasa menjadi inti sari kepada segala aktiviti dan matlamat politik, justeru kuasa ini menjadi rebutan, persaingan dan tumpuan kepada pesaing politik. Kuasa juga dilihat sebagai penentu segala-galanya dalam politik dan penguasaannya boleh memberi kelebihan kepada seseorang untuk menguasai bidang lain seperti pentadbiran, perundangan, perniagaan, pangkat, penghormatan, jawatan penting dan pemerintahan. Individu yang terpengaruh dengan politik kuasa ini sanggup menipu, memutuskan persaudaraan, menggadaikan harta atau melakukan apa sahaja kerana politik. Dengan itu, politik bermakna kuasa dan kuasa tidak terpisah daripada politik seperti pandangan Robert Dahl dan Harold Lasswell iaitu kuasa berupaya menentukan siapa mendapat apa, bila, dan bagaimana.
12

Kembali ke atas