coolant hydrometer | hidrometer pendingin | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Meter yang digunakan untuk menguji ketumpatan atau graviti tentu suatu campuran bendalir pendingin. Maklumat graviti tentu bagi campuran bendalir pendingin digunakan untuk menentukan titik beku bendalir pendingin. |
oolant circulation | kitaran pendingin | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sistem yang mengeluarkan haba dari enjin ke atmosfera dengan memaksa bendalir pendingin bergerak dalam satu kitaran aliran bendalir. Haba dari blok silinder dialirkan menggunakan bendalir pendingin dalam jaket air ke radiator, seterusnya dipam semula ke blok silinder. Suhu bendalir ini dikawal oleh termostat supaya tidak melebihi suhu spesifikasi, manakala tekanan bendalir dikawal oleh tukup tekanan radiator. Sistem ini juga bertujuan menghalang enjin daripada menjadi terlampau panas. |
coolant circulation | kitaran pendingin | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sistem yang mengelaarkan haba clan enjin ke atmosfera dengan memaksa bendalir pendingin bergerak dalam satu kitaran aliran bendalir. Haba dari blok si linder dialirkan 111enggunakan bendalir pendingin dalam jaket air ke radiator, seterusnya dipam semula ke blok silinder. Suhu bendalir ini dikawal oleh termostat supaya tidak melebihi suhu spesifikasi, manakala tekanan bendalir dikawal oleh tukup lekanan radiator. Sistem ini juga berlujuan menghalang enjin daripada menjadi lerlampau panas. |
thermostat | termostat | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Injap yang mengawal aliran bahan pendingin dari enjin ke radiator. Semasa enjin dalam keadaan sejuk, injap ini tertutup dan menghalang bahan pendingin mengalir ke radiator. Tindakan ini dapat mengumpul haba dalam enjin menyebabkannya menjadi panas dengan cepat. Apabila enjin mencapai suhu operasi yang tertentu, termostat akan terbuka dan membenarkan bahan pendingin mengalir melaluinya ke radiator. Pengkadaran termostat ditentukan oleh suhu yang tertera padanya. Terdapat dua perkadaran, iaitu 85°C (185°F) dan 91°C (195°F). Ter- mostat mula terbuka pada suhu ini dan terbuka sepenuhnya ketika mencapai 11°C (20°F) lebih tinggi daripada nilai yang ditetapkan. |
liquid cooled engine | enjin terdingin cecair | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sistem yang menyejukkan komponen enjin dengan melalukan bahan pendingin cecair di sekeliling silinder enjin dan dalam kepala silinder. Bahan pendingin dialirkan ke bahagian dalaman enjin melalui jaket air dan bertindak menyerap lebihan haba yang dihasilkan oleh proses pembakaran dan geseran antara komponen dalaman enjin. Sistem ini dikendalikan oleh pam air yang mengalirkan bahan pendingin yang lebih panas daripada enjin ke radiator untuk disejukkan. |
engine thermostat | termostat enjin | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peranti mekanikal yang sensitif terhadap perubahan suhu, yang dipasang di bahagian keluaran bendalir pendingin, yang mengalir meninggalkan blok enjin. Peranti ini mengembang dan menguncup bergantung pada suhu bendalir pendingin dan menyebabkan tindakan buka-tutup di bahagian keluaran serta mengawal amaun bendalir pendingin yang dibiarkan meninggalkan enjin. |
water jacket | jaket air | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Ruang di dalam blok dan kepala silinder yang membenarkan bahan pendingin mengalir melaluinya untuk menyejukkan enjin. Bahan pendingin tersebut akan menyerap haba daripada komponen dalam enjin dan memindahkan haba tersebut ke radiator. Pemindahan haba ini akan menyejukkan komponen tersebut bagi membolehkan enjin terus beroperasi dan mengelakkan enjin menjadi terlampau panas. |
expansion tank | tangki pengembangan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | 1. Tangki yang digunakan untuk mengumpul limpahan bahan pendingin akibat pengembangan kerana dipanaskan oleh enjin. Apabila enjin menjadi sejuk, bahan pendingin akan mengecut dan mengalir semula ke radiator. Tangki ini dihubungkan dengan radiator oleh sebatang hos. Tekanan dalam tangki ini menjadi tinggi, iaitu sama dengan tekanan dalam radiator apabila enjin beroperasi dan tekanan ini dikawal oleh tukup tekanan. 2. Tangki tambahan pada tangki bahan api dalam beberapa jenis kenderaan yang digunakan untuk mengumpul limpahan bahan api akibat pengembangan. |
coolant fan | kipas pendingin | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Kipas yang dipasang di hadapan atau di belakang sebuah radiator. Kipas ini menyebabkan kadar aliran udara melalui radiator bertambah serta lebih banyak haba diserap dan disingkir dari- pada radiator. Kipas ini hanya beroperasi apabila suhu bahan pendingin mencapai nilai tertentu pada operasi enjin yang optimum. |
antifreeze agent | agen antibeku | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Bahan kimia yang dicampurkan ke dalam cecair pendingin untuk menghalang air membeku pada suhu beku normal cecair tersebut. Agen ini berfungsi untuk merendahkan takat beku cecair pendingin. Contohnya, etilina glikol. |