Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ham.ba.an] | ڤرهمباءن

Definisi : perihal menjadi hamba (ber­hamba), perbudakan: Islam sama sekali tidak menggalakkan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ham.ba.an] | ڤرهمباءن

Definisi : perihal menjadi hamba; perbuatan atau hal berhamba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hamba (kata nama)
1. Dalam konteks ganti nama diri
bersinonim dengan pacal, patik, beta, saya, aku, ana, hamba tuanku,

2. Bersinonim dengan orang suruhan: sahaya, abdi, khadam, orang gaji, orang bawahan, kuli, babu, budak belian, pengikut, penolong, pacal, pecacal, ulum, dayang, budak tebusan, beti-beti,
Berantonim dengan tuan

Kata Terbitan : berhamba, menghamba, menghambakan, perhambaan, perhambaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
labour traffickingpemerdagangan buruhKriminologiKeadilan JenayahSatu bentuk perhambaan moden yang melibatkan aktiviti-aktiviti memperdagangkan manusia bagi tujuan perburuhan seperti buruh paksa, perhambaan hutang, pelacuran dan buruh kanak-kanak.
individual freedomkebebasan individuSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan individu yang merdeka daripada sebarang tekanan, penguasaan atau perhambaan. Segala tindakan yang dilakukannya adalah mengikut kehendak sendiri tanpa ditekan oleh kuasa lain. Kebebasan ini merupakan suatu hak dan bukannya kelebihan, dengan ini membolehkan seseorang melakukan sebarang tindakan, mengucapkan sebarang idea serta bebas bergerak. Kebebasan ini secara langsung memberi hak politik kepadanya seperti hak untuk mengundi, menyatakan pendirian politik malah berkempen dan bertanding dalam pilihan raya. Contohnya, kebebasan menyertai sebarang organisasi sukarela.
sex traffickingpemerdagangan seksKriminologiKeadilan JenayahTindakan atau perbuatan menyeludup orang secara tidak sah dari satu kawasan ke kawasan yang lain merentasi sempadan untuk tujuan eksploitasi dan perhambaan seksual.
child abusependeraan kanak-kanakKriminologiKeadilan JenayahTindakan agresif yang dilakukan terhadap kanak-kanak, sama ada dari segi fizikal, psikologi, lisan atau seksual. Tindakan ini termasuklah melakukan pelanggaran hak kanak-kanak, seperti pengurungan dan perhambaan. Penderaan kanak-kanak boleh mengakibatkan kesan fizikal atau mengancam kesejahteraan psikologi kanak-kanak tersebut.
primitive communismkomunisme primitifSains PolitikPolitik PerbandinganBentuk sistem ekonomi lampau sebelum zaman hamba abdi seperti yang terdapat dalam sejarah materialisme Karl Marx. Sistem ini melihat ekonomi masyarakat masih berada dalam bentuk tribal dan egalitarian dengan aktiviti ekonomi masih bersifat alamiah. Pada masa itu, tidak ada badan pemerintah dan juga badan khusus yang menguruskan pasaran tidak ada sistem pertukaran barang dan seluruh anggota masyarakat bekerjasama mencari keperluan asasi tanpa kepentingan persendirian. Menurut Marx, masyarakat dilihat berubah daripada tahap ini kepada bersifat perhambaan dan menuju kepada sifat feudalisme, kapitalisme, sosialisme dan komunisme. Sinonim komunisme kuno.
human traffickingpemerdagangan manusiaKriminologiKeadilan JenayahTindakan atau aktiviti eksploitasi manusia yang melanggar hak asasi, bertujuan untuk mengaut keuntungan ekonomi. Tindakan ini melibatkan perekrutan, pengangkutan, pemindahan, penampungan atau penerimaan orang. Langkah-langkah eksploitasi yang dilakukan termasuklah menggunakan ancaman, kekerasan atau bentuk-bentuk paksaan yang lain seperti penculikan, penipuan, penyalahgunaan kuasa atau kedudukan. Mangsa juga mungkin dilibatkan atau diperdayakan dengan bentuk pemberian, bayaran atau habuan-habuan lain. Bentuk eksploitasi lain termasuklah eksploitasi seksual, buruh paksa, perhambaan dan penuaian organ.

Kembali ke atas