Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
peringkat (kata nama)
1. Bersinonim dengan tahap: tingkat, fasa, paras, takat,

2. Bersinonim dengan taraf: status, kelas, darjah, kedudukan, darjat, martabat, pangkat,

Kata Terbitan : berperingkat-peringkat, memeringkatkan, pemeringkatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
associative stageperingkat gabunganSains SukanBiomekanik1. Peringkat keupayaan motor pada peringkat pertengahan, iaitu peringkat yang menggabungkan beberapa aspek kemahiran asas untuk menjadi satu kemahiran motor yang lebih kompleks. Pada peringkat ini, atlet telah menguasai kemahiran asas dan meliputi bagaimana bahagian pergerakan lakuan motor itu berkaitan antara satu sama lain. Atlet juga sentiasa membaiki kelemahan yang ada untuk menghasilkan kemahiran yang lebih tinggi. 2. Pencapaian kemahiran motor tertinggi berdasarkan Model Pencapaian Kemahiran Motor Fitts dan Posner.
cognitive stageperingkat kognitifSains SukanBiomekanik1. Peringkat keupayaan motor pada tahap awalan atau tahap kemahiran rendah. Pada peringkat ini, atlet mula mempelajari kemahiran-kemahiran dalam sukan dan akan cuba mengenal pasti secara keseluruhan konsep kemahiran motor. Mereka akan mengumpul sebanyak mungkin maklumat daripada persekitaran latihan atau permainan, kemudiannya diubah suai mengikut kemampuan dan kefahaman masing-masing. 2. Pencapaian kemahiran motor peringkat permulaan berdasarkan Model Pencapaian Kemahiran Motor Fitts dan Posner.
autonomous stageperingkat autonomiSains SukanBiomekanik1. Peringkat penghasilan perlakuan kemahiran motor yang bersifat seolah-olah berlaku secara automatik, lebih stabil dan tanpa mengalami sebarang kesukaran. Pada peringkat ini, atlet telah mencapai kemahiran yang tinggi. 2. Pencapaian kemahiran motor tertinggi berdasarkan Model Pencapaian Kemahiran Motor Fitts dan Posner.
processingprosesanPentadbiran PerniagaanTiada1. Peringkat di dalam pemprosesan maklumat yang membolehkan data yang telah diinput, disunting, diisih dan dikelaskan.
risk premium insuranceinsurans premium risikoinsuransTiada1. Insurans hayat sementara yang boleh dibaharui setiap tahun tanpa bukti boleh insurans sehingga peringkat umur yang ditetapkan. 2. Reinsurans hayat atau kesihatan yang reinsurans hanya menerima risiko kemortalan yang dikira berdasarkan nilai muka reinsurans ditolak rizab akhir tempoh.
stationary phasefasa pegunBioteknologiTiada1. Bahan padatan atau penyokong berdebu, bergel, atau berbentuk kepingan untuk memisahkan bahan yang diingini dalam kromatografi. 2. Peringkat ketiga pertumbuhan mikroorganisma apabila bilangan sel hidup menjadi tetap kerana bilangan yang baru terbentuk adalah sama dengan bilangan yang mati.
body condition scoreskor keadaan badanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSatu kaedah pengurusan ternakan dalam menentukan kandungan relatif lemak badan pada haiwan ternakan hidup. Skor keadaan badan dapat membantu penternak pada peringkat pembiakan ternakan betina serta peringkat penggemukan. Contohnya, dalam ternakan lembu pedaging, skor 1 hingga 9 digunakan. Perubahan pada skor keadaan badan juga boleh digunakan sebagai petunjuk sama ada nutrien yang dibekalkan berpadanan dengan keperluan ternakan tersebut.
vesicularbervesikelGeologiTiada1. Berhubung dengan vesikel pada haiwan atau tumbuhan atau mengandungi vesikel.,2. Berhubung dengan tekstur batuan, terutamanya lava, yang dicirikan oleh limpahan vesikel yang terbentuk sebagai hasil pengembangan gas sewaktu peringkat cecair lava.

Kembali ke atas