prong-setting | ikat serampang | Kesenian | Tiada | Jenis pengikat batu permata pada cincin yang biasanya terdiri daripada 3, 4 atau 6 cabang yang bertujuan untuk mengukuhkan batu permata. |
hidden gem | permata tersembunyi | Umum | Tiada | Seseorang atau sesuatu yang memiliki nilai, kehebatan atau keindahan tetapi tidak diketahui oleh banyak orang. |
amethyst | ametis; batu; kecubung | Fizik | Tiada | Varieti kuarza berwarna lembayung atau ungu terang, dan digunakan sebagai permata; SiO2. |
amethyst | ametis; batu; kecubung | Geologi | Tiada | Varieti kuarza berwarna lembayung atau ungu terang, dan digunakan sebagai permata; SiO2. |
amethyst | ametis; batu; kecubung | Kejuruteraan | Tiada | Varieti kuarza berwarna lembayung atau ungu terang, dan digunakan sebagai permata; SiO2. |
amethyst | ametis; batu; kecubung | Kimia | Tiada | Varieti kuarza berwarna lembayung atau ungu terang, dan digunakan sebagai permata; SiO2. |
melancholy | sayu | Kesusasteraan | Puisi | Nada atau suasana yang terpancar daripada sesebuah puisi seperti nada murung, hiba dan sayu. Nada dan suasana ini lebih senang ditanggap oleh khalayak pendengar apabila sesebuah puisi yang mengandungi unsur-unsur tersebut dideklamasikan. Contohnya,dalam puisi '"Hikayat Malim Deman" yang bernada suasana sayu dapat dirasakan dari pantun di bawah. Sinonim melankoli. Ada kain songket permata, Tenun Puteri Galuh Kencana; Ada lain buangkan beta, Kerana beta dagang yang hina. |
photonic crystal | hablur fotonik | Fizik | Nanoteknologi | Hablur yang terdiri daripada susunan bahan secara berkala yang direka bentuk supaya memberikan kesan kepada pergerakan foton (gelombang elektromagnet) sama seperti pergerakan elektron dalam hablur semikonduktor. Susunan tersebut terdiri daripada lapisan filem tipis berpemalar dielektrik tinggi berselang dengan lapisan filem tipis berpemalar dielektrik rendah. Pergerakan foton dalam hablur ini sama dengan pergerakan elektron dalam jalur tenaga semikonduktor. Hablur fotonik terdapat secara tabii atau buatan. Contoh hablur fotonik semula jadi ialah batu permata opal. Hablur fotonik dihasilkan melalui teknik litografi atau teknik lain sama seperti penyediaan litar bersepadu bahan semikonduktor. Hablur fotonik digunakan dalam sistem komunikasi. |
ornamental content | kandungan hiasan | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian dalam teks puisi atau prosa yang dianggap kurang penting. Bahagian ini biasanya memaparkan aksi yang remeh-temeh, pemerian rinci dan panjang lebar yang bersifat hiasan. Kandungan hiasan berbeza dengan kandungan generatif yang merupakan bahagian penting dalam teks. Kandungan hiasan banyak terdapat dalam genre lipur lara. Dalam karya ini, kandungan hiasan berfungsi menimbulkan keindahan, kekaguman, dan keasyikan. Kandungan hiasan biasanya terdapat dalam bentuk pemerian tentang istana, taman bunga, pakaian putera-puteri, kenduri-kendera, keramaian atau perkelahan. Contohnya, pemerian sebuah taman diungkapkan seperti yang berikut: �Maka dilihat oleh Inderaputera pasirnya itu daripada emas urai, dan batunya itu daripada permata yang indah-indah. Syahadan kersiknya daripada mutiara, dan rumputnya daripada kumkuma, dan tanahnya daripada kesturi, dan airnya daripada air mawar, dan di tepi tasik itu beberapa pohon anggur dan pohon zabib dan pohon delima, dan buah-buahan yang indah-indah di tepi sungai itu.� (Hikayat Indera Putera). Pemerian kecantikan seorang puteri pula diungkapkan seperti yang berikut: �pipinya bagai pauh dilayang, bahunya seperti bahu wayang, lehernya suka ditentang dayang, pinang dimakan berbayang-bayang, hidungnya seperti kuntum melur, wajahnya laksana kuning telur, putih sifatnya warna hablur, berpatutan sanggul mayang mengekur, bibirnya seperti pati dicarik, lehernya laksana gumba dilarik, berpatutan sunting bunga anggerik, demikianlah bertambah rupanya baik�. (Syair Bidasari) Banding kandungan generatif. |
juvenilia | karya juvenil | Kesusasteraan | Tiada | Karya yang dihasilkan ketika pengarang masih remaja. Karya juvenil juga merujuk kepada sekumpulan karya yang khusus ditulis untuk pembaca daripada golongan remaja. Sesetengah pengarang mula menulis karya sastera sejak remaja. Bakat penulisan mereka berkembang dari semasa ke semasa sehingga mereka menjadi pengarang yang mapan. Contohnya, puisi berjudul �Upon the Death of Lord Hasting� (1649) ditulis oleh Dryden ketika berumur lapan belas tahun. Karya yang dihasilkan oleh pengarang remaja biasanya memperlihatkan beberapa kelemahan dan ketidakmatangan, sama ada dari segi gaya penulisan atau olahan pemikiran. Hal ini dianggap biasa kerana pada peringkat remaja, seseorang pengarang belum mempunyai banyak pengalaman, kurang pengetahuan serta masih berada pada peringkat pembentukan bakat dan kreativiti. Karya yang dihasilkan biasanya bertemakan alam kehidupan remaja dengan gaya penulisan dan olahan pemikiran yang sesuai dengan tahap golongan remaja. Antara penulis karya juvenil ialah Hizairi Othman dengan karyanya berjudul �Merungkai Deduksi� (1996) dan �Dilema� (1991), dan Ahmad Patria Abdullah dengan karyanya berjudul Permata Aurorius (1987), dan Puteri Alindalia (1993). |