motive | motif | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Sebab, alasan atau faktor yang mendorong seseorang untuk melakukan jenayah. Motif boleh dalam bentuk positif atau negatif. Motif yang positif tidak mencerminkan niat yang positif. Contohnya, perbuatan memandu melebihi had laju untuk tujuan menyelamatkan nyawa seseorang, masih dianggap sebagai satu kesalahan dengan niat walaupun dilakukan dengan motif yang baik. |
false positive | positif palsu | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Ralat pengkelasan semasa pengesanan atau pengecaman oleh proses seperti sistem pengesanan pencerobohan. Ralat ini merupakan suatu keadaan sah, iaitu positif yang diperoleh akibat daripada ketidakjituan petua untuk dirujuk oleh proses tersebut. Keadaan tersebut sebenarnya adalah tidak sah, iaitu negatif. |
exciton | eksiton | Fizik | Nanoteknologi | Pasangan elektron dan lohong positif yang bergerak bebas menerusi hablur bukan logam sebagai satu unit. Oleh sebab elektron dan lohong positif mempunyai nilai cas yang sama, tetapi berlawanan, ini bermakna nilai bersih cas eksiton adalah sifar. Eksiton merupakan zarah pseudo, berspin integer dan mematuhi statistik Bose pada had ketumpatan rendah. Eksiton mempunyai jangka hayat yang pendek dan akan musnah sekiranya berlaku pergabungan elektron dan lohong, atau apabila kedua-duanya berada berjauhan antara satu sama lain. |
plasma | plasma | Kimia | Kimia Analisis | Nyahcas gas terion yang mengandungi ion positif, elektron bebas dan molekul atau atom dengan bilangan cas positif dan negatif yang sama banyak. |
absolute constant error | ralat tekal mutlak | Sains Sukan | Biomekanik | Ralat perlakuan yang mengambil kira arah kesilapan yang telah berlaku dengan mengabaikan arah ralat, sama ada positif atau negatif sesuatu arah kesilapan. Ralat positif menunjukkan arah yang terlebih dan ralat negatif menunjukkan arah yang terkurang daripada kriteria lakuan. |
positive economics | ekonomi positif | Ekonomi | Tiada | Cabang ekonomi tentang apa yang sebenarnya terjadi, tanpa melibatkan pertimbangan nilai apabila sesuatu dasar digunakan. Ekonomi ini menganalisis sebab dan akibat sesuatu tindakan ekonomi dengan berpandukan pengamatan dan bukti empirik. |
positive selection | pemilihan positif | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Proses mutasi alami sesuatu alel, yang memberi manfaat kepada populasi dalam sesuatu persekitaran. |
positive reinforcement | pengukuhan positif | Perubatan | Psikiatri | Ganjaran yang diberikan untuk menggalakkan sesuatu perbuatan atau tingkah laku yang baik. |
positive symptom | simptom positif | Perubatan | Psikiatri | Gejala yang biasa dialami oleh pesakit psikosis, seperti halusinasi, delusi dan tingkah laku ganas. |
positive space | ruang positif | - | Tiada | Kawasan pada halaman bahan terbitan yang diisi dengan bahan grafik dan teks. |