Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[raÖ.yat]/[ra/.yat] | رعيت

Definisi : 1. seluruh penduduk sesebuah negara (sbg syarat mendirikan sesuatu pemerintahan): ~ Malaysia terdiri drpd berbagai-bagai kaum; dewan ~ dewan yg mewakili suara rakyat dlm sistem pemerintahan demokrasi; wakil ~ ahli dewan rakyat; 2. anak buah, orang-orang sebawahan: setahun sekali peng­hulu menjamu ~nya; 3. orang kebanyakan, orang ramai, orang biasa: padang permainan utk ~; ia keturunan ~, bukan keturunan raja; cerita ~ cerita yg diceritakan utk orang biasa; 4. pasukan perang, bala tentera: maka bagin­da pun berangkat diiringi oleh seluruh ~ lengkap dgn senjatanya; 5. Ph, bp orang asli; ~ jelata (jembel, marhaen, murba) orang kebanyakan (bukan golongan bangsa­wan); merakyat tersebar luas kpd rakyat: budaya ilmu dan tradisi pengajian telah meluas dan ~, lalu dgn itu pecahlah monopoli pujangga istana sbg elit ilmuwan; merakyatkan menyebarluaskan ilmu, amal­an dsb kpd rakyat: ilmu kebudayaan harus dirakyatkan agar ilmu itu tidak menjadi urusan sarjana, kaum elit dan golongan cendekiawan semata-mata; kerakyatan 1. perihal rakyat; 2. demokrasi; 3. ark kewarganegaraan: ~ akan diberikan kpd orang dagang di negeri ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[raÖ.yat]/[ra/.yat] | رعيت

Definisi : 1 seluruh penduduk sesebuah negara: ~ Malaysia. 2 orang kebanyakan; orang biasa: balai ~. 3 pasukan perang; bala tentera: Baginda berangkat diiringi seluruh ~, lengkap dgn senjatanya. ~ jelata rakyat biasa. merakyatkan menyebarkan sesuatu ilmu, amalan (baik) dsb secara meluas kpd seluruh rakyat: Usaha dijalankan utk ~ ilmu kebudayaan dan tatasusila. kerakyatan 1 segala sesuatu mengenai rakyat. 2 kewarganegaraan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rakyat (kata nama)
1. Bersinonim dengan warganegara: penduduk, bumiputera, peribumi, anak negeri, anak buah, anak watan, anak bangsa, masyarakat, komuniti, bangsa, kelompok, etnik, puak, kaum, orang, warga, isi negeri,
Berantonim dengan pemerintah

2. Bersinonim dengan pekerja: staf, orang bawahan, anak buah, kuli, orang suruhan,
Berantonim dengan ketua

3. Bersinonim dengan orang kebanyakan: orang biasa, orang ramai, orang awam,

4. Bersinonim dengan bala tentera: pasukan perang

Kata Terbitan : kerakyatan,

Puisi
 

Rakyat datang menaiki lancang,
     Lancang hanyut ke Kuala Linggi;
Adik suka mengikut abang,
     Kalau tak abang siapa lagi?


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah.

Bermaksud :

Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar. (Bandingkan dengan: Sekali air besar, sekali tepian beranjak [= beralih]).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
folk literaturesastera rakyat/kesusasteraan rakyatKesusasteraanTiadaHasil-hasil sastera yang diturunkan secara lisan sama ada berbentuk kisahan atau tankisahan. Contoh: mitos, legenda, cerita rakyat dan puisi rakyat.
folk dramadrama rakyatKesusasteraanTiadaDrama yang mengisahkan aktiviti rakyat yang dramatik bentuknya. Lakonan dalam drama ini berhubung dengan motif rakyat. Drama rakyat berpunca daripada ritual primitif yang mengandungi gerak, nyanyian, dan muzik (ketukan mengikut rentak) sebagai memuja semangat tumbuhan untuk menggalakkan kesuburan tanaman. Daripada ritual inilah, munculnya drama rakyat. Pada mulanya, drama rakyat berasaskan kepercayaan keagamaan yang kemudiannya menjadi sekular.
folk epicepik rakyatKesusasteraanTiadaNaratif lisan yang dipersembahkan di hadapan khalayak. Sama seperti karya lisan yang lain, epik rakyat tidak mempunyai pengarang yang jelas, dan menjadi sebahagian daripada tradisi rakyat yang disebarkan secara lisan. Kebanyakan epik rakyat disampaikan dalam bentuk puisi atau separa puisi. Biasanya, epik rakyat yang popular dipertingkatkan dan diperhalus menjadi epik tulisan. Contohnya, Epik Ramayana dan Mahabharata bermula sebagai epik rakyat yang kemudian digubah menjadi karya bertulis. Gilgamesh di Asia Barat dan Beowulf di Eropah ialah contoh epik rakyat yang terkenal. Dalam tradisi Melayu, Cerita Maharaja Wana yang menjadi repertoir dalam wayang kulit Siam di Kelantan ialah contoh epik rakyat yang baik. Epik rakyat dikenali juga sebagai epik primer atau epik primitif.
popular governmentpemerintahan rakyatSejarahTiadaPemerintahan oleh rakyat dan untuk rakyat.
folk musicmuzik rakyatMuzikTiada

 Muzik masyarakat desa dan rakyat jelata. Muzik rakyat tidak bemotasi dan diperturunkan secara lisan melalui kaedah peniraan. Contohnya, wayang kulit Kelantan, kulintangan di Sabah dan wa di Sarawak.

folk balladbalada rakyatKesusasteraanTiadaBentuk puisi naratif yang biasanya dipersembahkan secara nyanyian. Balada rakyat merupakan salah satu bentuk seni sastera yang awal dan wujud dalam tradisi lisan. Balada rakyat tidak mempunyai nama pengarang, sebaliknya dipindahkan daripada satu generasi kepada satu generasi secara lisan. Balada rakyat biasanya ditulis dalam bentuk yang ringkas dan mudah dari segi susunan plot serta bahasa. Balada ini lahir dalam masyarakat pratulisan dan dipersembahkan secara nyanyian lisan. Tema balada rakyat mementingkan nilai yang bersifat heroik atau kewiraan watak yang penting dalam masyarakat tradisi. Oleh sebab balada rakyat berkembang secara lisan, maka wujud pelbagai tokok tambah dan penceritaannya dari semasa ke semasa. Contohnya, Liyangkit Parang Sabil di Selatan Filipina yang menceritakan kisah pahlawan Islam menentang penjajahan Sepanyol.
folk songlagu rakyatKesusasteraanTiadaNyanyian yang biasanya dikaitkan dengan kehidupan, pengalaman atau aktiviti harian golongan masyarakat pratulisan. Lagu rakyat biasanya bertemakan pekerjaan, agama, pendidikan, dan percintaan, dan popular sebagai hiburan untuk mengiringi tarian atau sesuatu keramaian. Contoh lagu rakyat yang utama, antaranya lagu nelayan dan petani, lagu kanak-kanak, dondang sayang dan dikir. Lagu rakyat biasanya mempunyai melodi, lirik dan bentuk yang mudah dingati. Pantun biasanya menjadi bentuk yang paling popular untuk lagu-lagu rakyat. Contoh lagu rakyat dalam sastera Parsi berjudul Tarana-yi Baran va Tarana-yi Khurshid khanum (Puan lagu Hujan dan Lagu Mentari). Contoh lagu rakyat dari Kedah adalah seperti yang berikut: Kuak-kuak kerbau di ladang, wei, alih tambat jalan ke rumah lah, Emak-emak abang ku datang, wei, hampar tikar tabur bunga lah.
folk dramadrama rakyatKesusasteraanTiadaKegiatan rakyat yang dramatik bentuknya iaitu perlakuan yang berhubung dengan motif golongan rakyat itu sendiri yang asalnya berkait rapat dengan pesta, perayaan atau upacara keagamaan.
open governmentkerajaan terbukaUndang-undangTiadaKerajaan yang memudahkan rakyat mendekatinya dan memudahkan rakyat mendapatkan maklumat daripadanya.
folk dramadrama rakyatKesenianDrama dan TeaterGenre drama yang mengisahkan aktiviti rakyat yang dramatik bentuknya. Lakonan dalam drama ini berhubung dengan motif rakyat.Drama jenis ini biasanya dipersembahkan ketika sesuatu pesta, perayaan atau upacara keagamaan.
12345678910...

Kembali ke atas