bootstrapping | tarikan rawak bergantian | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Teknik persampelan semula secara rawak ke atas sampel yang bersaiz sama dalam satu populasi untuk menguji kebolehpercayaan terhadap nilai atau corak data. Dalam kaedah ini, sampel ditarik keluar daripada populasi dan diuji supaya nilai atau corak yang konsensus bagi kesemua sampel yang diuji bagi mewakili populasi yang diuji. |
multistage random sampling | pensampelan rawak pelbagai peringkat | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kaedah pensampelan rawak daripada sekurang-kurangnya dua peringkat. |
simple random sampling | pensampelan rawak mudah | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kaedah pensampelan dengan melakukan pemilihan sampel secara rawak daripada populasi yang ditentukan. |
Random Access Memory (RAM) | Ingatan Capaian Rawak (RAM) | Teknologi Maklumat | Tiada | Ingatan untuk ditulis dan dibaca. Capaian rawak di sini bermaksud data boleh dicapai, ditulis atau disimpan di mana-mana tempat dalam ingatan dan secara langsung. Ingatan ini adalah meruap iaitu menyimpan data secara sementara selagi ada kuasa elektrik. Cip RAM yang selalu digunakan ialah DRAM dan SRAM. Dalam komputer peribadi, cip RAM selalunya di pasang pada papan induk menggunakan papan litar kecil yang disebut modul ingatan satu sebaris, SIMM (Single Inline Memory Module) ataupun modul ingatan dua sebaris DIMM (Dual Inline Memory Module). |

random genetic drift | pindahan genetik rawak | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Mekanisme evolusi yang melibatkan perubahan kekerapan variasi gen dalam sesebuah populasi yang berlaku secara rawak mengikut masa. Mekanisme ini akan menyebabkan kehilangan variasi genetik dalam populasi. |
random practice | praktis rawak | Sains Sukan | Biomekanik | Kaedah latihan yang menumpukan aspek kemahiran dalam satu sesi latihan. Kaedah latihan ini memerlukan individu melakukan pelbagai lakuan dalam urutan yang rawak agar tiada pengulangan sesuatu lakuan. Contohnya, mengajar servis pendek, servis lob dan servis kilas dalam permainan badminton. |
assortment | aneka | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Pengasingan atau hubungan antara ciri genetik gen tidak beralel yang diturunkan daripada induk kepada anak secara rawak sejajar dengan darjah rangkaian antara lokus tertentu. Aneka juga merupakan hubungan taburan rawak kromosom tidak berhomolog kepada sel anak dalam metafasa pembahagian meiosis pertama. |
random | rawak | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
bootstrapping | tarikan gantian rawak | Bioinformatik | Tiada | Tiada |