Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (paku-pakis yg batangnya keras dan biasa dibuat kalam), bengkawang, Gleichenia linearis; ~ lumut = ~ padi sj tumbuhan (paku-pakis), paku telur belangkas, temangah, Cheilanthes tenuifolia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan pakis yg batangnya keras dan dpt dibuat kalam, Gleichenia linearis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
resam (kata nama)
1. Bersinonim dengan kebiasaan: kelaziman, adat, istiadat, amalan, adab, hukum, lembaga, peraturan, tradisi, upacara, prosedur, tatacara, tatasusila, tatatertib,

2. Bersinonim dengan resmi: pembawaan, sifat, tabiat, kebiasaan, perangai, kelakuan.,


Puisi
 

Sepuluh hari di Teluk Ramunia,
     Orang bertandak di atas tanah;
Sudah menjadi resam dunia,
     Di mana bengkak di situ menanah.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
manneradat resamKesusasteraanTiadaAdat kebiasaan, atau aturan-aturan yang menjadi adat.
local colourwarna setempatKesusasteraanTiadaPerincian tentang sesuatu tempat atau daerah dari segi bahasa, dialek, adat resam, pakaian, dan sikap. Perincian ini digunakan untuk menghidupkan latar yang meyakinkan bagi sesebuah novel, naratif atau drama. Karya ini biasanya dihasilkan oleh pengarang tempatan (yang berasal dari tempat berkenaan) atau terbit daripada penyelidikan rapi tentang tempat tersebut. Karya bercorak warna setempat mula mendapat perhatian pada penghujung kurun ke-19 di Amerika Syarikat. Pada masa itu, timbul minat dalam kalangan pengarangnya untuk mengetahui perbezaan yang begitu ketara antara daerah dengan daerah benua yang luas itu. Seterusnya mereka memulakan penulisan bentuk cereka yang mencerminkan ciri-ciri khusus dan tersendiri tentang daerah berkenaan. Rata-rata perincian kedaerahan ini digunakan untuk menghiasi latar belakang sesebuah cereka. Namun, apabila perincian tersebut menjadi bahagian penting dalam sesebuah cereka, perincian itu dirujuk sebagai kedaerahan dan regionalisme. Antara penulis Amerika yang terkenal dengan karya seperti ini ialah Mark Twain yang menghidupkan persekitaran Mississippi dan George Washington Cable di daerah Selatan. Di luar Amerika Syarikat, penulis Inggeris Thomas Hardy memanfaatkan warna setempat Dorsetshire dalam novelnya yang mempunyai latar daerah Wessex. Di Perancis pula, penulis seperti Emile Zola banyak menghasilkan karya warna setempat. Dalam sastera Melayu moden, karya Shahnon Ahmad banyak memanfaatkan perincian tempat beliau dilahirkan dan dibesarkan, iaitu di Sik, Kedah seperti dalam novel berjudul R?nj?u Sep?nj?ng J?l?n. Contoh dalam bahasa Arab ditemui dalam trilogi Najib Mahfuz berjudul B?yn ?l-Q?sr?yn, Q?sr ?l-Sh?rq, dan ?l-Sukk?riy?h. Dalam sastera Parsi, warna setempat ditemui dalam S?ng-i S?bur oleh Sadiq Chubak.
local colour / regional literaturewarna setempatKesusasteraanTiadaKarya yang menggambarkan budaya setempat dari segi sejarah, bahasa, adat resam, pakaian, dan sikap termasuk bentuk geografi. Contohnya Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad.
female genitalia mutilatonmutilasi genitalia perempuanKejururawatanTiadaTindakan membuang atau memotong sebahagian atau kesemua genitalia kanak-kanak perempuan dengan alasan adat resam.
ornamenthiasanKesusasteraanTiadaGaya prosa yang rumit, tertib dan ostentatious yang digunakan dalam pensejarahan sastera Russia. Dalam kesusasteraan Melayu, gaya tersebut mungkin boleh dilihat dalam sastea hikayat semasa memerikan babak upacara dan adat resam istana. Pemerian ini disebut oleh Bausani sebagai �hiasan keupacaraan� yang banyak dimuatkan dalam karya hikayat Melayu. Babak dalam upacara sering kali diperikan dengan bahasa yang stailistik, tersusun dan tertib untuk mencerminkan budaya yang halus dan sempurna. Lihat juga kesantunan.
regionalismkedaerahanKesusasteraanTiadaSemangat kewilayahan yang ditunjukkan dalam kesusasteraan (semua genre) melalui loghat, dan pemaparan suasana, tingkah laku, kepercayaan, nilai, sejarah atau persekitaran sesuatu kawasan geografi. Semangat kedaerahan yang mendalam dapat mendorong penulis mencipta secara tepat suasana, pertuturan, adat resam, kepercayaan, dan sejarah sesuatu tempat. Karya daerah yang baik seperti puisi Robert Frost dan Robert Lowell mampu melangkau batasan kedaerahan dan berupaya mencapai wawasan yang universal. Penulis Melayu yang banyak memanfaatkan semangat kewilayahan ialah Shahnon Ahmad melalui karyanya berjudul Ranjau Sepanjang Jalan, dan Srengenge, dan S. Othman Kelantan melalui karyanya bertajuk Jogho. Contoh karya sastera Arab ialah novel Du�a�al-Karawan oleh Taha Husayn, manakala contoh karya sastera Parsi ialah Tangsir oleh Sadiq Chubak.
folklorefoklorKesusasteraanTiadaKhazanah tradisional yang bersifat ujaran dan bukan ujaran yang wujud dalam masyarakat pratulisan. Foklor tersebar daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain secara lisan, teladan, dan pengulangan. Foklor dianggap suatu bentuk maklumat budaya yang dikongsi bersama oleh masyarakat tradisional. Foklor dapat menghuraikan, mencontohkan, dan menanam nilai dan kepercayaan yang dianggap penting dalam masyarakat tersebut. Antara bentuk foklor termasuklah segala rupa adat resam, ritual, kepercayaan, seni kraf, cerita rakyat, puisi dan nyanyian rakyat, teka-teki, dan perumpamaan. Lihat juga cerita rakyat, teka-teki.
magical realismrealisme magisKesusasteraanTiadaKaedah penulisan yang memaparkan perkara yang aneh, ajaib, luar biasa dan menakjubkan sebagai perkara biasa atau ghalib. Realiti yang diketengahkan oleh perkara ajaib dan luar biasa ini dianggap lebih berwibawa daripada realiti yang objektif. Tidak seperti cereka fantasi yang menggambarkan perkara aneh tetapi memperakukan keanehannya, realisme magis menyifatkan perkara aneh ini sebagai sesuatu yang lumrah. Berbanding surealisme yang menekankan aspek ketidaklogikan perkara ajaib yang dipaparkan, realisme magis menganggap perkara tersebut sebagai sebahagian daripada realiti harian dan tidak banyak berbeza. Realisme magis bertujuan untuk memperluaskan horison realiti serta menjangkau perkara yang di luar taakulan logik yang meliputi agama dan mitos. Istilah ini diperkenalkan oleh pengkritik Jerman Franz Roh pada tahun 1925. Konsep ini menarik perhatian Alejo Carpentier, penulis Cuba yang berada di Eropah yang mengandaikan bahawa realisme magis begitu sesuai dengan benua Amerika Latin. Benua ini luas dan kaya dengan kepercayaan, adat resam, sastera rakyat, dan mitosnya yang dibauri oleh elemen magis dan keajaiban. Realisme magis terus menapak dalam tradisi sastera Amerika Latin, walaupun penulis dari negara lain juga memaparkan realisme magis dalam karya mereka. Antara contoh terpenting yang menerapkan realisme magis ialah novel berjudul Cien Anos de Soledad atau One Hundred Years of Solitude oleh novelis Colombia Gabriel Garcia Marquez yang diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan judul Sumpah Tujuh Keturunan oleh Zulkifli Ahmad. Novel ini memasukkan pelbagai peristiwa seperti anak kecil yang makan lumpur, watak yang terbang ke syurga, wabak sukar tidur, kealpaan yang meluas dalam kalangan penduduk sebuah masyarakat sehingga setiap benda perlu ditulis namanya untuk ingatan semua. Di luar Amerika Latin, penulis yang mengamalkan realisme magis termasuklah Gunter Grass, Angela Carter, John Fowles, Emma Tennant dan lain-lain. Contoh realisme magis dalam sastera Melayu ditemui dalam karya Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Hj. Muhammad dan Hujan Pagi oleh A. Samad Said. Lihat juga cerita seram, novel, novel gotik.

Kembali ke atas